Tuesday, April 19, 2016

Jin Tanah - Nescafee O + Laksa Johor


Hari ini saya nak bercerita tentang salah satu perangai saya yang agak membosankan....ia takla suburuk mana, tapi kadang memang buat orang sakit hati...hahaha...Bila saya pulang dari kerja atau dari mana sahaja, saya akan pastikan semua kehendak atau keperluan saya telah pun saya perolehi. Kenapa? kerana bila saya dah parking kereta tutup dan kunci pagar, hampir pasti saya tak akan keluar rumah...tak kiralah siapa menghubungi saya atau atas dasar apa...kejam aja bunyikan kan. Tapi beberapa hari yang lepas saya dapat ketepikan tabiat saya,bila seorang rakan lama yang pernah bertugas satu pejabat satu waktu dulu. Saya memang tak berapa sependapat dan sering berbeza dari segi penyaluran dan pembahagian tugas. Tapi walaupun tidak sehaluan dan berbeza pendapat, tidak bermakna hubungan luar sebagai seorang rakan terjejas, apa lagi saya kenal dengan anak2 serta keluarga beliau.

lepas solat magrib saya terus bersiap..lokasi nya warung " JIN TANAH " mmg agak pelik namanya..tapi itu lah gelaran yang kami berikan, dan disitu juga , tempat kami lepak, ngeteh lps waktu pejabat sebelum pulang kerumah. Selalunya topik wajib adalah kisah pejabat pada hari itu....ada aja yang tak puas hati, kutuk mengutuk biasalah....esuk masuk kerja macam tak ada apa yang berlaku..semua macam muka tak bersalah aja...rindu sungguh dengan suasana tu...(yati,dee,pozi,najib,saiful,ainz,fazli,yan,samad dan lain2)

Saya sampai awal, perut lapar..apa lagi saya terus order nescaffe O kurang manis (sebab orangnya dah manis) dan laksa johor...bila tengok laksa johor aja mula la terkenang datin Rabiah, yang suka laksa johor yang saya masak dan dia suka jahitan tangan baju kurung johor yang saya buat...dia juga mintak dan ajarkan saya lagu klasik dato Sharifah Aini - kini hatiku telah tertawan, yang saya kena nyanyikan dalam satu majlis rasmi...hinggakan saya menjadi fofular pada malam itu....

ahhh kwn saya dah datang, sambil makan topik kali ini ada lah, bagaimana mengharungi hidup dan mencari pendapatan tanpa pekerjaan tetap...rupa-rupanya kawan saya dah berhenti kerja juga....bincang punya bincang sambil mengenang dan terkenang perkara-perkara yang saya hampir lupa....kami berbincang dan akan bekerjasama serta bertukar contact2 yang ada...haaa...bila kita berada diluar tanpa sebarang jaminan pendapatan, memang semua ini amat penting terutama kawan2 lama...jadi jangan kita lupakan semua orang yang pernah kita kenali..kerana kita tak tahu di masa depan mereka akan kita temui semula....... dah jam 10.00 malam...saya bergerak pulang......

catatan :: lipsy

SINGAPORE & BATAM TRIP

Rakan rakan dari Terengganu telah pun mendarat di Changi Airport Singapura, beliau telah di jemput oleh mafia spore dan di bawa melawat dan bersiar siar di kota Singa yang indah dan bersih.Aku masih lagi di Black Water..dengan tugasan dan tanggung jawab yang perlu dilaksanakan.
17hb. Oktober 2009 aku masih lagi bertugas, jam 10 malam baru smp rumah, sempat basuh kereta yang berlumpur..maklumlah nk masuk kota Singa kena bersih kereta tu..kang tak lepas..hehhehe... siap jam 11.00 mlm, lps tu aku berkemas apa yang patut...hampir jam 12 malam baru bertolak, perjalanan lancar..lewat malam katakan.... smp di Bukit Batok hampir jam 2 pagi..nasib tuan rumah bukak pintu..kalau tak tidur kat luar la jawabnya..ekekek.
18hb. pagi..kami berlima keluar awal pagi ...maklumlah feri bertolak 8.30 pagi takut terlepas..tak larat berenang... sebelum bertolak sempat tukar duit RM or SGD to Rupiah...masing2 confident tanak shopping..saja melawat katanya....
40 minit perjalan feri sampai la kami. agent pelancung kami lambat sampai..kena tunggu dalam 15 minit...kenderaan sampai dan pemandu pelancung kami bernama TANI..bleh tahan gak becok dia....hahah yang paling lucu mula2 perhentian yang di tawarkan tempat spa dan massage..tapi awal2 kena rejek....lps tu perhentian pertama..ada org tu terus abis duit rupiah terpaksa pinjam kwn2 nk beli barang punya pasal.. sebelum jumpa money changer..wakakaak lawak lawak....tapi yang paling best sekali kan..NAGOYA shopping center...lemerk seronok gile..siap ada kedai nama peter pan....semua barang ada dan harga leh runding..class betul..
tengahari pula waktu makan ujan..tapi kan..bayaran yang dikenakan sebanyak SGD58 sangat berbaloi ..lengkap set makan tengahari...seafood lagi..melambak smp tak abis....kami 5 orang tapi hidangan mcm utk 10 org..hahah apa nak seme ada, siput,ketam,udang,sotong..sayur..sup perghhh smp tk larat wa cakap lu.....kenyang giler....mcm2 barang dah beli..dari beg,baju,cenderahati,makanan..perghhh penuh dan kenderaan..jgn sarat feri sudah la...
Tepat jam 5 kami bertolak pulang ke singapura...selepas tu sempat pergi ke GEYLANG dan juga BUGIS street...shopping lagi dorang tu...sakan....sesungguhnya aku hanyala seorang DRIVER..ekekkek kena ikut arahan penumpang2...
Tapi kan......sebelum pulang kenegeri masing2..kami sempat melawat PUSARA seorang rakan baik.Biarpun dia telah pergi tapi dia tetap hidup di hati kami semua..semoga roh beliau di cucuri rahmat - AMIN


Agent pelancungan menyediakan kenderaan dan pemandu pelancung
Makan tengahari (seafood) class.... sedap..perghhh


Terminal bay Singapore


Batam Bay Indonesia

Seorang dari kami jadi camera man....

Muka masih mengantuk....

well..i'm here....
Sempat posing..nasib baik tak kena tinggal dgn ferry...

perghhhh ala hero heroin....
bila la nak berangkat..dah tak sabar nehh...
Catatan perjalanan oleh : lipsy