:: Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger...lebih dari seminggu saya menyepi..sebenarnya banyak masa saya di habiskan di H.O.S.P.I.T.A.L. Melihat keajaiban , kesakitan, datang dan pergi di hadapan mata. Senyuman dan tangisan yang saya pandang, cerita dan luahan perasaan tanpa saya minta. Saya dengar dengan S.E.T.I.A..... Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar pada usia yang sudah T.U.A.ini. Saya tersenyum dan menghayati semua perkara yang saya temui di H.O.S.P.I.T.A.L . Entah benar entahkan tidak...saya merasa sangat B.A.H.A.G.I.A...kenapa ? mesti ada sebabnyakan?...teruskan B.A.C.A ... ::
cinta dan usia...
Di sebelah katil....seorang lelaki berusia lewat 50an atau awal 60an..tapi masih segak..memandang saya, saya mengganguk dan senyum. Tak lama selepas itu seorang wanita menghampiri beliau , memegang tangan lelaki itu sambil mengusap bahu dan ciuman kasih sayang di pipi. Saya mengalihkan pandangan selepas itu, seronok dapat melihat kebahagian dua orang insan pada usia E.M.A.S. Selepas 2 hari wanita dan lelaki itu mula menegur saya. Adik siapa nama, tak pernah dengar adik berbual, cuma nampak selalu senyum aja.... Saya berbual dengan mereka berdua , kenapa dan mengapa sampai terdampar di katil hospital.
Hari ketiga wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai mak yam, mengajak saya ke kantin hospital. Saya senyum dan mengikut beliau, kami makan tengahari bersama. Saya melihat mak yam yang masih merah inai di jari. Beliau perasaan, lalu bercerita.... mak cik baru aja berkahwin dengan pak cik 2 bulan lepas... alahaiiiiii ...saya tersenyum dan berkata " tahniah mak cik ". Dia memandang saya dengan bahagia...bila cinta dan bahagia di anugerahkan kepada kita...U.S.I.A bukan batasan....indahnya kata kata itu....selepas dia bercerita dan selesai makan, dia bertanya kepada saya.. " adik sorang? mana S.U.A.M.I ? " saya senyum dan mengelengkan kepala. Dia tak puas hati lagi...hahahah " boyfriend? " saya senyum juga ...geleng lagi. Malas betul saya nak mendengar topik dan soalan lazim yang selalu saya dengar..terus aja saya cantas dengan jawapan " tak ada orang nak la mak cik "....hahahaha...mak cik yam mengerutkan dahi lalu bangun memeluk saya...di cuit pipi saya..eeeeeeeeeeeeee..." .kalau mak cik yang tua ini pun masih boleh bercinta dan masih ada market..tak kan la siti tak ada...adik ni......"..itu komen mak cik yam..saya senyum lagi....dia komen lagi " mak cik ni dah tua , gemuk, tapi pak cik sayang sangat kat mak cik, mak cik sangat bahagia ".... saya tau, saya dengar ..bila pak cik memanggil mak yam dengan panggilan S.A.Y.A.N.G..... saya melihat bagaimana pak cik memimpin tangan mak yam dengan M.E.S.R.A. Saya merenung juga ketika pak cik lap bibir mak yam yang basah selepas minum.Saya bahagia melihat orang lain B.A.H.A.G.I.A
catatan cinta :: lipsy
huisshhh....usia bukan penghalang untuk romantik..erkkk..ad kaitan ke?..apekah?...hehehe~
ReplyDeletehehehe sekadar berkongsi cerita .. :)
Deleteusia bukan ukuran...tapi moral of the story...org tua saham lagi tinggi..hahaha...
ReplyDeleteorang tua saham lagi tinggi? salah conclusion tu. :P
ReplyDeletetak semua salah begitu juga tak semua betul..perjalanan hidup semua orang tak sama :)
Delete