Semalam, sebelum pulang kerumah saya singgah di satu stall nasik lemak yang beroperasi sebelah petang hingga lewat malam. Boleh tahan sedap masa kali pertama saya beli dan kerana itu saya kembali untuk kali kedua. Sebenarnya saya suka memasak dirumah tapi dik gangguan bekalan dan catuan air akhir akhir ini menjurus saya untuk membeli makanan di luar. Sampai dirumah saya pun makan kerana perut dah lapar..tapi ada sedikit perkara yang membuat saya berhenti..rendang ayam dia manis sangat....saya tak gemar rasa manis dalam masakan atau minuman. Tapi saya lebih memilih pada manis senyuman dan tutur kata. " Nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan,buang kasih buang saudara,kerana kasih hamba turutkan.."
::: Kisah 3 orang rakan karib semasa di bangku sekolah, alin,atikan dan afiz. Afiz menamatkan persekolahan setakat darjah enam sahaja. Dia anak sulung dan keluarga beliau ketika itu agak susah. Bantuan afiz membantu mencarik rezeki keluarga merupakan pengorbanan besar dan menepikan masa depan dalam pelajaran. Tapi mereka bertiga berjumpa setiap hari di rumah pak imam disebelah malam semasa sama sama belajar mengaji.
Atikah dan alin belajar di sekolah yang sama, kelas dan aliran yang sama, malah minat dalam bidang yang sama.....dan yang paling PASTI mereka berdua menyintai lelaki yang sama iatu afiz. Tetapi ketika itu dalam hati afiz hanya ada alin dan atikah pun tahu. Atikah tak pernah menunjukkan tanda yang dia cintakan afiz...kerana beliau tahu ini akan melukakan hati alin rakan karib yang amat disayangi..... Tapi sampai bila dia mesti berahsia?
Setelah tamat SPM alin meneruskan pelajaran di Kuala Lumpur, sedangkan atikah memilih untuk terus tinggal dikampung. Satu hari ketika mereka bertemu ketika alin pulang bercuti.... tetiba atikah berkata pada alin "aku suka dan sayang kat afiz..aku minta maaf...." alin memandang atikah.....terkejut dan sedih...." sejak bila dan kenapa? " alin bertanya.... "sejak lama dulu...dia ada segala yang aku idamkan...engkau boleh cari orang lain..dunia kau luas kat luar sana..." alin tersentap dan tunduk membisu, tiada kata kata kecuali memeluk kawan baik yang dikenali sejak kecil sambil menitis air mata. " ok...jaga dia baik baik......"
Selepas peristiwa itu alin tak pernah pulang kekampung bertahun tahun lamanya . Tetapi dia di kabarkan yang atikah dan afiz telah pun mendirikan rumahtangga. Ibu bapa afiz tidak setuju, tidak merestui pernikahan mereka malah membenci atikah. Afiz telah dihalau dari rumah, selepas itu alin diberitahu yang mereka telah berpindah keluar dari kampung itu. Mereka berpindah untuk mengelakkan pergaduhan yang sering terjadi antara atikah dan mak bedah, ibu kepada afiz. Mengikut sumber maklumat yang diterima alin, sangat hebat rintangan cinta mereka berdua tanpa restu keluarga.
Selepas mereka di kurniakan cahaya mata, alin dan atikah bertemu pada hari raya pertama beberapa tahun kemudian. Mereka berdua tetap mesra berpelukan antara satu sama lain. Bercerita tentang kisah hidup masing masing. Cuma bila alin terpandang afiz , sungguh alin merasa amat janggal walaupun perasaan itu cuba di kawal. Afiz pula tersenyum malu sambil bertanya kabar dan meminta di ampunkan salah silap sempena hari raya yang mulia. Alin pulang kerumah, malam itu dia terasa sungguh RINDU...pada kenangan indah di alam persekolahan, pada kenangan cinta pertama. Tetapi dia tersenyum puas kerana atikah dan afiz bahagia...dan alin telah merelakan serta mendoakan dengan hati tulus iklas.
Tahun demi tahun berlalu, ketika berada di luar negara, petang itu alin telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang mengatakan afiz terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan beliau telah TERBUNUH di tempat kejadian. Lemah seluruh tubuh mendengar berita ngeri dan sedih itu, menitis airmata kesedihan membasahi pipi, teresak esak menahan sebak. Ya Allah semoga kau ampunkan segala dosa afiz dan tempatkan afiz di kalangan orang orang yang beriman..itu doa alin. Alin terfikir bagaimana atikah menghadapi semua ini dengan anak anak yang masih kecil.........mengapakah begini akhirnya..... :::
:: Fitrah hidup manusia adalah mati, PASTI di lalui setiap insan. Kesedihan, kekesalan dan rintihan memang tak mampu kita sembunyikan. Tetapi saban hari perindahkan lagi CINTA suci kita dengan doa dan kemerduan bacaan ayat ayat suci. Memohon agar perjalanan di sana akan lebih tenang... ::
catatan kisah benar dari seorang rakan :: lipsy
kirakan akhirnya atikah hanya memiliki afiz hanya sekejap aje la ye..tapi sesungguhnya cinta pertama memang sukar dilupakan..maksudku bukan rasa cinta itu tetapi kenangan2 lalu termasuk ingatan terhadap orang itu...kakakakaka..
ReplyDeletesiapakah cinta pertama anda? apa istimewanya cinta pertama?
ReplyDelete