Saya mula menoleh kekiri dan kekanan..takut di perhatikan orang,,sure kena gelak nanti..apa la minah ni tak reti ke nak start motor. Saya tak putus asa,cuba berkali kali..sampai sakit dan melecet kaki. Masa ini saya terfikir nak jual Honda Wave merah ni dan tukar scooter Yamaha Ego,,,senang nak hidupkan enjin. Tekan aja dah settle....
Setelah PASTI enjin tak dapat di hidupkan saya pun menolak kekedai motor di sebelah kiri jalan berdekatan rumah saya....memang penat menolak motor tu yang cuma mengambil masa 10 minit aja sebab perlahan aja saya tolak..maintain sopan kot. Sampai di kedai motor tu, saya perhatikan kedai tu penuh dengan mat mat rempit dengan motor masing masing. Saya buat tak nampak sahaja pemandangan sekeliling dan terus masuk kedalam berjumpa tauke kedai motor tu.. Saya memanggil dengan nada perlahan.." tauke..boleh tolong tengokkan motor saya tak ?" dia pula memandang saya sambil menjawab " apa pasat lu punya motor?" dan saya menjawab lagi..masih dalam nada perlahan " tak boleh start la..." . Dia berjalan terkedek kedek sambil berkata " sekijap gua tengok...".
Saya mengekori beliau kearah motor saya. Kemudian dia menjenguk jenguk dan memeriksa sesuatu sambil memandang saya dan tersenyum. Kemudian dia pun cuba menghidupkan enjin motor dengan konfiden, sekali cubaan sahaja dah berhasil. Alamak...dasyat cina nehh....dia memanggil saya...amoi mari sini gua kasik tau sama lu haa...ini minyak sudah tutupla...sampai mati u 'start' pun tarak idup .... kuat sungguh beliau memberi keterangan itu pada saya, sehinggakan semua mata tertumpu pada saya. Dan yang paling saya "malu" ,,,mereka semua ketawa sambil memandang kewajah saya. Saya terpinga pinga..blurrrrrrrrrrrrr. Saya bertanya "apek ...apa minyak tutup?" . Dia menunjukkan saya sesuatu dan menunjuk ajar apa yang perlu saya buat. Sambil itu dia sempat menyindir saya " amoi..sudah berapa lama lu tarak naik motor?..wah sudah lupa semua....sikalang pakai keleta saja hooooooo...............dulu kicik2 pegi kebun naik motor , pegi sekolah naik motor, jalan satu kampung naik motor."
Saya diam kerana malu dengan leteran beliau dan terus pergi selepas saya di beritahu tiada bayaran di kenakan untuk perkhidmatan beliau............( dalam hati..... malu malu...ehh plug motor ni kat mana letak nya ya?)
::: terkadang manusia lupa dengan sejarah silam dan asal usulnya. Bukan sengaja, tapi leka dik arus kemajuan. Sedangkan zaman susah dahulu, motor merupakan kenderaan UTAMA. Jadi jangan sesekali kita lupakan APA dan SIAPA yang pernah ada dalam hidup kita terdahulu....:::
Catatan perjalanan hidup ::: lipsy
adeh ...sabar je la sis,kalau takde orang usik,mesti tak tutup minyak tu kat karberator
ReplyDeleteaahh la tu...cian betul kan....
ReplyDelete