Sunday, March 28, 2010

Touch & Go

Kisah yang tak akan saya lupakan....beberapa tahun lepas berlokasi di plaza tol Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru (sila lihat paparan imej di sebelah). Tengahari itu saya memandu untuk ke hospital Sultanah Aminah JB, membawa 4 penumpang bersama saya.

Setibanya di plaza tol, saya mengambil lorong touch & go,kalau menggunakan lorong laluan biasa memang sesak dan lambat. Tetapi saya hairan mengapa kereta di hadapan saya tak bergerak, biasanya bila menggunakan kemudahkan touch & go akan mengambil masa kurang dari 1 minit untuk melepasi palang tol.

Saya masih tidak menumpukan perhatian tetapi bila rina mula bertanya  '' kenapa orang tu meletakkan tapak tangan kat alat pengimbas kad?''  saya pula menjawab '' mana ada?'' saya mengangguk-anggukkan kepala mendengar lagu yang saya gemari. Baby  Farid pula menjerit " tengok tengok...kelakar betul......" alia pula menyampuk walaupun umurnya baru 8 bulan ketika itu....mama...wa..ma...ma....Saya pantas menanggalkan cermin mata hitam saya lalu membuka pintu kereta dan memerhati untuk memastikan apa yang cuba di lakukan oleh pemandu kereta yang berplatkan nombor pendaftaran Singapura, plat merah lagi.Lelaki cina yang meletakkan tapak tangan beliau ke pegimbas kad touch & go, berkali-kali saya melihat dia melakukanya. Lalu saya menghampiri beliau dan bertanya dalam bahasa inggeris versi jawa..well biasalah..cina singapura jarang pandai cakap jawa ke melayu..excuse me sir...can i help you..cewahhh speaking tu..dia menjawab dalam bahasa mandarin...bu ke yie..bu ke yie sambil memandang saya...hahahahahah baru la saya paham,,,,rupanya beliau meletakkan tapak tangan beliau untuk melepasi palang tol tetapi ia tidak berfungsi. Saya pun bertanya kenapa beliau berbuat demikian? beliau menjawab beliau hanya mengikut arahan yang menunjukkan gambar  tapak tangan di mesin pengimbas kad touch & go....saya  tersengih sengih rasa bagai digeletek perut saya. Sementara itu kereta telah berbaris panjang menunggu laluan. Saya pun menjerit memanggil pegawai bertugas untuk menguruskan masalah warga singapura yang tak belajar lagi pengetahuan touch & go dan bukan sekadar meletakkan tapak tangan tanpa membayar caj laluan..dengan kata lain nak lalu free aja...hahahahahahaha kelakar kelakar....nama aja tinggal di negara maju...tetapi tidak mengambil  tahu tentang peraturan luar khususnya negara jiran terdekat....apa bezanya touch & go dengan cash card dan auto pass card atau ERP ....sama aja fungsi dia......

Saya teruskan perjalanan sambil ketawa ...mengutuk pun ada....hahahahahahahhahahahahahahah~~~~~~~



catatan  :: lipsy

4 comments:

  1. Ko ingat mereka yang asalnya negara maju semua fikiran dan attitude mereka maju ke???ada kala kita salah persepsi....masih ada mereka2 yang tak ambil tahu tentang perkara2 remeh tapi penting kan kan????

    ReplyDelete
  2. tu la pasal beb...gua terkejut berok masa tuh.....iskkkzz

    ReplyDelete
  3. kalau la satu hari kan,ruang pemandu kat sebelah kiri,agak-agak cmner la nak bayar tol ek

    ReplyDelete