Wednesday, December 15, 2010

K.E.N.A.P.A ?

Dalam hidup kita..terlalu banyak perkara yang ingin kita cipta..namun tak semua terlaksana....impian terindah lebur dengan kegagalan.... tapi ada juga  peristiwa yang tak pernah terlintas dalam fikiran kita berlaku tanpa dirancang..terbaik, terindah....wow....sejujurnya....tiada kata seindah bahasa....

Seseorang yang pernah patah hati dan membuang rasa C.I.N.T.A... mampukah membina tembok itu semula?Akan bertemukah nanti dengan seseorang?  Pernah terfikir.... siapa? tapi tak kuasa pula mencari jawapan...Tetapi mengapa ramai manusia dalam dunia ini suka menilai seseorang dari imej luaran tanpa mendalami isi hati dan niat baik . Kenapa? malas juga nak mencari jawapan..letih memikir hal hal remeh yang boleh menganggu emosi...

Seseorang yang amat istimewa dengan cara dan penampilan berbeza muncul...tak terfikir tak tersedar...sehingga satu masa terasa seperti ada sesuatu yang hilang, kurang atau tak sempurna...ahhhhhhh..!!!
tak selesa sungguh dengan perasaan sebegini.... Dah lama mengabaikan perkara sebegini  kerana ia lebih banyak mempengaruhi hati , ada masa pula  keputusan dilakukan atas dasar terburu buru dan kurang efisen.. pernah melalui hal sebegini lama dulu...tak suka ...tapi ini salah satu warna dalam hidup...ermmm...

Sebagai seorang yang amat biasa dan sederhana serta berlandaskan keiklasan. Gembira menjadi diri sendiri, menghormati orang lain...berusaha membuat hati tenang...membahagiakan  rakan tanpa niat serong.. Sering kali juga layanan baik..keiklasan hati disalah erti...salah anggapan menaruh hati dan perasaan..sedangkan yang punya diri hanya mampu tersenyum tanpa terasa atau berkecil hati...Siapa dan mampukah meletak harapan? sedangkan nyata diri layak tiada...... jadi kenapa mesti ada H.A.T.I yang amat bimbang........?

Di kesempatan ini andai ada hati terguris dan terhiris..andai ada yang merasa kasih sidia tergugat, andai  seperti ada perampas atau perosak bahagia...mari kita soal hati kita.....benarkah...sekali lagi kita tanya hati kita benarkah?? tanya lagi hati..mengapa perlu menyalahkan orang lain andai jiwa tidak tenteram dan hati tak sebahagia dahulu.....wajarkah?

Buat insan yang menghargai, menilai benar nyata tanpa R.A.G.U...menyayangi , memberi perhatian, memastikan senyuman terukir tanpa batas masa, membahagia tanpa curiga, menerima seadanya, menghindar prasangka, terimakasih diucap dari lubuk hati penuh dengan rasa cinta dan kesyukuran.....terbaikkkkkkkkk!!!




:::  ya...terlalu benar anggapan,"perhatian" mungkin kerana sayang..mungkin juga sekadar tugas, tapi mengapa curiga andai hati mu T.E.G.U.H tiada tergugat ...lupakan masa dan peristiwa..anggap itu hanya mimpi layanan tidur..usah rasa terhutang budi, usah terfikir nak memberi semula jika  untuk menjaga hati...hati usah terpaksa...jiwa usah menyemai... kalbu jangan terusik..kepada semua sang pencinta...terima kasih..... :::