Sunday, April 19, 2015

RABU

Hari dan waktu yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Walaupun saya benci bila mengingatinya tapi mampukah saya melupakan. Saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup seharian kita, mungkin tidak begitu biasa tapi tidak juga merupakan perkara yang pelik. Cinta itu buta dan cemburu buta adalah dua perkara sinonim dalam masyarakat kita. Manusia di dorong perasaan yang keterlaluan sehingga mengundang tindakan di luar batasan atau kurangnya daya kawalan diri sendiri. Sabar akan rapuh jika tidak di sertakan pegangan atau pendirian dan kepercayaan teguh dari hati sendiri.

Kadang-kadang sikap manusia yang terlalu "protective" boleh melukakan hati orang lain yang  tak bersalah. Apakah pendapat anda jika saya kata di zaman yang serba pintar dan dunia  bagaikan sesaat kelipan mata untuk kita belajar dan tahu banyak ilmu, tapi masih ada yang berfikiran jauh kebelakang. Anda pernah menyayangi seseorang dengan sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja agar dia sentiasa kekal di sisi anda sepanjang hayat ? haruslaaaaa kan !!!

Ada kisah tentang seorang wanita yang menghubungi seorang wanita lain hanya kerana ingin bertanya dan memastikan cinta hati beliau tidak mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. Itu satu perkara, perasaan ingin tahu itu tidak salah, tapi biarlah dengan cara yang berhemah, jangan lupa maniskan tutur kata dengan ayat sopan . Kenapa perlu berkasar bahasa, meninggikan suara atau meracau seperti orang gila dan tiada pegangan...hahaha lawaknya orang kita, bertopengkan motif cinta tapi apa yang di lakukan lebih kepada fitnah atau salah sangka....kenapa cinta terlalu membutakan hati hingga jalan kebenaran tidak kelihatan malah menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku dalam hidup mereka....ini memang tidak adil !!

Alahai..... sukar mencari bahasa yang mudah di fahami sedangkan hati telah di sakiti. Hati mana yang tidak hancur dan sakit bila tiba-tiba di tuduh sebegitu rupa. Sekiranya itu semua benar lainlah cerita, tapi ini tidak benar dan tidak akan berlaku sama sekali.Ingin rasanya menjerit sekuat hati ....hahaha boleh gila  :-)

Kebenaran pasti akan muncul, cepat atau lambat, just the matter of time. Rasa nak memaki hamun dengan bahasa-bahasa kasar juga, tapi apa lah bezanya diri kita dengan wanita itu....hehehe bongok aja kan...kadang saya rasa wanita itu dan pasangannya perlu melihat diri mereka di cermin. Jangan nilaikan orang itu rendah hatinya atau mudah terpedaya dengan harta dunia, masih  ramai manusia baik dan berhati mulia tanpa melihat ciri-ciri dunia.Yang sementara itu dunia......!!!!

Ada manusia mampu ada rasa cinta yang berlainan  pada satu masa...tapi tidak saya, hanya satu dalam hati, kalau cinta itu telah pergi ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk di kosongkan semula. Tapi perasaan yang iklas tidak akan meminta apa apa kecuali perasaan yang sama juga. Dan percayalah ia memadai..lagi pun hidup mungkin tak lama, mengapa perlu berfikir terlalu jauh...cuba letakkan hidup seharian dalam keadaan yang bahagia....

Jam telah menunjukkan  02:27 pagi...tapi mata saya seperti kura kura yang sedang merajuk dan tidak mahu tidur. Jumpa lagi ya !!! thanks pada yang hantar email dan sudi membaca....love ya all ~





Hancur hati saya ni...matilaaaa nak !!!! 





No comments:

Post a Comment