Friday, April 2, 2010

TUMBUKAN feminin satria


:::  Yesssssssssssssss.....Akhirnya saya berjaya...setelah bersusah payah menguruskan pembaharuan cukai jalan dan insuran kereta. Tetapi saya di minta untuk membayar semua saman saman dalam tempoh 2 bulan...perghhh....ada masa lagi tu. Lega sungguh ..saya berazam untuk tidak memandu laju dan berhemah di jalan raya. Utamakan keselamatan dan patuhi undang undang jalan raya... :::


Entah berapa tahun terdahulu,  lebih kurang jam 10 pagi, saya bersiap siap untuk ke Kuala Lumpur bersama 2 orang lagi teman sekerja. Mesyuarat di jadualkan jam 2 petang tetapi untuk mengelakkan kesesakan serta beberapa perkara yang tak terduga saya merancang untuk bergerak awal. Setelah memastikan semua dokumen penting telah di bawa . Saya bergegas ke kaunter untuk mengambil kunci kenderaan syarikat,kad touch and go serta kad shell, tapi saya di beritahu bahawa semua kenderaan syarikat telah pun di bawa keluar oleh pegawai pegawai pemasaran . Geram semacam pulak sebab petang semalam dah diputuskan semasa mesyuarat. Nampaknya terpaksa menggunakan kenderaan sendiri kerana itu aja pilihan yang ada.

Satria biru masib baru sangat, plastik seat belakang masih belum dibuka lagi.Saya memanggil 2 orang rakan sekerja untuk masuk kedalam kereta dan bersedia untuk bertolak. Semasa dalam perjalanan kami berbual tentang hal hal semasa dan juga tentang mesyuarat yang akan kami hadiri. Semasa tiba di Taman Intan , lampu isyarat pertama, 50 meter dihadapan pula lampu isyarat kedua, tetiba sebuah kereta honda warna silver memotong dgn laju dan mengambil lorong didepan saya, semasa menghimpit kelaluan kiri dia telah melanggar bahagia hadapan kereta saya...sedikit hentakan dan gegaran dah cukup membuat saya cemas. Bumper depan memang nampak senget. Saya cepat cepat tersedar dan mula bertenang. Kereta tu meluru laju, kali kedua hari ini hati saya menjadi geram, wahhhh.... apa lagi saya kejar, kerana saya dah boleh dapat agak pergerakan kereta di hadapan saya, 60 meter di hadapan ada lagi satu lampu isyarat, sebelum lampu isyarat bertukar menjadi merah, saya dah dapat memintas kereta honda warna silver itu, pastinya pemandu kereta berkenaan tiada pilihan lain dan terpaksa berhenti . Nasib baik saya sempat libas stering kebahagian tepi bahu jalan betul betul selepas lampu isyarat. Kesesakan lalu lintas dapat di elakkan.

Saya membuka pintu kereta dan berjalan keluar  dengan hati yang sangat geram dan marah. Tapi saya mengawal perasaan saya dengan sedikit senyuman. Jalan pun `control` maklumlah pakai high heel kang terpelecuk pula, cermin mata hitam saya tak tanggalkan untuk melindungi api kemarahan saya. Saya nampak pemandu kereta honda silver keluar, seorang pemandu lelaki rupanya.Sampai sahaja dihadapan beliau saya terus menumbuk muka lelaki itu tanpa sempat dia berkata apa apa. Dan selepas satu tumbukan saya lepaskan kemuka lelaki itu, saya terus berpaling berjalan semula masuk kedalam kereta. Tak ada satu perkataan keluar dari mulut saya atau dia. Saya tinggalkan dia dalam keadaan terpingga pingga. Semasa saya memandu melintasi beliau saya sempat menoleh,  sambil melihat beberapa orang mat rempit berhenti bertanya " bro apa kes ni ...? " . Saya cemas dan takut selepas tu, mana boleh tunggu beb, nanti kalau dia tumbuk saya balik naya tu...hahahah tapi kan memang puas hati......kira settle ahh tak payah pergi balai ke atau nak claim apa apa. Cash aja  dengan penumbuk. Jika anda berada di tempat saya...apa tindakan anda, masing masing ada cara tersendiri...dah buat salah jangan lari beb....kurang ajar namanya tuh...haaaaaaaaaaaaaa......lu pikir la sendiri..

Saya terus memandu meneruskan perjalanan. 2 orang rakan sekerja senyap didalam kereta.Dari raut wajah mereka yang saya perhatikan  mereka kelihatan terkejut ..sampai di Yongpeng saya singgah di kedai kereta dan mereka mengikat buat sementara bumper depan agar tak terjatuh. Masa tak mencukupi untuk berfikir tindakan lain. 2 orang rakan sekerja sempat berkata kepada saya .." fullamak... aku tak sangka....buah cempedak jadi durian..." . Siapa sangka,  saya yang di lihat sebagai seorang yang feminin dan lembut tergamak menumbuk seorang lelaki...........



:::  sesekali kita akan menjadi orang lain dan bukan diri sendiri, di dorong oleh pelbagai faktor, semoga kesabaran dan keimanan akan dapat menghindarkan kita dari membuat tindakan melulu.... :::



Catatan royal blue satria  :: lipsy





 

8 comments: