Wednesday, December 15, 2010

K.E.N.A.P.A ?

Dalam hidup kita..terlalu banyak perkara yang ingin kita cipta..namun tak semua terlaksana....impian terindah lebur dengan kegagalan.... tapi ada juga  peristiwa yang tak pernah terlintas dalam fikiran kita berlaku tanpa dirancang..terbaik, terindah....wow....sejujurnya....tiada kata seindah bahasa....

Seseorang yang pernah patah hati dan membuang rasa C.I.N.T.A... mampukah membina tembok itu semula?Akan bertemukah nanti dengan seseorang?  Pernah terfikir.... siapa? tapi tak kuasa pula mencari jawapan...Tetapi mengapa ramai manusia dalam dunia ini suka menilai seseorang dari imej luaran tanpa mendalami isi hati dan niat baik . Kenapa? malas juga nak mencari jawapan..letih memikir hal hal remeh yang boleh menganggu emosi...

Seseorang yang amat istimewa dengan cara dan penampilan berbeza muncul...tak terfikir tak tersedar...sehingga satu masa terasa seperti ada sesuatu yang hilang, kurang atau tak sempurna...ahhhhhhh..!!!
tak selesa sungguh dengan perasaan sebegini.... Dah lama mengabaikan perkara sebegini  kerana ia lebih banyak mempengaruhi hati , ada masa pula  keputusan dilakukan atas dasar terburu buru dan kurang efisen.. pernah melalui hal sebegini lama dulu...tak suka ...tapi ini salah satu warna dalam hidup...ermmm...

Sebagai seorang yang amat biasa dan sederhana serta berlandaskan keiklasan. Gembira menjadi diri sendiri, menghormati orang lain...berusaha membuat hati tenang...membahagiakan  rakan tanpa niat serong.. Sering kali juga layanan baik..keiklasan hati disalah erti...salah anggapan menaruh hati dan perasaan..sedangkan yang punya diri hanya mampu tersenyum tanpa terasa atau berkecil hati...Siapa dan mampukah meletak harapan? sedangkan nyata diri layak tiada...... jadi kenapa mesti ada H.A.T.I yang amat bimbang........?

Di kesempatan ini andai ada hati terguris dan terhiris..andai ada yang merasa kasih sidia tergugat, andai  seperti ada perampas atau perosak bahagia...mari kita soal hati kita.....benarkah...sekali lagi kita tanya hati kita benarkah?? tanya lagi hati..mengapa perlu menyalahkan orang lain andai jiwa tidak tenteram dan hati tak sebahagia dahulu.....wajarkah?

Buat insan yang menghargai, menilai benar nyata tanpa R.A.G.U...menyayangi , memberi perhatian, memastikan senyuman terukir tanpa batas masa, membahagia tanpa curiga, menerima seadanya, menghindar prasangka, terimakasih diucap dari lubuk hati penuh dengan rasa cinta dan kesyukuran.....terbaikkkkkkkkk!!!




:::  ya...terlalu benar anggapan,"perhatian" mungkin kerana sayang..mungkin juga sekadar tugas, tapi mengapa curiga andai hati mu T.E.G.U.H tiada tergugat ...lupakan masa dan peristiwa..anggap itu hanya mimpi layanan tidur..usah rasa terhutang budi, usah terfikir nak memberi semula jika  untuk menjaga hati...hati usah terpaksa...jiwa usah menyemai... kalbu jangan terusik..kepada semua sang pencinta...terima kasih..... :::

Monday, November 29, 2010

K.A.M.U & Dugaanku


Bila kamu disakiti & dipermainkan oleh insan yg kamu sayangi atau tak dihargai..hati kamu MEMBERONTAK..tapi bila kamu melukakan, menyakiti dan mempermainkan hati orang lain pula...kamu tak merasa apa..tak rasa bersalah dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku......dan orang lain yg meyayangi kamu bersedih , merana dalam D.I.A.M.....dan sayalah insan itu...jika kita rasa terluka ....kita akan tahu dan melihat ada kebahagiaan yang tak mampu kita miliki...malah terlalu sukar untuk di pandang dari jarak jauh....sukar dikesan juga walau ia ada dekat disisi kita....

DUGAANKU - Ning Baizura

Hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Ini yang ada sementara aku hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu







Tuesday, August 24, 2010

K.E.M.B.A.L..I

sejak akhir akhir saya terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat dan urusan urusan lain..hingga tak punya waktu terluang untuk bersama rakan2 blog... insyallah selepas hari raya nanti saya akan aktif semula, Di  kesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya..maafkan kesalahan saya pada teman2 semua..saya akan K.E.M.B.A.L.I..terima kasih sekali lagi kepada semua teman2 yang memberi sokongan dan semangat.


Wednesday, July 21, 2010

sidney sheldon




Hari ini saya terima kiriman pos dari seseorang. 2 naskah buku dari penulis kegemaran saya sidney seldon. Saya tersenyum gembira. Terima kasih...selepas ini pasti saya sibuk untuk membaca dan ingin mengetahui kesudahan kisah ini....

 

:: Terlalu banyak cara untuk kita rasa gembira dan kita memang berhak mendapatkannya ::


Sunday, July 4, 2010

My memories of Y.O.U

::  who will accept me? no one, you say, will accept me the way I'm , but....now you know because you want the best and I'm not the person ...hope you happy with your choice, thank you for make me happy and believe that someone can accept me even though I know that all things are I.M.P.O.S.S.I.B.L.E...glad to fulfill all my promises to you...::



My silence doesn't mean, I forget you. My disappearance doesn't mean, I don't care about you. Because I do and you are always in my heart

There is only one good thing about being away from you, and that is the feeling I get when I see you for the first time. I wish there was a word that could describe how much i miss u, but maybe it's better that you don't know.....let it be... 

I miss the way you would look at me...I miss everything about you in every kind of way.....You promised to never hurt me....

suka S.A.N.G.A.T2


:: Salah satu cincin ini masih tidak terlepas dari jari saya, bukan kerana saya masih merindui D.I.A tetapi kerana saya suka CINCIN ini sangat2...::




:: Masa saya bercerita dengan mak saya, "sayang suka kereta ni..nak beli lah.." .mak menjawab "membazir buat apa, kereta yang ada dah tak boleh guna...?" Terus saya tak pernah ada hati nak beli atau tukar kereta lain....i luve S.A.T.R.I.A 4eva...tapi in this case saya suka sangat2 suzuki swift  ::



:: Saya suka blackberry model CURVE ni...cute....tapi bila teringat ada 2 HP yang masih elok lagi, buat apa kan?....lain kali aja....tapi kan saya suka sangat2 kat model 
 ni.......::



:::  Bouquet 99 roses (PI.N.K.) .....suka sangat2...:::

Saturday, July 3, 2010

Perfume & M.O.D.E

:: Saya suka kelihatan segar dan wangi , saya ada 4 jenis fav. perfume yang akan saya guna setiap hari mengikut M.O.D.E  ::


Davidoff cool water




Sunflower Elizabeth Arden


Ralph Lauren




Sweet Darling Kylie Minouque

:: Ada tak sapa2 nak hadiahkan i perfume?kalau ada..jenama kat atas tu la ya...hehehhe.... ::

Tuesday, June 29, 2010

P.A.N.T.A.I


Selepas penat dengan tugas2 sepanjang minggu, petang semalam 28 June 2010, saya bersama (anak2 buah sofea, arissa dan zaharah) bersantai di Lotus Resort Desaru. Kepada anda yang gemar suasana tenang aman damai dan santai. Anda di alu alukan bercuti kenegeri Johor. Pasti anda akan rasa gembira dan ingin datang berkunjung sekali lagi. Untuk yang berkeluarga, memang ini lah tempat yang paling sesuai .Pastikan percutian yang akan datang, lokasi anda adalah DESARU...selamat bercuti!!!



Show all




Wednesday, June 23, 2010

Lunch.......B.I.A.R Betul ......?????

Lunch 1
Semasa makan  tengahari kami bersembang tentang `travel`...mana tempat2 yang saya telah pergi lawati. Bekerja sambil berjalan atau memang untuk bercuti . Baru saya sedar rupanya dah jauh saya merantau pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Seseorang bertanya pada saya tentang pasport antarabangsa...."betul ke..bila kita dah masuk ke Thailand menggunakan pasport antarabangsa, selepas itu kita tidak boleh memasukki Singapura..sebab dah ada chop" ?...saya terkejut dan ketawa...hahahaha....dari mana plak sumber atau info P.A.L.S.U tu di perolehi.....ishhhhh.... saya tergelak...

Lunch 2

Sambil menunggu makanan yang telah di pesan, saya memerhati sekeliling sambil berbual bual...cuaca panas....Topik tentang masa depan...sambung belajar, nak amik master, dan jadi seorang pensyarah sebelum umor 40. Saya pula sebagai seorang yang biasa dan sekolah pun tahap tingkatan 3 hehehehe ..terasa seronok dgn pelbagai isu dan topik semasa, bercerita dan berkongsi C.E.R.I.T.A. sedar tak sedar dah terlalu banyak saya bercerita....entah berapa lama saya pun tak ingat,yang saya tak pernah bercerita seperti ini...dah terlalu lama..hehehe. (tiba2 hati R.I.N.D.U UK...bila akan kembali meyusuri memori dulu..)

Tiba tiba saya terpandang tanpa sengaja...seorang lelaki di meja  sebelah saya bersama rakan2 beliau. Pak cik itu bersama seorang wanita seksi berskirt pendek, tangan beliau meraba2 peha wanita itu..bila saya terpandang perbuatan dia..beliau senyum lantas mengenyit mata pada saya..hahahaha hampehh hampehhh...terus saya berpura2 tak nampak dan memandang arah lain....hahahha...seseorang yang saya bagitahu apa saya nampak...hanya ketawa..hahhaha....

Sunday, June 20, 2010

kerabu ikan K.E.L.I

Saya seorang yang sangat berdisiplin terutama bila memandu atau menaiki kereta, masuk aja saya akan terus  memasang tali pinggang keselamatan, alahaiii seseorang yang hairan dengan gelagat saya tersenyum sambil menjeling...

 Sebelum pulang kerumah kami makan tengahari. Menu yang pertama kali saya jumpa dan makan, kerabu ikan keli. Saya memang tak makan ikan keli dan ikan2 yang sewaktu dengannya. Jenis2 daging pun saya tak makan. Tapi saya telah di yakinkan bahawa ianya sedap dan langsung tak nampak  ikan keli seperti yang saya bayangkan. Saya merasa sedikit dahulu...woahh yummy..memang ternyata sedap...terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada resepi ini.


 Selepas berehat sebentar kami pergi kedusun di Jitra,macam2 pokok buah ada, tapi tujuan kami datang untuk mengutip buah durian. Seronok tengok buah durian yang begitu besar saiznya. Malam tu saya makan beberapa ulas aja..hahaa berasap, saya tak biasa makan durian, tak suka tapi kerana melihat saiznya saya teringin nak merasa. Memang sedap tapi tak larat nak makan banyak......malam itu saya tidur sangat L.E.N.A dan bangun awal pada keesukan harinya.. 

::  Masih kisah di utara  ::



Saturday, June 19, 2010

U.T.A.R.A

15 June 2010 seawal jam 5 pagi, saya bertolak ke lapangan terbang. Saya akan menaiki pesawat pertama jam 7.15 pagi KL - Alor Star. Sempat minum nescaffe panas sebelum check in. Sebelum itu saya sempat juga buat morning call kat seseorang. Jam 7 pagi saya telah pun berada didalam pesawat air asia. Berlepas jam 7.30 pagi


Tepat jam 8.30 pagi saya selamat sampai ke lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Star.Saya mula rasa mengantuk sambil memandang sekeliling mencari seseorang yang sepatutnya menungggu saya ..... ternyata memang ada orang menunggu dan menjemput saya...sungguh baik hati dan menepati janji...terima kasih.

Dari Johor , KL, Alor Star, Jitra, dan Kangar Perlis, kembali ke KL dan berakhir di Johor.Dapat berjumpa baby airel, dapat pergi dusun di Jitra dan melaksanakan tujuan utama ke UTARA...yang lain tu bonus ler...sungguh seronok ....penat tu biasala....


:: tiba tiba kita tak percaya lagi apa yang kita percaya terutama bila keajaiban datang dalam pelbagai bentuk untuk sekali dan sehari selepas 10 tahun ::

Tuesday, June 8, 2010

G.U.R.A.U



3 hari saya di Kota Tinggi menguruskan perkahwinan anak buah saya Amli. Semua keluarga balik, riuh rendah . Semua berjalan dengan lancar. Semalam sebelum balik ke Ayer Hitam kak long mahu saya menghantar beliau kebandar Kota untuk membeli belah, sehari suntuk shopping.... Saya merungut ketika memandu kereta WAJA beliau...tak suka memandu kereta besar2 ni la ..dia tarik telinga saya...ishhh. Dia kata nak beli barang banyak...leceh la naik kereta satria..eeeeeeeeee, sebelum balik kami singgah di sebuah kedai menjual pakaian pengantin. Dia mengajak saya masuk...saya melihat2 aja. Pekerja kedai itu tiba tiba bertanya kepada saya... " bila nak kawin?" Selamba aja saya menjawab " minggu depan" kak long memandang saya, saya lagi selamba. Selepas tu saya menunggu dalam kereta kerana penat plus mode R.I.N.D.U. Saya cuba menghubungi sesorang walaupun tau dia pasti S.I.B.U.K. ...kan kan memang sibuk...

Tak lama kak long pun sampai kat kereta dengan mcm2 barang tambahan dia beli...memang betul2 jadi driver cum bodyguard hari tu. Dia memberikan saya satu bag sambil berkata.." nah, amik baju ni ,pakai masa nikah nanti...RM380 harga dia, akak hadiah ...." aiiyoooooooo tatau...saya gelak tergolek2..." sapa plak nak menikah?".. " tadi kan adik ckp nikah minggu depan"...lahai kak long ni...dia kata lagi..." cant predict you la sis...."saya menjawab..." G.U.R.A.U la......adushhhhhhhhhhhhhhh...

 


:: Jam 1 pagi..kereta peronda membunyikan siren depan rumah..hahah bila buka pintu...weii Boo my fren...sempat lagi...thx beb  vizit me tgh malam ..pakai uniform lagi..ronda smp pagi tuuuuuu....salute beb  ::                                          
 




Catatan KOTA TINGGI : lipsy

Friday, May 28, 2010

H.O.S.P.I.T.A.L & C.I.N.T.A 1

:: Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger...lebih dari seminggu saya menyepi..sebenarnya banyak masa saya di habiskan  di H.O.S.P.I.T.A.L. Melihat keajaiban , kesakitan, datang dan pergi di hadapan mata.  Senyuman dan tangisan yang saya pandang, cerita dan luahan perasaan tanpa saya minta. Saya dengar dengan S.E.T.I.A..... Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar pada usia yang sudah T.U.A.ini. Saya tersenyum dan menghayati semua perkara yang saya temui di H.O.S.P.I.T.A.L . Entah benar entahkan tidak...saya merasa sangat B.A.H.A.G.I.A...kenapa ? mesti ada sebabnyakan?...teruskan B.A.C.A ... ::

cinta dan usia...

Di sebelah katil....seorang lelaki berusia lewat 50an atau awal 60an..tapi masih segak..memandang saya, saya mengganguk dan senyum. Tak lama selepas itu seorang wanita menghampiri beliau , memegang tangan lelaki itu sambil mengusap bahu dan ciuman kasih sayang di pipi. Saya mengalihkan pandangan selepas itu, seronok dapat melihat kebahagian dua orang insan pada usia E.M.A.S. Selepas 2 hari wanita dan lelaki itu mula menegur saya. Adik siapa nama, tak pernah dengar adik berbual, cuma nampak selalu senyum aja.... Saya berbual dengan mereka berdua , kenapa dan mengapa sampai terdampar di katil hospital.

Hari ketiga wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai mak yam, mengajak saya ke kantin hospital. Saya senyum dan mengikut beliau, kami makan tengahari bersama. Saya melihat  mak yam yang masih merah inai di jari. Beliau perasaan, lalu bercerita.... mak cik baru aja berkahwin dengan pak cik 2 bulan lepas... alahaiiiiii ...saya tersenyum dan berkata " tahniah mak cik ". Dia memandang saya dengan bahagia...bila cinta dan bahagia di anugerahkan kepada kita...U.S.I.A bukan batasan....indahnya kata kata itu....selepas dia bercerita dan selesai makan, dia bertanya kepada saya.. " adik sorang? mana S.U.A.M.I ? " saya senyum dan mengelengkan kepala. Dia tak puas hati lagi...hahahah " boyfriend? " saya senyum juga ...geleng lagi. Malas betul saya nak mendengar topik dan soalan lazim yang selalu saya dengar..terus aja saya cantas dengan jawapan " tak ada orang nak la mak cik "....hahahaha...mak cik yam mengerutkan dahi lalu bangun memeluk saya...di cuit pipi saya..eeeeeeeeeeeeee..." .kalau mak cik yang tua ini pun masih boleh bercinta dan masih ada market..tak kan la siti tak ada...adik ni......"..itu komen mak cik yam..saya senyum lagi....dia komen lagi  " mak cik ni dah tua , gemuk, tapi pak cik sayang sangat kat mak cik, mak cik sangat bahagia ".... saya tau, saya dengar ..bila pak cik  memanggil mak yam dengan panggilan S.A.Y.A.N.G..... saya melihat bagaimana pak cik memimpin tangan mak yam dengan M.E.S.R.A. Saya merenung juga ketika pak cik lap bibir mak yam yang  basah selepas minum.Saya bahagia melihat orang lain B.A.H.A.G.I.A

catatan cinta :: lipsy

Tuesday, May 11, 2010

Will u M.A.R.R.Y me..............

:::  Entah berapa tahun lama dahulu..memang tak mahu..tak mampu  untuk menghitung hari hari yang berlalu, kerana ia terlalu indah untuk di lupakan. Tapi sekali ia di kenang ..rosak seluruh peristiwa hidup saya bersama penyesalan.... Saya masih muda...suka merantau , mencari pengalaman. Sampai ke Terengganu...sebuah negeri paling I.N.D.A.H...di kelilingi pantai . Malah di setiap susur jalan...mata tak lepas memandang biru air laut yang melambai.

Saya bekerja di sebuah syarikat swasta...tapi ramai staff lelaki. Bagi saya memang tak menjadi masalah, kerana adik  beradik saya ramai lelaki. Selepas waktu bekerja, biasanya kami akan lepak minum, makan . Kadang kalau kami akan menyaksikan live band, atau berkaraoke sebelum pulang kerumah. Kami berempat , Din, manaf , saya dan ada sorang tu siap saya gelar abang mat bunga..umur dah lebih 50 tapi kan..perghhh sekali ayat keluar awek2 seme melekat...suara plak ..perghhh bila menyanyi...class....versi artis.. tempat lepak kami masa tu bunga raya, up town cafe, seberang takir dan banyak tempat lagi. Selepas PAS mengambil alih tampok pemerintahan, tempat itu dah tak ujud lagi.  Namun bukan itu yang mahu saya kongsikan..

Din....seorang lelaki pemalu, tapi kelakar, suka nak nyanyi..tapi memang tak ada bakat...hahaha ada seorang anak lelaki...comel manja. Dia tinggal bersama ibu bapa selepas berpisah dengan isteri beliau. Saya kenal semua keluarga din..saya dah anggap macam family..maklum duduk jauh merantau. Satu hari lepas waktu kerja din mengajak saya keluar lepak dan minum petang. Seperti biasa saya pergi. tapi bila saya sampai ..encik manaf dan abg mat bunga tak ada plak. Bila saya tanya " oiiitt din mana dorang nehh...lambatnya tak sampai-sampai lagi...." . Din senyum aja sambil menjawab " dorang tak datang la ... i ada hal nak cakap dengan you "...saya menjawab..." apa hal  you nak cakap ni...nak berahsia plak dengan dorang ...". Resah pula muka dia bila saya pandang ...heran dan pelik la perangai dia pada hari itu...... Tak beberapa minit  selepas itu dia pun berkata... " i kan ..i kan..i sebenarnya  suka you la,,,sayang you...i nak kawin dengan you...boleh tak? . Saya sangat terkejut dan tergamam....saya bangun dan terus meninggalkan din tanpa sempat makan....minum air pun tak habis....terus saya balik kerumah...( saya sangat malu dan tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan din , dan tak tahu apa yang perlu saya katakan...)

Saya berfikir, saya mengkaji, persahabatan kami berempat memang akrab..selama lebih satu  tahun, din tak penah menunjukkan tanda dia suka...maksud saya suka lebih dari seorang kawan. Keadaan telah berubah, di tempat kerja saya hanya berurusan tentang kerja, bercakap tentang kerja. Tiada urusan tiada langsung komunikasi. Tak pernah lagi keluar makan atau minum bersama. Lepak sebelah malam langsung sudah tak ujud . Seolah-olah kisah 4 orang rakan karib tak pernah terjadi. Tapi saya perasaan kadang kadang din mencuri pandang kearah saya, sedih dan seakan menyesal. Encik Manaf dan abang Mat bunga pula memotivasikan saya. Tapi hanya saya yang terus berdiam diri....sampai bila..entah......tiada jawapan...

Hampir 5 bulan...saya sungguh rasa kehilangan..sunyi..malah saya mula rindu pada din...dan suasana riuh kecoh kami berempat. Saya menghubungi abang mat bunga lebih kurang jam 9.30 malam. Saya memohon maaf . Abang mat kata...dia memahami saya dan apa yang saya lalui. Saya mula membayangkan tentang kerinduan saya pada din, pada anak dan ibu beliau. 5 bulan saya tak menziarahi mereka....Abang mat sungguh bersyukur dan lega dengan pengakuan saya. Kami berjanji akan berjumpa pada esuk hari ditempat biasa.

Jam 6.30 petang, saya , abang mat dan encik manaf telah berada di lokasi biasa. Din aja belum sampai....dia set up kiosk kat  stadium dan brief promoter. Kami makan sambil bersembang, tak lama saya nampak din sampai dan mencari parking di seberang jalan. Saya bangun dan pergi mencuci tangan di belakang...sambil berfikir apa yang saya nak cakap atau bualkan nanti.... Tetiba saya dengar jeritan....dan abang mat menjerit memanggil saya suruh cepat, saya berlari kedepan.................. Ya Allah... saya nampak din terbaring ditengah jalan, penuh dengan darah, saya menjerit, saya menangis, memeluk dia sekuat hati....kalau la saya dapat tulis dan gambarkan keadaan saya ketika itu....

Seminggu berlalu din masih belum sedarkan diri, kecederaan di kepala, gegaran dan pendarahan dalaman.  Itu info yang di terima dari doktor yang merawat. Kepala beliau dicukur, masih bengkak, saya dan ibu din bergilir gilir menjaga beliau. Bacaan surah yassin serta doa tak pernah terlepas pada setiap masa. Dan malam itu, saya rasa sungguh tenang. Saya memandang wajah beliau yang sedang tidur, dalam hati berkata..." Din..apa ada dalam mimpimu sayang....berikan lah saya peluang untuk melalui mimpi itu bersama...." Menitis air mata C.I.N.T.A saya. Dan ketika itu saya melihat din membuka mata perlahan lahan.....Saya tersenyum memandang beliau....din memandang saya dengan sayu....aduhaiiii luluh remuk seluruh J.I.W.A raga saya. Berbisik saya kepada din..... " sayang...kenal dan ingat saya tak? kelipkan mata sayang..." dan saya ketawa gembira dia memberi respon mengelipkan mata. Terima kasih TUHAN kerana mendengar doa saya. Saya berbisik ketelinga din sekali lagi... " nanti sayang cepat sembuh ya...baby dan umi rindu, kita balik rumah..." Din hanya memandang saya...saya berkata lagi ..." dan selepas itu WILL YOU MARRY ME......?" Saya nampak airmata mengalir ...din menangis.... " sayang.....maafkan saya....". Itu aja yang mampu saya katakan ketika itu. Saya terus menghubungi umi, tak lama selepas itu umi sampai dan giliran saya pula untuk pulang mandi dan berehat sebentar.......Tepat jam 4.30 pagi panggilan dari umi saya terima.... Ya Allah...sesungguhnya dia milikmu jua yang abadi. Din pergi buat selamanya. Saya tersandar di balik P.I.N.T.U.....  Puas saya berfikir untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu....tiada yang tepat. Hanya DIA yang mengetahui.

Selepas 1 bulan pemergian din, saya meletakkan jawatan, pulang kekampung dengan membawa cinta dan kekesalan. Selepas dan bermula dari situ, pantai dan laut akan menjadi teman untuk bercerita. Menyiram rindu yang tak pernah padam.... sehingga hari ini dalam perjalanan hidup saya, terlalu banyak cinta yang saya lalui dan tempuhi. Tiada cinta I.K.L.A.S yang pernah atau akan saya miliki. Cinta sejati , cinta yang penuh dengan perasaan dan pengorbanan boleh kita temui dimana mana dan mampu di miliki oleh setiap insan....   :::

:: Sayang..andai dapat di undurkan masa sekali lagi......saya ingin mengubah sejarah namun penyesalan dan takdir berjalan seiring. Bersaing menguji ketabahan dan dugaan...Saya gembira di persimpangan jalan hidup.....sempat dipertemukan L.E.L.A.K.I semulia kamu... ::

 Catatan terlewat jawab :: lipsy

Sunday, May 9, 2010

B.O.S.A.N



:: Bosan, bila lapar sangat nak makan. Order mee goreng tanak bubuh daging...bila sampai dah la ada daging..masin pulak....Makan sesuap aja...bosan bosan ..balik la...terus hilang selera.. ::









:: ...Bosan sekali lagi..bila kereta tak boleh keluar dan melepasi palang out...autopass card credit balance SGD3.20. Pergi ke 7E dan mesin top..tapi sistem DOWN. Tak pasal aja kena naik cab....bosan gila la saya hari tu..... ::







:: Dan yang paling bosan, bila kereta kemek dan calar teruk....aduhaiiiiiiiiiiiii....memang bosan , bosan lagi..dan bosan sangat...::


Catatan minggu paling bosan :: lipsy


:: biar rindu kelam dan pudar di laluan masa..biar kasih mati di gerbang mimpi..biar harapan menderu...andai benar indah masa berlalu..mencipta MIMPI baru..tinggalkan kenangan itu dimataku..agar dpt ku lihat bahagiamu..tangisan biarlah dihati..itu realiti dan PASTI ::

Saturday, May 8, 2010

sederhana itu pengoda...biasa pula terlalu I.S.T.I.M.E.W.A

::: Dalam seminggu ini ..saya agak letih..menyusuri perjalanan dari satu tempat kedestinasi yang lain. Memandu jauh, berada dalam pesawat di awan biru. Makan resepi berbeza di merata tempat. Berjumpa ramai orang...tetapi dunia terasa semakin kecil dan berada hanya dihujung jari.


Siapalah yang akan peduli tentang apa dan di mana saya...ouuuuchhhh...kadang kadang perkara kecil kepada seseorang menjadi perkara besar dan paling bermakna buat kita. Pesanan dan pertanyaan....apa lagi kalau  B.E.N.A.R ada yang rindu

Senyum sendirian bila terfikir tentang silap tanggapan, gelak lucu bila terdengar dengar gurau senda. Sepi pula amat terasa bila R.I.N.D.U....sederhana itu pengoda...biasa pula terlalu I.S.T.I.M.E.W.A

Selamat pulang...hati pula  merasa lega...melihat kamar bagaikan S.Y.U.R.G.A...dan jiwa akan tenang tanpa paksa....   :::

Catatan seminggu : Lipsy

Monday, May 3, 2010

harapan terakhir ........

Minggu lepas...semasa sibuk di pejabat dengan tugas tugas yang langsung tak mengizinkan saya untuk menjawap panggilan telefon (personal HP). Lagi pun saya dah set silent MODE. Hanya waktu makan tengahari saja saya akan memeriksa, sekiranya ada panggilan tak berjawab atau SMS. Saya terlihat saya 15 missed calls dari seorang rakan.Saya andaikan mesti ada hal penting ......... saya menghubungi beliau...belum sempat saya berkata apa apa terus dia dia menjerit........"lipsss...ko la harapan terakhir aku....tolongggggggg"...alahai berdebar debar hati saya....rupanya beliau ingin meminta jasa baik saya untuk meggantikan seorang DJ beliau yang baru bersalin. Phewwwwwwww....ingatkan apa...Ahad 2 Mei kebetulan saya free...sedikit  pertolongan demi seorang rakan apa lah sangat jika di bandingkan NILAI persahabatan....

Memang la saya seorang DJ...tapi DJ Radio, atau biasa saya mengacara majlis makan malam atau majlis casual. Tapi ni DJ majlis kawin? ok lah saya buat...tak cerewet....hahahhaha....jam 8 pagi siap semua setting, dan saya buat sedikit "rehearsal' ...ok cun, speakaer, mic, wireless mic pun ok..echo? cukuppppppp..baik punyerrrrrrrrrrrrrrr........Siap aja semua ,,rakan saya dapat panggilan dari adik beliau, berita sedih di terima yang abang beliau meninggal dunia dalam tidur. Al Fatihah..beliau bergegas pulang ke Melaka..tinggal saya dengan juruteknik beliau.......

Alahai cuaca panas plak...khemah DJ pula matahari memancar dari sebelah belakang....hahahhaa nasib baik tak cair dan rentong bahagian belakang badan ni..ponggong pun panas....tapi hati saya tetap cool aja..cuma tak selesa dan malu..bila khemah DJ jadi tumpuan dan ramai orang mengelilingi saya...aduhaiiiii...." owhhhhhhhhh ini rupanya rupa DJ....kami dengar dari jauh tadi..sedap sungguh suara..... " antara komen2 para jemputan yang datang kemajlis perkahwinan... saya hanya tersenyum dan berkata dalam hati " terima kasih...... mcm biasa dengar ayat ayat itu..............." Ada juga yang bertanya berapa bayaran . macamana nak menghubungi............saya serahkan kepada juruteknik menjawab soalan....saya senyum selamba aja......panas ..letih...tapi control CUN dan suara MERDU....keh keh keh...

Dah petang....bersiap..kemas ...tepat jam 7 saya pulang, ,mandi dan berehat...penat sangat..tapi tiba tiba RINDU ...alahaiiii apa lah perasaan atau PERASAN?........... jam 9 lebih masa tu....dan bila saya sedar...dah 6.45 pagi.........Saya tersenyum bila mengenang satu lagi pengalaman baru ........



:: Begitu pantas masa berlalu dan hampir 9 tahun saya menjadi seorang DJ....saya suka muzik. Music is my life..dan saya banyak menzahirkan meluahkan isi hati , menceritakan tentang kisah hidup dalam lagu, atau melalui  kata kata...sungguh ia buat saya merasa lega..seperti mana saya selalu menyusur dada laut dan pantai...melepas segala kerinduan dalam pelukan pantai yang sering didatangi badai ombak....jiwa saya akan tenang... ::

Catatan seorang DJ : Lipsy

Saturday, May 1, 2010

Tak sampai 3 ringgit

:: Dah seminggu saya tak masak, bukan apa ..gas dah habis, part ini memang saya tak suka buat..liat sikit, nak pergi kedai suruh orang hantar....esuklah saya buat. Jam 8.30 malam, saya pergi kekedai makan tak jauh dari rumah saya. Naik motor aja, saya bungkus nasi UJANG dan air epal.Sampai di rumah saya makan, tak habis pun...separuh aja...bukan tak lapar...tapi bila makan seorang dan dalam keadaan sunyi..selera memang pudar.....::


Waktu ini saya teringat kepada 3 orang peniaga kedai makan yang saya kenali bertahun tahun. Oleh kerana saya jenis tak suka pergi kekedai yang berbeza beza apa bila makan tengahari sewaktu bertugas dahulu. Kedai makan pertama, nama tuan punya restoran saya hanya memanggil beliau kak uda. Saya menganggap beliau dan keluarga seperti  saudara sendiri, baik dan rapat sangat. Percayalah....tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, jumlah yang perlu saya bayar hanya RM2.50. Selepas saya bertugas di tempat lain,  sesekali saya akan datang juga....rindu katanya ...bukan apa kadang kadang kak uda ada call ....sambil berkata " Lin dah lupa kak uda la tu.."..kalau saya ada lalu restoran beliau pasti saya akan singgah...

Tempat yang kedua pula saya panggil "kakak" sahaja, tengahari tadi saya datang kekedai beliau. Selepas 2 tahun saya tak datang. beliau masih mengenali saya. Sempat dia menemuramah saya " adik kat mana sekarang?..lama akak tak nampak?" saya menerangkan kepada beliau saya dah berpindah tempat kerja. Saya beli nasi campur (bungkus) + air. harga yang perlu saya bayar hanya lah RM2.80 sahaja. Sebelum balik dia sempat bertanya " boleh bagi petua bentuk badan maintain SLIM ? tahi lalat kat tepi bibir tu orginal ke? " saya memandang kakak tu dengan hairan tapi tetap tersenyum kerana tahu beliau bergurau dengan saya........hahahhahahah kelakar aja kakak ni....issskkkkkk...

Tempat ke 3 pula ialah tak tak jauh dari pejabat baru saya...setiap waktu makan tengahari saya akan kesana membeli nasi, tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, paling mahal saya bayar ialah RM2.80. Kadang kadang saya hairan dan tertanya tanya dalam hati....kenapa harga makan dan minuman semurah itu. Ada profit ke..tapi masakan mereka memang boleh tahan dan saya suka....tapi  saya tetap suka memasak di rumah walau pun saya tak suka pergi pasar.....hahahhahaha......sabar ajalah...


Catatan "Lunch Hour"   : Lipsy

Friday, April 30, 2010

Awek cun dah bangun????

Hari ini 30 April 2010 - selepas solat subuh...basuh baju..sementara menunggu , saya tengok TV 3, MHI...entah berapa lama selepas itu yang saya PASTI  TV pula tengok saya hahahahha......sehingga gegaran dan bunyi HP mengannggu mimpi saya, dengan mata terpejam saya menjawab panggilan ...  " Hallo....." (mesti sexy gamaknya suara bangun tidur...alahaiiiii) " Hallo awek cun, dah bangun ker? ", saya menjawab, " siapa ni...?" mata mash pejam lagi  " Sha la, dah 8 pagi ni, kan janji nk jumpa 9 pagi kat Kluang ... " ....terus saya membuka mata dan berlari turun mandi...alamarkkkkkkkk...ada janji boleh lupa...tapi memang dah pesan suruh kejutkan atau call...biasalah beb....nak bermanja sesekali. Lepas mandi dah bersiap saya terus berlari sekali turun tangga. Semasa menghidupkan enjin kereta,....ooppppssssss saya terlupa..masuk balik rumah...lalalalalal...bolehkah saya keluar rumah tanpa perfume...ohhh tidak.... tepat jam 9 , Sha dah call,  " awek cun kat mana ni " ...." on the way.." .saya menjawab, sempatlah memandu laju...pheww ~~~

Tepat jam 9-30 saya sampai di Kluang...pagi ini makan y.taufu sup, sha pula makan lontong...sambil bersembang sembang hal hal semasa. Beliau akan berpindah ke Muar dan tinggal bersama ibu  beliau..
Baru saya bercadang nak minta dia temankan tengok wayang IRONMAN2....

Tepat jam 11 pagi kami mula beransur menuju destinasi masing masing dan saya pula meneruskan tugas tugas yang patut saya lakukan. Bersalaman dan berpelukkan ..sedih plak..saya berpesan agar memandu berhati hati dan jangan lupa sms bila dah selamat sampai.....2 jam selepas tu saya terima SMS  beliau telah selamat sampai.........alhamdulillah



Catatan perpisahan   ::   Lipsy