Sayu bila memandang jambatan kayu yang menghubungkan rumah dan jalan utama di kampung teringat zaman persekolahan ketika remaja. Mengenang kembali rakan-rakan dan kisah indah yang tak akan puas biar pun saban hari merindu kenangan silam.
Hati terkesan dengan sebuah kisah cinta biasa yang pernah dan sering di lalui oleh insan-insan lain.Betapa sebuah perhubungan seorang rakan yang amat biasa, malah hampir tak pernah ujud satu kaitan. Terkadang minda jahat berfikir mengenal antara satu sama lebih baik dari menjadi kawan rapat seterusnya jatuh cinta.
Untuk apa segandingan...searah jiwa...sekata arah laluan....benarkah kita kadang-kadang hanya umpama jambatan rapuh untuk memberi peluang laluan kepada insan....selepas rebah terbenam di air tenang baru jambatan menyedari betapa ia memerlukan..betapa ia tidak bisa melepaskan sedangkan ia sudah tidak lagi dihati insan yang dahulunya bagai langit yang memayungi redup jiwa..mengelilingi masa dengan senyuman dan gurau senda.Melepasi satu cabaran untuk dekat dengan apa yang di mahukan...giliran laluan lain pula dalam bentuk apa agaknya???? Apakah agaknya akan bahagia....siapa yang mahu mengenang jambatan kayu yang rapuh..kerana jika di lintasi sekali lagi..reput..akan mengundang padah membuat impian parah...bagai kurang berakal....
Kuasa apakah yang ada pada objek reput....kalau dulunya ditepian jambatan dan air tenang ini...ada insan sering hadir..membuai perasaan..mengusik tenang air..memandang lepas rerumpun hijau tumbuhan. Berteduh di bawah rimbun pokok...merasa pelukan kasih dalam bayangan ....tersentuh dengan mesra belaian jiwa sambil terpejam mata jauh menghitung masa depan...manja menjeling pada angin yang bertiup.....
Rindu bukan lagi dihati....mengapa berat beban nak melepaskan...biarlah ia seindah sepoi angin yang menderu...dan seindah pasir pantai diredah ombak.....kalau mampu simpan kenangan...kalau tabah genggam..kalau rebah buang.....
Indah dikenang pahit jangan terus dibuang....jadikan formula mustajab pengubat waktu yang hanya tinggal sedikit...tiada siapa mahu berkongsi kepahitan, tapi akan ada orang yang sanggup mendengar cerita indah...jika ia diterjemahkan dengan luahan bahasa cinta paling tepat ... mampukah senyuman pada isi alam di tinggalkan sedangkan gelora terlalu lama hingga karam sedikit bahagia yang pernah menerpa...kata-kata cumalah jawapan pada pemulaan..sedangkan bisu kata juga menjadi pelabuh ... tanpa sedikit sentuhan...... ucapan.... atau kerlipan mata selamat tinggal....
Catatan tentang Jambatan Kayu : lipsy
Hati kristal sangat la suka lagu ni...sampai majuk2 dj sorang tu tk dpt lagus ni....lps tu dwld sendiri...
ReplyDeletekah3.. a ah tu hmmpeh dj Vigors... pelokek
ReplyDeletewah madahhhhhhhhhh
ReplyDeletehahah glassman..bro..bukan madah berhelah tau....
ReplyDeleteLagu ni memang best :)
ReplyDeleteyerr wazy..best..kata2 bagai petua orang lama...menyampaikan makna secara diplomasi..
ReplyDeleteyelah aku pun suka lagu ni ini lagu zaman aku kecik2 dulu aku ingat arwah abah aku beli tape pelangi...
ReplyDeleteahhh masa tu dorang suka bab ada m.nasir, a.ali...sorang laki apa erkk...lps tu tali keset belit2 putus..
ReplyDelete