Saya seorang yang sangat berdisiplin terutama bila memandu atau menaiki kereta, masuk aja saya akan terus memasang tali pinggang keselamatan, alahaiii seseorang yang hairan dengan gelagat saya tersenyum sambil menjeling...
Sebelum pulang kerumah kami makan tengahari. Menu yang pertama kali saya jumpa dan makan, kerabu ikan keli. Saya memang tak makan ikan keli dan ikan2 yang sewaktu dengannya. Jenis2 daging pun saya tak makan. Tapi saya telah di yakinkan bahawa ianya sedap dan langsung tak nampak ikan keli seperti yang saya bayangkan. Saya merasa sedikit dahulu...woahh yummy..memang ternyata sedap...terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada resepi ini.
Selepas berehat sebentar kami pergi kedusun di Jitra,macam2 pokok buah ada, tapi tujuan kami datang untuk mengutip buah durian. Seronok tengok buah durian yang begitu besar saiznya. Malam tu saya makan beberapa ulas aja..hahaa berasap, saya tak biasa makan durian, tak suka tapi kerana melihat saiznya saya teringin nak merasa. Memang sedap tapi tak larat nak makan banyak......malam itu saya tidur sangat L.E.N.A dan bangun awal pada keesukan harinya..
:: Masih kisah di utara ::
tak pernah makan kerabu ikan keli
ReplyDeletedan tak pernah dengar ada orang buat kerabu dengan ikan keli
...nanti bila2 ke kedah, boleh cuba ni
hahah tu la belum cuba tak akan tahu kan....
ReplyDelete