Friday, April 30, 2010

Awek cun dah bangun????

Hari ini 30 April 2010 - selepas solat subuh...basuh baju..sementara menunggu , saya tengok TV 3, MHI...entah berapa lama selepas itu yang saya PASTI  TV pula tengok saya hahahahha......sehingga gegaran dan bunyi HP mengannggu mimpi saya, dengan mata terpejam saya menjawab panggilan ...  " Hallo....." (mesti sexy gamaknya suara bangun tidur...alahaiiiii) " Hallo awek cun, dah bangun ker? ", saya menjawab, " siapa ni...?" mata mash pejam lagi  " Sha la, dah 8 pagi ni, kan janji nk jumpa 9 pagi kat Kluang ... " ....terus saya membuka mata dan berlari turun mandi...alamarkkkkkkkk...ada janji boleh lupa...tapi memang dah pesan suruh kejutkan atau call...biasalah beb....nak bermanja sesekali. Lepas mandi dah bersiap saya terus berlari sekali turun tangga. Semasa menghidupkan enjin kereta,....ooppppssssss saya terlupa..masuk balik rumah...lalalalalal...bolehkah saya keluar rumah tanpa perfume...ohhh tidak.... tepat jam 9 , Sha dah call,  " awek cun kat mana ni " ...." on the way.." .saya menjawab, sempatlah memandu laju...pheww ~~~

Tepat jam 9-30 saya sampai di Kluang...pagi ini makan y.taufu sup, sha pula makan lontong...sambil bersembang sembang hal hal semasa. Beliau akan berpindah ke Muar dan tinggal bersama ibu  beliau..
Baru saya bercadang nak minta dia temankan tengok wayang IRONMAN2....

Tepat jam 11 pagi kami mula beransur menuju destinasi masing masing dan saya pula meneruskan tugas tugas yang patut saya lakukan. Bersalaman dan berpelukkan ..sedih plak..saya berpesan agar memandu berhati hati dan jangan lupa sms bila dah selamat sampai.....2 jam selepas tu saya terima SMS  beliau telah selamat sampai.........alhamdulillah



Catatan perpisahan   ::   Lipsy



Sunday, April 18, 2010

Rindu

Petang tadi saya pergi kepasar...ehemmm (GIANT) saya melalui wisma FCSB. sampai aja di rumah saya membelek belek album lama kerana merindukan 3 orang bekas rakan sekerja.
Z - lesap selepas berhenti kerja dan berumahtangga, menukar nombor telefon bimbit .Telah berpindah mengikut suami.

N - Terjumpa beberapa bulan lepas di May Bank. Saya di beritahu beliau akan mendapat tawaran bekerja di pejabat immegresen Johor Bahru.

D -  Menghubungi semula saya melalui email menghantar kad jemputan. Selepas berhenti beliau menganggur hampir 2 tahun, selepas itu mendapat tawaran kos lanjutan perguruan selama setahun . "Selamat pagi cikgu......." Saya menghadiri majlis beliau, tapi datang lambat dan tak sempat berjumpa dengan rakan rakan lain.

Kenangan bersama kami berempat sempat di rakam ketika  syarikat mengadakan hari keluarga di pulau Tioman tahun 2007. Kami sempat berbasikal bersama menyusur dan menikmati persisir pantai yang indah. Juga perkampungan yang sangat tenang, terasa jiwa lapang, jauh dari tekanan dan masalah.

Hari hari yang dahulu dan kenangan lalu, kadang teringin di ulangi seperti deejavu. Sinis saya tersenyum bila perbezaan pendapat dalam melaksanakan tugasan boleh menimbulkan rasa rindu . Sungguh indah dan manis teringat kehebatan rakan dan teman . Kini mereka semua telah ada hala tuju masa depan, kerjaya, keluarga.
Semoga anda semua sihat dan di berkati perjalanan hidup di dunia dan akhirat. Dan saya berharap semoga sesekali teman teman mengenang diri saya yang tak pernah melupai anda semua....rindu kamu kawan kawan...



catatan Aku masih di sini :: lipsy

Yang terakhir

:: Sebelum saya meletakkan jawatan (masih lagi kisah di syarikat lama)..dan meninggalkan dunia koporat dan glamor. Saya mahu memaparkan projek besar TERAKHIR  yang melibatkan pembabitan saya ::

Lokasi :: Kuantan Parade Pahang.
Projek :: Bersamamu TV3 & Utusan Malaysia serta  Pelancaran Buku Masakan Air Tangan & Projek Amal  tabung Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF)
Tetamu Di Raja :: Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah binti Almutawakkil Allahlah Sultan Iskandar.

Tujuan utama adalah untuk membantu mereka mereka yang melalui hidup sukar seperti yang di paparkan menerusi rancangan TV3 Bersamamu. Seperti biasa syarikat saya menaja projek ini. Selain itu untuk TAFF membantu wanita wanita yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Penjualan buku Air Tangan Tunku Hajah Azizah Maimunah juga mendapat sambutan menggalakan benilai RM120 senaskah.




Pelbagai acara di sediakan termasuk pertunjukkan fashion, penjualan bermacam jenis dari buku, fabric, cenderahati, tak lupa persembahan pentas dari artis artis terkenal tanah air. Penuh sesak para pengunjung di Kuantan Parade ketika itu..maklumlah ada tetamu di Raja dan artis popular.









Bagi pertunjukan fashion, semua pakaian lengkap aksesori dan solekan di taja oleh Butik terkenal di negeri Pahang. Lokasi butik beliau adalah di sekitar berdekatan muziam negeri. Inilah empunya butik itu, sempat saya bergambar bersama beliau. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau yang begitu sabar dan teliti malah membantu kami memilih pakaian malah memberi tips berguna sebelum majlis bermula. Terasa bagaikan selebreti pulak masa tu. Projek ini telah di siarkan dalam program NONA TV3 .







::catatan projek terakhir ::


Tengah Kerja (Prev. Comp.)




  :: Beberapa tahun dulu, kerja saya melibatkan perhubungan awam. Berjumpa ramai orang, mengendalikan pelbagai jenis tugas. Kadang melibatkan selebreti dan sektor koporat. Antaranya ingin saya kongsi sedikit laluan hidup saya untuk memenuhi tuntutan tugas.Gambar di sebelah kanan bersama lan pet2 SENARIO, di KLIA pulang dari tugas di Kuching Sarawak. Perwatakan semasa berlakun dan di luar sama. Peramah dan memang lawak gila...leh tergolek golek...di dalam pesawat pun beliau berjalan dari hujung ke hujung pesawat menghiburkan penumpang... bakat semula jadi...tak sombong plak tu..  || syarikat tempat saya bekerja menjadi salah satu dari penaja ketika itu ||  ::











:: yang ini pula bersama MISHA OMAR, di belakang pentas di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Masa itu beliau menjadi pengacara sebuah rancangan terbitan TV3 dan syarikat tempat saya bertugas menjadi penaja UTAMA. Kalau dah pakai kemeja koporat tu tengah kerja la jawabnya.... 





:: Lokasi yang sama Plaza Alam Sentral, sedang berbincang sebelum rakaman bermula, Lan pet2 dan pengurus besar coporate com Media Prima. Senario , ajai & nurul dan, ruffedge antara antara artis undangan rancangan yang ditaja oleh syarikat saya ::
::: setahun menjelajah seluruh Malaysia bersama JOM HEBOH. Bersama pengacara TV3 Ezzah Aziz Pawzy semasa di temuramah program lintas langsung MHI  :: || memang tugas berat dan paling PENAT...panas tgh padang...kerja dari subuh hingga tengah malam ||   Bersama Rohana Jalil..dia kata..rapat  sikit microfon tu....aduhaiiii...thx kak ana...

Wednesday, April 14, 2010

Kecil dan sedikit (Current Comp.)

3 hari lepas saya kecewa  bila saya di singkirkan dari satu projek penting idaman saya. Tak sangka begitu senang kegagalan  datang dengan seluruh tumpuan telah saya curahkan. Bermacam macam persediaan. Cuma nasib tak bersama....PASTI kerana itu takdirnya. Juga kesilapan kecil yang saya anggap remeh. Saya LUPA perkara kecil boleh membunuh. Syarat syarat yang tidak saya penuhi  ada dalam kontrak yang di tandatangani. Akhirnya saya kehilangan sesuatu yang amat "sedikit" . Kenapa besar sungguh kesan itu saya RASA.


Merindui suasana sibuk tanpa melihat betapa lambat masa berlalu dan menunggu. Tersenyum saya kini saya berada dipermainan masa. Masih mampukah beretika dan meraih cemerlang bertatih di gelanggang. Kejutan yang dasyat tapi membuahkan senyuman kepuasan. 2 hari lagi, 3 orang yang terpilih akan berlepas ke Jerman selama dua minggu. Persiapan saat saat akhir begitu ketara dengan kesibukkan tugasan yang telah di agih agihkan . Juga jadual bertugas secara bergilir gilir keberapa buah negara eropah


Cabaran tugas pertama, mampukah saya menolak dan mengalah. Tidak........ tanpa saya mencuba. Tak mungkin kita tahu apa saja jawaban tanpa melalui sesuatu perkara. Cara ini saja dapat kita menguji keupayaan dan kemampuan atau juga mencari, mengetahui jawapan. Susah, baru, senang, cabaran, kejayaan, sekecil mana ia...boleh mengubah seluruh kehidupan kita....................





Catatan    :: lipsy


Sunday, April 11, 2010

Kemana selepas ini

Hari ini saya mengemas laci dan menyusun fail fail yang mengandungi dokumen penting. Saya terjumpa beberapa paspot lama, atau dokumen perjalanan semenjak tahun 80an sehingga kini. Dahulunya menggunakan paspot terhad sehingga paspot antara bangsa. Dari nilai RM10 hingga kini RM300. Walau berapa kadar bayaran yang telah dikenakan pihak kerajaan, permohonan bertambah saban tahun.

Rupanya bila saya  menoleh kebelakang telah jauh saya berjalan keseluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Malahan saya telah berulang alik keluar negara di sepanjang tahun. Buktinya paspot saya akan sering berganti baru apabila telah habis helaian di cop pihak imigresen. Semasa saya bekerja di syarikat swasta saya terlalu sibuk dan menghayati segala tugas yang saya pikul dengan hati rela . Hidup seharian saya ketat dengan jadual kerja dan juga perancangan tugas. Juga saya sering berada jauh dari rumah dan keluarga demi tugas. Ada masa masa saya menjadi jemu, terutama ketika di lapangan terbang, check in, take off, landing dan menunggu bagasi........

Jika saya bercuti masa itu lah saya luangkan untuk keluarga dan juga mengemas rumah, menggosok baju, cuci kereta. Saya kurang mempunyai masa untuk diri sendiri, lepak di luar bersama sama rakan rakan memang ibarat jauh api dari kuali. Sapa yang cuba nak mendekati saya ke nak mengorat saya pasti akan hantuk kepala kat dinding...nak jawab call pun tak sempat....sibuk menjawap panggilan telefon yang diberikan syarikat untuk tujuan kerja. Personal HP simpan dalam bag atau dalam kereta. Tengah malam atau esuk pagi berikutnya barulah saya akan periksa, sms atau panggilan yang tak di jawab. Harap maaf kepada teman teman yang sewaktu dengannya....

Kini saya banyak masa tetapi agak kurang berada diluar kawasan, tapi tetap sesekali mencari peluang untuk menerokai jalan jalan yang telah saya lalui sebelum ini. Luar negara? Singapura dan Indonesia sahaja selepas saya meletakkan jawatan. Dahulunya trip lawatan sambil bertugas, pastinya semua ditanggung oleh pihak syarikat.....ada satu negara yang ingin saya lawati...insyallah...jika di izinkan Allah... PASTI akan sampai juga.




:::  Pasport ini masih lagi valid sehingga 2012, kemana mana saya pergi ia nya
akan sentiasa bersama saya. Biasanya...mengikut rekod terdahulu sampai
aja tarikh luput, saya akan terus memperbaharui paspot saya. 2 jam sahaja di perlukan....mudah dan cepat....jangan lupa RM300, tahniah kepada pihak immigresen yang semakin cekap... kemana agaknya saya selepas ini  :::



Catatan rindu pada perjalanan lalu :: dj lipsy

Tak Mahu Hidup

Hari sabtu (semalam) saya bercadang akan keluar rumah menggunakan kenderaan alternatif . Motor saya pun dah lama tak di pedulikan. Selepas bersiap saya mengeluarkan motosikal saya keluar pagar . Sukar untuk menghidupkan enjin kerana sempit dan ganguan kereta saya di sebelah. Saya pun mula menghidupkan enjin. Berkali kali saya mencuba....tapi tak berhasil, saya mula memeriksa minyak...penuh lagi la...aduhaiii..kenapa tak boleh ni...

Saya mula menoleh kekiri dan kekanan..takut di perhatikan orang,,sure kena gelak nanti..apa la minah ni tak reti ke nak start motor. Saya tak putus asa,cuba berkali kali..sampai sakit dan melecet kaki.  Masa  ini saya terfikir nak jual Honda Wave merah ni dan tukar scooter Yamaha Ego,,,senang nak hidupkan enjin. Tekan aja dah settle....

Setelah PASTI enjin tak dapat di hidupkan saya pun menolak kekedai motor di sebelah kiri jalan  berdekatan rumah saya....memang penat menolak motor tu yang cuma mengambil masa 10 minit aja sebab perlahan aja saya tolak..maintain sopan kot. Sampai di kedai motor tu, saya perhatikan kedai tu penuh dengan mat mat rempit dengan motor masing masing. Saya buat tak nampak sahaja pemandangan sekeliling dan terus masuk kedalam berjumpa tauke kedai motor tu.. Saya memanggil dengan nada perlahan.." tauke..boleh tolong tengokkan motor saya tak ?" dia pula memandang saya sambil menjawab " apa pasat lu punya motor?"  dan saya menjawab lagi..masih dalam nada perlahan " tak boleh start la..." . Dia berjalan terkedek kedek sambil berkata " sekijap gua tengok...".

Saya mengekori beliau kearah motor saya. Kemudian dia menjenguk jenguk dan memeriksa sesuatu sambil memandang saya dan tersenyum. Kemudian dia pun cuba menghidupkan enjin motor dengan konfiden, sekali cubaan sahaja dah berhasil. Alamak...dasyat cina nehh....dia memanggil saya...amoi  mari sini gua kasik tau sama lu haa...ini minyak sudah tutupla...sampai mati u 'start' pun tarak idup .... kuat sungguh beliau memberi keterangan itu pada saya, sehinggakan semua mata tertumpu pada saya. Dan yang paling saya "malu" ,,,mereka semua ketawa sambil memandang kewajah saya. Saya terpinga pinga..blurrrrrrrrrrrrr. Saya bertanya "apek ...apa minyak tutup?" . Dia menunjukkan saya sesuatu dan menunjuk ajar apa yang perlu saya buat. Sambil itu dia sempat menyindir saya " amoi..sudah berapa lama lu tarak naik motor?..wah sudah lupa semua....sikalang pakai keleta saja hooooooo...............dulu kicik2 pegi kebun naik motor , pegi sekolah naik motor, jalan satu kampung naik motor."

Saya diam kerana malu dengan leteran beliau dan terus pergi selepas saya di beritahu tiada bayaran di kenakan untuk perkhidmatan beliau............( dalam hati..... malu malu...ehh plug motor ni kat mana letak nya ya?)



:::  terkadang manusia lupa dengan sejarah silam dan asal usulnya. Bukan sengaja, tapi leka dik arus kemajuan. Sedangkan zaman susah dahulu, motor merupakan  kenderaan UTAMA. Jadi jangan sesekali kita lupakan APA dan SIAPA yang pernah ada dalam hidup kita terdahulu....:::

 Catatan perjalanan hidup ::: lipsy



Friday, April 2, 2010

TUMBUKAN feminin satria


:::  Yesssssssssssssss.....Akhirnya saya berjaya...setelah bersusah payah menguruskan pembaharuan cukai jalan dan insuran kereta. Tetapi saya di minta untuk membayar semua saman saman dalam tempoh 2 bulan...perghhh....ada masa lagi tu. Lega sungguh ..saya berazam untuk tidak memandu laju dan berhemah di jalan raya. Utamakan keselamatan dan patuhi undang undang jalan raya... :::


Entah berapa tahun terdahulu,  lebih kurang jam 10 pagi, saya bersiap siap untuk ke Kuala Lumpur bersama 2 orang lagi teman sekerja. Mesyuarat di jadualkan jam 2 petang tetapi untuk mengelakkan kesesakan serta beberapa perkara yang tak terduga saya merancang untuk bergerak awal. Setelah memastikan semua dokumen penting telah di bawa . Saya bergegas ke kaunter untuk mengambil kunci kenderaan syarikat,kad touch and go serta kad shell, tapi saya di beritahu bahawa semua kenderaan syarikat telah pun di bawa keluar oleh pegawai pegawai pemasaran . Geram semacam pulak sebab petang semalam dah diputuskan semasa mesyuarat. Nampaknya terpaksa menggunakan kenderaan sendiri kerana itu aja pilihan yang ada.

Satria biru masib baru sangat, plastik seat belakang masih belum dibuka lagi.Saya memanggil 2 orang rakan sekerja untuk masuk kedalam kereta dan bersedia untuk bertolak. Semasa dalam perjalanan kami berbual tentang hal hal semasa dan juga tentang mesyuarat yang akan kami hadiri. Semasa tiba di Taman Intan , lampu isyarat pertama, 50 meter dihadapan pula lampu isyarat kedua, tetiba sebuah kereta honda warna silver memotong dgn laju dan mengambil lorong didepan saya, semasa menghimpit kelaluan kiri dia telah melanggar bahagia hadapan kereta saya...sedikit hentakan dan gegaran dah cukup membuat saya cemas. Bumper depan memang nampak senget. Saya cepat cepat tersedar dan mula bertenang. Kereta tu meluru laju, kali kedua hari ini hati saya menjadi geram, wahhhh.... apa lagi saya kejar, kerana saya dah boleh dapat agak pergerakan kereta di hadapan saya, 60 meter di hadapan ada lagi satu lampu isyarat, sebelum lampu isyarat bertukar menjadi merah, saya dah dapat memintas kereta honda warna silver itu, pastinya pemandu kereta berkenaan tiada pilihan lain dan terpaksa berhenti . Nasib baik saya sempat libas stering kebahagian tepi bahu jalan betul betul selepas lampu isyarat. Kesesakan lalu lintas dapat di elakkan.

Saya membuka pintu kereta dan berjalan keluar  dengan hati yang sangat geram dan marah. Tapi saya mengawal perasaan saya dengan sedikit senyuman. Jalan pun `control` maklumlah pakai high heel kang terpelecuk pula, cermin mata hitam saya tak tanggalkan untuk melindungi api kemarahan saya. Saya nampak pemandu kereta honda silver keluar, seorang pemandu lelaki rupanya.Sampai sahaja dihadapan beliau saya terus menumbuk muka lelaki itu tanpa sempat dia berkata apa apa. Dan selepas satu tumbukan saya lepaskan kemuka lelaki itu, saya terus berpaling berjalan semula masuk kedalam kereta. Tak ada satu perkataan keluar dari mulut saya atau dia. Saya tinggalkan dia dalam keadaan terpingga pingga. Semasa saya memandu melintasi beliau saya sempat menoleh,  sambil melihat beberapa orang mat rempit berhenti bertanya " bro apa kes ni ...? " . Saya cemas dan takut selepas tu, mana boleh tunggu beb, nanti kalau dia tumbuk saya balik naya tu...hahahah tapi kan memang puas hati......kira settle ahh tak payah pergi balai ke atau nak claim apa apa. Cash aja  dengan penumbuk. Jika anda berada di tempat saya...apa tindakan anda, masing masing ada cara tersendiri...dah buat salah jangan lari beb....kurang ajar namanya tuh...haaaaaaaaaaaaaa......lu pikir la sendiri..

Saya terus memandu meneruskan perjalanan. 2 orang rakan sekerja senyap didalam kereta.Dari raut wajah mereka yang saya perhatikan  mereka kelihatan terkejut ..sampai di Yongpeng saya singgah di kedai kereta dan mereka mengikat buat sementara bumper depan agar tak terjatuh. Masa tak mencukupi untuk berfikir tindakan lain. 2 orang rakan sekerja sempat berkata kepada saya .." fullamak... aku tak sangka....buah cempedak jadi durian..." . Siapa sangka,  saya yang di lihat sebagai seorang yang feminin dan lembut tergamak menumbuk seorang lelaki...........



:::  sesekali kita akan menjadi orang lain dan bukan diri sendiri, di dorong oleh pelbagai faktor, semoga kesabaran dan keimanan akan dapat menghindarkan kita dari membuat tindakan melulu.... :::



Catatan royal blue satria  :: lipsy