Sunday, April 5, 2015

Letak di hati ~

Hari Sabtu 4.4.2015 saya bersiap pulang kekampung untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan jiran saya. Sebelum itu saya menunggu seseorang di bawah pokok di depan Puspakom, hehehe begitu sinonim tempat dan ayat itu kepada saya. Selain melihat wajah dan senyuman dari jauh, jalanraya adalah tempat yang agak sesuai untuk melepaskan perasaan dengan cara sihat dan terkawal..hehehe...

Selepas waktu Asar saya membawa Nur Alia bersantai di tasik di kampung kami. Suasana damai dan angin yang bertiup menyapu lembut di pipi, hilang seketika rasa semak serabut dalam hidup saya. Kelihatan ramai yang ada di sini, ada yang sedang memancing, ada yang buat out door wedding photo shoot dan ada yang bersama keluarga bersantai menikmati pemandangan yang damai tasik-tasik di sini.

Sepetang di kampung halaman membuat hati rasa lega dan terubat dengan kenangan dan sejarah bermula kehidupan di sini bersama arwah ayah bonda dan keluarga, teman-teman, sekolah dan semuanya.Walaupun saya jarang pulang tapi segala keindahan saya letak dihati sampai denyutan nafas dan jantung berhenti . Kawan-kawan sekolah ramai yang merantau jauh, yang tinggal di kampung hanya orang tua, tapi ada segelintir teman-teman yang memilih untuk tinggal di kampung, seronok juga dapat terjumpa sesekali setelah bertahun-tahun tak bertemu wajah....  

Kawan kata saya macam artis.... apakah !!!!! K bye~



Pelamin anganku musnah...hehehhe
Jemputan datang dan pergi 

Jom mancing !!!



Peace ibu !


Nak balik dah, hari dah nak hujan ~


Comey tak ?


Tiang pun dapat peluk. ko ada?..hehehe ~
Dah letih la selfie and wefie ~

Arjuna ibu, mama, ayah abg dan kakak ~










Kawan dan jiran kampung !!



Tenang dan damai mampu memujuk hati yang sedang berduka lara.

Jiwa rasa sejuk dan tenang seperti air di tasik

Pandangan jauh menembusi dasar ...

No comments:

Post a Comment