Tuesday, April 19, 2016
Jin Tanah - Nescafee O + Laksa Johor
Hari ini saya nak bercerita tentang salah satu perangai saya yang agak membosankan....ia takla suburuk mana, tapi kadang memang buat orang sakit hati...hahaha...Bila saya pulang dari kerja atau dari mana sahaja, saya akan pastikan semua kehendak atau keperluan saya telah pun saya perolehi. Kenapa? kerana bila saya dah parking kereta tutup dan kunci pagar, hampir pasti saya tak akan keluar rumah...tak kiralah siapa menghubungi saya atau atas dasar apa...kejam aja bunyikan kan. Tapi beberapa hari yang lepas saya dapat ketepikan tabiat saya,bila seorang rakan lama yang pernah bertugas satu pejabat satu waktu dulu. Saya memang tak berapa sependapat dan sering berbeza dari segi penyaluran dan pembahagian tugas. Tapi walaupun tidak sehaluan dan berbeza pendapat, tidak bermakna hubungan luar sebagai seorang rakan terjejas, apa lagi saya kenal dengan anak2 serta keluarga beliau.
lepas solat magrib saya terus bersiap..lokasi nya warung " JIN TANAH " mmg agak pelik namanya..tapi itu lah gelaran yang kami berikan, dan disitu juga , tempat kami lepak, ngeteh lps waktu pejabat sebelum pulang kerumah. Selalunya topik wajib adalah kisah pejabat pada hari itu....ada aja yang tak puas hati, kutuk mengutuk biasalah....esuk masuk kerja macam tak ada apa yang berlaku..semua macam muka tak bersalah aja...rindu sungguh dengan suasana tu...(yati,dee,pozi,najib,saiful,ainz,fazli,yan,samad dan lain2)
Saya sampai awal, perut lapar..apa lagi saya terus order nescaffe O kurang manis (sebab orangnya dah manis) dan laksa johor...bila tengok laksa johor aja mula la terkenang datin Rabiah, yang suka laksa johor yang saya masak dan dia suka jahitan tangan baju kurung johor yang saya buat...dia juga mintak dan ajarkan saya lagu klasik dato Sharifah Aini - kini hatiku telah tertawan, yang saya kena nyanyikan dalam satu majlis rasmi...hinggakan saya menjadi fofular pada malam itu....
ahhh kwn saya dah datang, sambil makan topik kali ini ada lah, bagaimana mengharungi hidup dan mencari pendapatan tanpa pekerjaan tetap...rupa-rupanya kawan saya dah berhenti kerja juga....bincang punya bincang sambil mengenang dan terkenang perkara-perkara yang saya hampir lupa....kami berbincang dan akan bekerjasama serta bertukar contact2 yang ada...haaa...bila kita berada diluar tanpa sebarang jaminan pendapatan, memang semua ini amat penting terutama kawan2 lama...jadi jangan kita lupakan semua orang yang pernah kita kenali..kerana kita tak tahu di masa depan mereka akan kita temui semula....... dah jam 10.00 malam...saya bergerak pulang......
catatan :: lipsy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment