Saturday, May 1, 2010

Tak sampai 3 ringgit

:: Dah seminggu saya tak masak, bukan apa ..gas dah habis, part ini memang saya tak suka buat..liat sikit, nak pergi kedai suruh orang hantar....esuklah saya buat. Jam 8.30 malam, saya pergi kekedai makan tak jauh dari rumah saya. Naik motor aja, saya bungkus nasi UJANG dan air epal.Sampai di rumah saya makan, tak habis pun...separuh aja...bukan tak lapar...tapi bila makan seorang dan dalam keadaan sunyi..selera memang pudar.....::


Waktu ini saya teringat kepada 3 orang peniaga kedai makan yang saya kenali bertahun tahun. Oleh kerana saya jenis tak suka pergi kekedai yang berbeza beza apa bila makan tengahari sewaktu bertugas dahulu. Kedai makan pertama, nama tuan punya restoran saya hanya memanggil beliau kak uda. Saya menganggap beliau dan keluarga seperti  saudara sendiri, baik dan rapat sangat. Percayalah....tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, jumlah yang perlu saya bayar hanya RM2.50. Selepas saya bertugas di tempat lain,  sesekali saya akan datang juga....rindu katanya ...bukan apa kadang kadang kak uda ada call ....sambil berkata " Lin dah lupa kak uda la tu.."..kalau saya ada lalu restoran beliau pasti saya akan singgah...

Tempat yang kedua pula saya panggil "kakak" sahaja, tengahari tadi saya datang kekedai beliau. Selepas 2 tahun saya tak datang. beliau masih mengenali saya. Sempat dia menemuramah saya " adik kat mana sekarang?..lama akak tak nampak?" saya menerangkan kepada beliau saya dah berpindah tempat kerja. Saya beli nasi campur (bungkus) + air. harga yang perlu saya bayar hanya lah RM2.80 sahaja. Sebelum balik dia sempat bertanya " boleh bagi petua bentuk badan maintain SLIM ? tahi lalat kat tepi bibir tu orginal ke? " saya memandang kakak tu dengan hairan tapi tetap tersenyum kerana tahu beliau bergurau dengan saya........hahahhahahah kelakar aja kakak ni....issskkkkkk...

Tempat ke 3 pula ialah tak tak jauh dari pejabat baru saya...setiap waktu makan tengahari saya akan kesana membeli nasi, tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, paling mahal saya bayar ialah RM2.80. Kadang kadang saya hairan dan tertanya tanya dalam hati....kenapa harga makan dan minuman semurah itu. Ada profit ke..tapi masakan mereka memang boleh tahan dan saya suka....tapi  saya tetap suka memasak di rumah walau pun saya tak suka pergi pasar.....hahahhahaha......sabar ajalah...


Catatan "Lunch Hour"   : Lipsy

No comments:

Post a Comment