Wednesday, March 31, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara

Semalam, sebelum pulang kerumah saya singgah di satu stall nasik lemak yang beroperasi sebelah petang hingga lewat malam. Boleh tahan sedap masa kali pertama saya beli dan kerana itu saya kembali untuk kali kedua. Sebenarnya saya suka memasak dirumah tapi dik gangguan bekalan dan catuan air akhir akhir ini menjurus saya untuk membeli makanan di luar. Sampai dirumah saya pun makan kerana perut dah lapar..tapi ada sedikit perkara yang membuat saya berhenti..rendang ayam dia manis sangat....saya tak gemar rasa manis dalam masakan atau minuman. Tapi saya lebih memilih pada manis senyuman dan tutur kata. " Nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan,buang kasih buang saudara,kerana kasih hamba turutkan.."

:::   Kisah 3 orang rakan karib semasa di bangku sekolah, alin,atikan dan afiz. Afiz menamatkan persekolahan setakat darjah enam sahaja. Dia anak sulung dan keluarga beliau ketika itu agak susah. Bantuan afiz membantu mencarik rezeki keluarga merupakan pengorbanan besar dan menepikan masa depan dalam pelajaran. Tapi mereka bertiga berjumpa setiap hari di rumah pak imam disebelah malam semasa sama sama belajar mengaji.

Atikah dan alin belajar di sekolah yang sama, kelas dan aliran yang sama, malah minat dalam bidang yang sama.....dan yang paling PASTI mereka berdua menyintai lelaki yang sama iatu afiz. Tetapi ketika itu dalam hati afiz hanya ada alin dan atikah pun tahu. Atikah tak pernah menunjukkan tanda yang dia cintakan afiz...kerana beliau tahu ini akan melukakan hati alin rakan karib yang amat disayangi..... Tapi sampai bila dia mesti berahsia?

Setelah tamat SPM alin meneruskan pelajaran di Kuala Lumpur, sedangkan atikah memilih untuk terus tinggal dikampung. Satu hari ketika mereka bertemu ketika alin pulang bercuti.... tetiba atikah berkata pada alin "aku suka dan sayang kat afiz..aku minta maaf...." alin memandang atikah.....terkejut dan sedih...." sejak bila dan kenapa? " alin bertanya.... "sejak lama dulu...dia ada segala yang aku idamkan...engkau boleh cari orang lain..dunia kau luas kat luar sana..." alin tersentap dan tunduk membisu, tiada kata kata kecuali memeluk kawan baik yang dikenali sejak kecil sambil menitis air mata. " ok...jaga dia baik baik......"

Selepas peristiwa itu alin tak pernah pulang kekampung bertahun tahun lamanya . Tetapi dia di kabarkan yang atikah dan afiz telah pun mendirikan rumahtangga. Ibu bapa afiz tidak setuju, tidak merestui pernikahan mereka malah membenci atikah. Afiz telah dihalau dari rumah, selepas itu alin diberitahu yang mereka telah berpindah keluar dari kampung itu. Mereka berpindah untuk mengelakkan pergaduhan yang sering terjadi antara atikah dan mak bedah, ibu kepada afiz. Mengikut sumber maklumat yang diterima alin, sangat hebat rintangan cinta mereka berdua tanpa restu keluarga.

Selepas mereka di kurniakan cahaya mata, alin dan atikah bertemu pada hari raya pertama  beberapa tahun kemudian. Mereka berdua tetap mesra berpelukan antara satu sama lain. Bercerita tentang kisah hidup masing masing. Cuma bila alin terpandang afiz , sungguh alin merasa amat janggal walaupun perasaan itu cuba di kawal. Afiz pula tersenyum malu sambil bertanya kabar dan meminta di ampunkan salah silap sempena hari raya yang mulia. Alin pulang kerumah, malam itu dia terasa sungguh RINDU...pada kenangan indah di alam persekolahan, pada kenangan cinta pertama. Tetapi dia tersenyum puas kerana atikah dan afiz bahagia...dan alin telah merelakan serta mendoakan dengan hati tulus iklas.

Tahun demi tahun berlalu, ketika berada di luar negara, petang itu alin telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang mengatakan afiz  terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan beliau telah TERBUNUH di tempat kejadian. Lemah seluruh tubuh mendengar berita ngeri dan sedih itu, menitis airmata kesedihan membasahi pipi, teresak esak menahan sebak. Ya Allah  semoga kau ampunkan segala dosa afiz dan tempatkan afiz di kalangan orang orang yang beriman..itu doa alin. Alin terfikir bagaimana atikah menghadapi semua ini dengan anak anak yang masih kecil.........mengapakah begini akhirnya.....   :::



:: Fitrah hidup manusia adalah mati, PASTI  di lalui setiap insan. Kesedihan, kekesalan dan rintihan memang tak mampu kita sembunyikan. Tetapi saban hari perindahkan lagi CINTA suci kita dengan doa dan kemerduan bacaan ayat ayat suci. Memohon agar perjalanan di sana akan lebih tenang... ::





catatan kisah benar dari seorang rakan :: lipsy

Sunday, March 28, 2010

Touch & Go

Kisah yang tak akan saya lupakan....beberapa tahun lepas berlokasi di plaza tol Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru (sila lihat paparan imej di sebelah). Tengahari itu saya memandu untuk ke hospital Sultanah Aminah JB, membawa 4 penumpang bersama saya.

Setibanya di plaza tol, saya mengambil lorong touch & go,kalau menggunakan lorong laluan biasa memang sesak dan lambat. Tetapi saya hairan mengapa kereta di hadapan saya tak bergerak, biasanya bila menggunakan kemudahkan touch & go akan mengambil masa kurang dari 1 minit untuk melepasi palang tol.

Saya masih tidak menumpukan perhatian tetapi bila rina mula bertanya  '' kenapa orang tu meletakkan tapak tangan kat alat pengimbas kad?''  saya pula menjawab '' mana ada?'' saya mengangguk-anggukkan kepala mendengar lagu yang saya gemari. Baby  Farid pula menjerit " tengok tengok...kelakar betul......" alia pula menyampuk walaupun umurnya baru 8 bulan ketika itu....mama...wa..ma...ma....Saya pantas menanggalkan cermin mata hitam saya lalu membuka pintu kereta dan memerhati untuk memastikan apa yang cuba di lakukan oleh pemandu kereta yang berplatkan nombor pendaftaran Singapura, plat merah lagi.Lelaki cina yang meletakkan tapak tangan beliau ke pegimbas kad touch & go, berkali-kali saya melihat dia melakukanya. Lalu saya menghampiri beliau dan bertanya dalam bahasa inggeris versi jawa..well biasalah..cina singapura jarang pandai cakap jawa ke melayu..excuse me sir...can i help you..cewahhh speaking tu..dia menjawab dalam bahasa mandarin...bu ke yie..bu ke yie sambil memandang saya...hahahahahah baru la saya paham,,,,rupanya beliau meletakkan tapak tangan beliau untuk melepasi palang tol tetapi ia tidak berfungsi. Saya pun bertanya kenapa beliau berbuat demikian? beliau menjawab beliau hanya mengikut arahan yang menunjukkan gambar  tapak tangan di mesin pengimbas kad touch & go....saya  tersengih sengih rasa bagai digeletek perut saya. Sementara itu kereta telah berbaris panjang menunggu laluan. Saya pun menjerit memanggil pegawai bertugas untuk menguruskan masalah warga singapura yang tak belajar lagi pengetahuan touch & go dan bukan sekadar meletakkan tapak tangan tanpa membayar caj laluan..dengan kata lain nak lalu free aja...hahahahahahaha kelakar kelakar....nama aja tinggal di negara maju...tetapi tidak mengambil  tahu tentang peraturan luar khususnya negara jiran terdekat....apa bezanya touch & go dengan cash card dan auto pass card atau ERP ....sama aja fungsi dia......

Saya teruskan perjalanan sambil ketawa ...mengutuk pun ada....hahahahahahahhahahahahahahah~~~~~~~



catatan  :: lipsy

i wish i had the guts to walk away and forget about what we had....BUT.....i cant because I know you won't come after me.........and i guess....that's what HURT'S the most...........

Friday, March 26, 2010

Jambatan

Sayu bila memandang jambatan kayu yang menghubungkan rumah dan jalan utama di kampung teringat zaman persekolahan ketika remaja. Mengenang kembali rakan-rakan dan kisah indah yang tak akan puas biar pun saban hari merindu kenangan silam.

 Hati terkesan dengan sebuah kisah cinta biasa yang pernah dan sering di lalui oleh insan-insan lain.Betapa sebuah perhubungan seorang rakan yang amat biasa, malah hampir tak pernah ujud satu kaitan. Terkadang minda jahat berfikir mengenal antara satu sama lebih baik dari menjadi kawan rapat seterusnya jatuh cinta.

 Untuk apa segandingan...searah jiwa...sekata arah laluan....benarkah kita kadang-kadang hanya umpama jambatan rapuh untuk memberi peluang laluan kepada insan....selepas rebah terbenam di air tenang baru jambatan  menyedari betapa ia memerlukan..betapa ia tidak bisa melepaskan sedangkan ia sudah tidak lagi dihati insan yang dahulunya bagai langit yang memayungi redup jiwa..mengelilingi masa dengan senyuman dan gurau senda.Melepasi satu cabaran untuk dekat dengan apa yang di mahukan...giliran laluan lain pula dalam bentuk apa agaknya???? Apakah  agaknya akan bahagia....siapa yang mahu mengenang jambatan kayu yang rapuh..kerana jika di lintasi sekali lagi..reput..akan mengundang padah membuat impian parah...bagai kurang berakal....

Kuasa apakah yang ada pada objek reput....kalau dulunya ditepian jambatan dan air tenang ini...ada insan sering hadir..membuai perasaan..mengusik tenang air..memandang lepas rerumpun hijau tumbuhan. Berteduh di bawah rimbun pokok...merasa pelukan kasih dalam bayangan ....tersentuh dengan mesra belaian jiwa sambil terpejam mata jauh menghitung masa depan...manja menjeling pada angin yang  bertiup.....

Rindu bukan lagi dihati....mengapa berat beban nak melepaskan...biarlah ia seindah sepoi angin yang menderu...dan seindah pasir pantai diredah ombak.....kalau  mampu simpan kenangan...kalau tabah genggam..kalau rebah buang.....

Indah dikenang pahit jangan terus dibuang....jadikan formula mustajab pengubat waktu yang hanya tinggal sedikit...tiada siapa mahu berkongsi kepahitan, tapi akan ada orang yang sanggup mendengar cerita indah...jika ia diterjemahkan dengan luahan bahasa cinta paling tepat ... mampukah senyuman pada isi alam di tinggalkan sedangkan gelora terlalu lama hingga karam sedikit bahagia yang pernah menerpa...kata-kata cumalah jawapan pada pemulaan..sedangkan bisu kata juga menjadi pelabuh ... tanpa sedikit sentuhan...... ucapan.... atau kerlipan mata selamat tinggal....



Catatan tentang Jambatan Kayu : lipsy

Wednesday, March 24, 2010

Fobia

Hari ini saya menepati jadual  temujanji seperti biasa di hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan. Kalau bukan temu janji dengan doktor ...saya juga seorang yang menepati janji dan seorang yang bertanggung jawab pada janji yang saya berani berikan.

Seperti biasa, saya seorang yang penakut bila berada di hospital, melihat doktor lalu memakai seragam putih saya dan kecut....kejung ada ..rasa menggigil juga... Hari ini doktor yang melakukan pembedahan keatas saya akan melakukan pemeriksaan,,,bersama 5 orang doktor pelatih...saya rasa sangat tak selesa....tak perlu la saya tuliskan di sini....bak kata nabil,,,,lu fikir la sendiri....mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka (Vietnam). Bila saya tanya dalam bahasa inggeris versi jawa saya..doktor itu hanya tersenyum....ketawa lagi...ok very good and dont worry...come back after 6 months. Do your anual mamogram. Badan saya yang sejuk mengiggil mula panas dan berpeluh....setelah mengucapkan terima kasih...saya berjalan keluar perlahan,  tersenyum dan bersyukur..perut saya mula terasa lapar. Saya singgah di cafeteria untuk mengisi perut.....thx buat sahabat ku vona@liya yang menghantar sms maxis to maxis bernilai 1 sen dan memberikan  impak  tak ternilai buat saya....buat tersayang yang sudi mendoakan...terima kasih..terima kasih dan terima kasih..

Hari beransur petang, saya memandu pulang......



Catatan :: lipsy

Mana boleh lupa...sayang sangat....


Semasa saya bekerja, saya sangat mementingkan penampilan,selain itu juga saya sangat suka mengetahui tentang apa rekaan atau fesyen terbaru pakaian,kasut, dan juga telefon bimbit. Ada saja model baru yang
pasti akan saya beli. Beberapa model yang masih saya ingat lagi saya paparkan di sini...tapi banyak lagi model yang telah saya beli dan gunakan..cuma ini antara kegemaran saya..

Nokia 6500 slide : telefon 3G yang paling saya sayang sampai kehari ini. Bila buat Video call, 
menampilkan paparan imej yang jelas dan berkualiti. Saya masih menggunakannya hingga kehari ini walaupun telah berusia lebih 2 tahun. Tapi masa kini....ini semua dah tak begitu penting...saya hanya akan PASTIkan kemudahan ini berfungsi..tak lebih dari itu....model,harga,lama atau baru bukan lagi menjadi ukuran...memang MASA akan mengubah manusia..




sNokia 3230 :: saya hadiahkan  kepada teman saya yang ketika itu mempunyai masalah hp rosak ::

 K800i :::  di beli atas pengaruh filem 007 lesap di meja makan restoran  :::








v3x razor :: lesap ketika kedai saya di masukki pencuri. Antara  telefon 3G yang paling saya gemari..



 :::   4 HP ini  masih ada pada saya  :::



  
                                                                        
           

Samsung SGH700 :::   Masih saya simpan, rosak kerana terkena hujan   :::

Day Breaker


Hari ini saya teringin mendengar suara keletah manja seseorang....tapi tak dapat pula....sebelum itu saya memandu ketempat kerja seperti biasa. Tapi bila sampai...saya keluarkan laptop saya, saya mencari sesuatu....ahhh celcom broadband modem. Ya Allah ada dalam beg tangan saya, di atas meja....jika melakukan sesuatu dengan tergesa gesa pasti ada sahaja yang tertinggal.Kalau la semasa sekatan dan pemeriksaan polis tadi mereka meminta lesen memandu...cuai sangat kan saya. Tapi yang PASTI memang lupa...faktor usia kot...itulah jawapan yang sering saya dengar dari generasi kini, kdg2 ada gak saya dengar faktor hormon....kalau lelaki plak mcm2 faktor yang di spekulasikan......saya hanya senyum ...

Hari ini saya berjumpa rakan2 yang bekerja di syarikat pembinaan (Construction), pendek kata semua topic ada, late payment, aduan, sijil CF, progres kerja...mulalah teringat zaman semasa saya bekerja di syarikat pembinaan dulu...bekas 2 orang jurutera syarikat tempat saya bekerja , yang lelaki tu dah jadi salah seorang jurutera daerah dan perempuan tu plak jurutera di SAJ. Mek kelantan tu pula dah jadi conslultant, awek jawa parit sulong plak jadi surirumah tangga selepas berhanti kerja..dan ada beberapa orang lagi.Aaaaaaaaaaahhhhh. Apa lagi jom tengok wayang......SQUARE ONE  Batu Pahat ... |MBO| ... saya nak tengok alice...tayangan plak lambat....adushhhh... nak cpt punya pasal dan akhirnya kami  memilih DAY BREAKER. Cerita tidaklah begitu hebat tapi sekadar menarik aja...cuma  ending yang agak menghampakan.... Average ok la ..3 bintang................



catatan ::  lipsy

Sunday, March 21, 2010

PASTI

Telah saya karyakan sebuah kisah hampir 10 tahun lalu, masih lagi saya simpan dalam satu fail lama. Saya draff mengunakan tulisan tangan.. dan kini akan saya paparkan sebuah kisah benar yang berterusan sehingga ke hari ini. Nama,lokasi mungkin akan di ubah tanpa mencacatkan kebenaran cerita asal, sedikit unsur-unsur penambahan saya masukkan. Ini perlu untuk menjadikan atau menghasilkan sebuah kisah agar nampak lebih menarik. Kepada pengemar cerita berlabelkan kebenaran...sila ikuti kisah ini yang akan bermula tidak lama lagi....akhir sekali terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong saya...membuat saya ketawa dan bahagia.....


catatan : lipsy

Sunday, March 14, 2010

the best song frm BLUE




Pada tahun 2002 saya amat meminati lagu ini....dengan alunan merdu suara kumpulan BLUE dan juga Sir Elton john.... lirik dia pula meaningfull...kalau tak percaya cuba dengar dan hayati ...........antara kumpulan penyanyi yang menjadi kegilaan....tapi dah berpecah senyap........

Thursday, March 11, 2010

Permata BondaKu

Selepas melawat bonda di Kota Tinggi, aku membawa bonda pulang kerumah kecil ku di blackwater....tapi bonda tetap nak balik kampung ke batu pahat, katanya nak pergi ke simpang tiga tongkang pecah, melawat sedara mara, ku ikutkan kemahuan bonda ku. Tapi sampai di parit yaani, bonda mengadu lapar, nak makan sate ayam...dah terlepas mana ada lagi kedai makan, aku exit di bukit belah, pekan seri medan...ada satu tempat ..best punyer... lepas order sate,bonda kata rasa nk makan soto ayam plak.....layan kan aja...beliau merungut nak makan bersama adikku ijam..terus aku membuat panggilan telefon...tak dapat turut serta...sibuk melayan anak2 kat rumah...sekali lagi wajah bonda sayu...rasa menitis air mata melihat bonda yang kecewa...lepas makan ..terus aja aku menghantar bonda pulang kekampung....setiba di kampung....mak usu dan jiran2 cpt datang menziarah walau pun sekadar di luar rumah...dah terlalu lama bonda tak pulang kekampung, ku tinggalkan bonda di rumah normala bersama anak2 dan adikku hasri yang terlantar sakit...Pilu aku mengenangkan penderitaan bonda, di uji dengan pelbagai ujian... selepas pemergian anak lelaki yang tersayang....ayahnda pula pergi, baru aja bonda dapat menerima kenyataan , di uji lagi dengan kesakitan yang menimpa adikku... Tuhan...tak sanggup ku melihat dan mengusap airmata bonda ......akhirnya bonda tidak mahu tinggal di rumah peninggalan ayahnda di kampung. Bonda memilih untuk tinggal jauh....kata bonda..setiap kali menatap rumah, terbayang wajah, setiap kali mahu memejam mata seolah ada orang di sebelah menemani, teringat pesanan cinta seorang suami, terkenang gurau senda anak lelaki di sisi...dan lebih mengharukan...tak sanggup lagi melihat kesakitan adikku .... bukan bonda tak sayang.... bukan bonda tak sudi...tapi demi kesihatan dan tekanan bonda hadapi...nasihat telah diberikan oleh pakar....bila aku memandang jauh kehari tua yang bakal aku dan semua orang lalui..bagaimana kah nanti...aku mula mencongak... ada sedikit duit simpanan KWSP..mungkin kah aku perlu mendaftar di rumah orang tua...agar tak kesunyian dan tak terabai sebagai warga emas yang hidup seorang....terutama bila sampai `waktu` nya....
a


soto ayam power


satay ayam baik punyerrr....yummy


nur alia - tak sabar2 nak solat sama (anak buah ku yg somel)



seme rindu nenek

nor alia & nur ain



azeem