1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, 1 min 39.790 saat
2. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, 1:40.163s
3. Nico Rosberg (JER) Mercedes AMG PETRONAS, 1:40.218s
4. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull-Renault, 1:40.346s
5. Valtteri Bottas (FIN) Williams, 1:40.450s
6. Felipe Massa (BRZ) Williams, 1:40.560s
7. Sebastian Vettel (JER) Ferrari, 1:40.652s

Selepas itu saya menyusur keluar dari Sepang dan mencari tempat tidur untuk malam itu, tapi seperti yang telah sedia maklum, semua hotel telah pun habis di tempat, Enstek, Nilai, Sepang, Salak Tinggi...uhhhhh akhirnya jam 9.00 malam nasib yang baik telah menyebelahi saya apabila satu bilik di hotel Empress telah di batalkan tempahannya. Syukur alhamdulillah. Malam itu saya berehat secukupanya untuk perlumbaan penting  pada hari esuk.

Ahad 29 Mac ,seawal jam 11.00  pagi saya dah berada di tempat duduk, selepas jam 12.00 tengahari semua tempat duduk grandstand telah di penuhi dengan ribuan manusia dari serata dunia yang mahu menyaksikan perlumbaan berprestij itu. Sebelum perlumbaan di mula semua pelumba di bawa mengelilingi circuit menaiki bas yang tidak berbumbung dan melambaikan tangan kepada semua penonton yang sanggup datang dari jauh serta membeli tiket yang mahal semata mata mahu menyaksikan mereka semua beraksi..hehehe...memang stylo sungguh!!!!

Kata kata tidak mencukupi untuk mengambarkan perasaan ketika menyaksikan perlumbaan akhir , biarlah semua imej ataupun gambar yang berbicara !!! Love GP Formula 1, saya suka kembali untuk menyaksikan sekali lagi. ...Walaupun Lewis Hamilton tewas kali ini dengan hanya ketinggalan 8.5 saat tapi perlumbaan kali ini sangat hebat dan sengit di mana Sebastion Vettel harus di akui beliau menang bergaya..tahniah !!! Selepas perlumbaan tamat Sebastian dan Lewis mengelilingi litar sambil melambai lambaikan tangan kepada semua penonton. Sorakan gemuruh dan tepukan penonton bergema mengeggarkan litar menyaksikan kemenangan dan aksi hebat mereka berdua.

Keputusan Akhir

 1. Sebastian Vettel (GER) Ferrari, 1 jam 41 minit 05.793 saat
2. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, +8.5s
3. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG PETRONAS, +12.3s
4. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, +53.8s
5. Valtteri Bottas (FIN) Williams, +1m10.4s
6. Felipe Massa (BRA) Williams, +1m13.5s
7. Max Verstappen (NED) Toro Rosso, +1m 39.0s
8. Carlos Sainz Jr (ESP) Toro Rosso, +1 pusingan
9. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull-Renault +1 pusingan
10. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull-Renault +1 pusingan
11. Romain Grosjean (FRA) Lotus, +1 pusingan
12. Felipe Nasr (BRa) Sauber, +1 pusingan
13. Sergio
Perez
(MEX) Force India, +1 pusingan
14. Nico Hulkenberg (GER) Force India, +1 pusingan
15. Roberto Merhi (ESP) Manor Marrusia, +3 pusingan
*Tidak habiskan perlumbaan
Pastor Maldonado (VEN) Lotus
Jenson Button (GBR) McLaren-Honda
Fernando Alonso (ESP) McLaren-Honda
Marcus Ericsson (SWE) Sauber
*Tidak mulakan perlumbaan
Will Stevens (GBR) Manor Marrusia (masalah sistem minyak)