3 hari lepas saya kecewa bila saya di singkirkan dari satu projek penting idaman saya. Tak sangka begitu senang kegagalan datang dengan seluruh tumpuan telah saya curahkan. Bermacam macam persediaan. Cuma nasib tak bersama....PASTI kerana itu takdirnya. Juga kesilapan kecil yang saya anggap remeh. Saya LUPA perkara kecil boleh membunuh. Syarat syarat yang tidak saya penuhi ada dalam kontrak yang di tandatangani. Akhirnya saya kehilangan sesuatu yang amat "sedikit" . Kenapa besar sungguh kesan itu saya RASA.
Merindui suasana sibuk tanpa melihat betapa lambat masa berlalu dan menunggu. Tersenyum saya kini saya berada dipermainan masa. Masih mampukah beretika dan meraih cemerlang bertatih di gelanggang. Kejutan yang dasyat tapi membuahkan senyuman kepuasan. 2 hari lagi, 3 orang yang terpilih akan berlepas ke Jerman selama dua minggu. Persiapan saat saat akhir begitu ketara dengan kesibukkan tugasan yang telah di agih agihkan . Juga jadual bertugas secara bergilir gilir keberapa buah negara eropah
Cabaran tugas pertama, mampukah saya menolak dan mengalah. Tidak........ tanpa saya mencuba. Tak mungkin kita tahu apa saja jawaban tanpa melalui sesuatu perkara. Cara ini saja dapat kita menguji keupayaan dan kemampuan atau juga mencari, mengetahui jawapan. Susah, baru, senang, cabaran, kejayaan, sekecil mana ia...boleh mengubah seluruh kehidupan kita....................
Catatan :: lipsy
No comments:
Post a Comment