No matter what has happened. No matter what you’ve done. No matter what you will do. I will always love you. I swear it.
Thursday, April 30, 2015
Tuesday, April 28, 2015
J A N G A N
Kesabaran seorang insan kadang kadang terlalu sukar untuk di hargai oleh orang lain. Memang menyedihkan..tapi realiti kehidupan tak dapat di sangkal...
Sunday, April 26, 2015
Once Upon a Time
Zaman sekarang ramai yang tidak melalui suasana hidup dikampung...salah satu yang saya rindu bila arwah bonda buat lempeng untuk sarapan pagi.
Saturday, April 25, 2015
April 25
Kawan kawan di pejabat membuat sambutan awal kerana 25 April jatuh pada hari sabtu..terima kasih semua.
Adik ipar menghadiahkan sekuntum bunga ros warna biru...satu-satunya hadiah yang saya terima,besar ertinya buat saya. Teringat pada 2 tahun lepas, hadiah yang saya pernah terima dari sesorang hehehe...jauh di kirim dari UK.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berjumpa saya di kampung dan belanja makan satay.
Mawar biru meruntun kalbu |
Birthday suprise at work |
From UK with Love 2013 |
Monday, April 20, 2015
A V EN G E R S 2
Saya sudah pun beli tiket secara online untuk tayangan pada hari Jumaat . Ini lah saya seorang yang biasa dan tersendiri...suka movie,suka memancing,suka formula 1, suka motor..bunyinya memang tak feminin atau melambangkan seorang wanita?...saya kenal diri saya...hehehe :-)
Selamat malam cinta tak kira dimana yang penting kamu selalu dihati..
Selamat malam cinta tak kira dimana yang penting kamu selalu dihati..
Sunday, April 19, 2015
Makan
Nasi lemak buah bidara
Sayang sidia saya rindukan
Buang benci marah membara
Saya pergi dengan senyuman
Joms makan !!!
Sayang sidia saya rindukan
Buang benci marah membara
Saya pergi dengan senyuman
Joms makan !!!
Dapur
RABU
Hari dan waktu yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Walaupun saya benci bila mengingatinya tapi mampukah saya melupakan. Saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup seharian kita, mungkin tidak begitu biasa tapi tidak juga merupakan perkara yang pelik. Cinta itu buta dan cemburu buta adalah dua perkara sinonim dalam masyarakat kita. Manusia di dorong perasaan yang keterlaluan sehingga mengundang tindakan di luar batasan atau kurangnya daya kawalan diri sendiri. Sabar akan rapuh jika tidak di sertakan pegangan atau pendirian dan kepercayaan teguh dari hati sendiri.
Kadang-kadang sikap manusia yang terlalu "protective" boleh melukakan hati orang lain yang tak bersalah. Apakah pendapat anda jika saya kata di zaman yang serba pintar dan dunia bagaikan sesaat kelipan mata untuk kita belajar dan tahu banyak ilmu, tapi masih ada yang berfikiran jauh kebelakang. Anda pernah menyayangi seseorang dengan sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja agar dia sentiasa kekal di sisi anda sepanjang hayat ? haruslaaaaa kan !!!
Ada kisah tentang seorang wanita yang menghubungi seorang wanita lain hanya kerana ingin bertanya dan memastikan cinta hati beliau tidak mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. Itu satu perkara, perasaan ingin tahu itu tidak salah, tapi biarlah dengan cara yang berhemah, jangan lupa maniskan tutur kata dengan ayat sopan . Kenapa perlu berkasar bahasa, meninggikan suara atau meracau seperti orang gila dan tiada pegangan...hahaha lawaknya orang kita, bertopengkan motif cinta tapi apa yang di lakukan lebih kepada fitnah atau salah sangka....kenapa cinta terlalu membutakan hati hingga jalan kebenaran tidak kelihatan malah menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku dalam hidup mereka....ini memang tidak adil !!
Alahai..... sukar mencari bahasa yang mudah di fahami sedangkan hati telah di sakiti. Hati mana yang tidak hancur dan sakit bila tiba-tiba di tuduh sebegitu rupa. Sekiranya itu semua benar lainlah cerita, tapi ini tidak benar dan tidak akan berlaku sama sekali.Ingin rasanya menjerit sekuat hati ....hahaha boleh gila :-)
Kebenaran pasti akan muncul, cepat atau lambat, just the matter of time. Rasa nak memaki hamun dengan bahasa-bahasa kasar juga, tapi apa lah bezanya diri kita dengan wanita itu....hehehe bongok aja kan...kadang saya rasa wanita itu dan pasangannya perlu melihat diri mereka di cermin. Jangan nilaikan orang itu rendah hatinya atau mudah terpedaya dengan harta dunia, masih ramai manusia baik dan berhati mulia tanpa melihat ciri-ciri dunia.Yang sementara itu dunia......!!!!
Ada manusia mampu ada rasa cinta yang berlainan pada satu masa...tapi tidak saya, hanya satu dalam hati, kalau cinta itu telah pergi ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk di kosongkan semula. Tapi perasaan yang iklas tidak akan meminta apa apa kecuali perasaan yang sama juga. Dan percayalah ia memadai..lagi pun hidup mungkin tak lama, mengapa perlu berfikir terlalu jauh...cuba letakkan hidup seharian dalam keadaan yang bahagia....
Jam telah menunjukkan 02:27 pagi...tapi mata saya seperti kura kura yang sedang merajuk dan tidak mahu tidur. Jumpa lagi ya !!! thanks pada yang hantar email dan sudi membaca....love ya all ~

Hancur hati saya ni...matilaaaa nak !!!! |
Saturday, April 18, 2015
Lewat
Di sebabkan tidur saya terganggu beberapa hari ini, jadi selepas subuh hari ini saya sambung sehingga jam 09:00 pagi. Masukkan baju kotor kedalam mesin basuh.Jam 10:00 pagi pula keluar minum bersama rakan-rakan . Asalnya nak cepat balik tapi bila terpandang ada senyuman yang buat hati luluh apa salahnya duduk lama sikit....baru boleh balik ....hehehehe!!!
Selepar jemur kain baju kat luar saya kedapur masuk. Apa aja yang ada dalam peti ais. Hidup sederhana dan makan apa yang ada..hehehe dah dua hari saya tak makan nasi.
Nak buat homework untuk kelas tapi malas plak...sabarlah nak !!!
Pagi x sarapan tengahari pula x makan..so ini kira apa ehh..makan petang?
Selamat Tinggal
Pada 13 April yang lepas, saya telah menghantar pulang dua orang warga asing pulang kenegara asal mereka Nepal. Masalah yang berkaitan dengan permit kerja menyebabkan permohonan mereka untuk menyambung tempoh perkhidmatan telah di tolak. Mereka di hantar kelapangan terbang oleh kenderaan yang telah di sediakan oleh pihak syarikat.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tinggal dan semoga mereka selamat sampai serta menjalani hidup dengan pekerjaan baru mereka nanti.
Raj Kumar |
Lokendra Pun |
Friday, April 17, 2015
Hati
Sudah dua malam tidur saya terganggu,semalam saya terlelap melepasi jam 04:00 pagi.Saya masih sempat melihat jam 04:30 pagi dan saya tersedar jam 06:35 pagi.Sukar hari saya pada hari ini, saya tak selesa dengan hati dan perasaan saya.
Tuesday, April 14, 2015
Perjalanan Terakhir
Sunday, April 12, 2015
Janji
Mesti di tepati walaupun ia mengambil masa yang lama, saya ingin kongsikan pengalaman tahun lepas di mana saya menepati janji pada seorang rakan dari Kelantan yang saya akan datang menziarahi beliau.
Semoga berjumpa lagi entah bila...
Semoga berjumpa lagi entah bila...
Dah sampai ~ |
Laksam..uhhh rindu |
Nasi Kerabu for breakfast.. :) |
Bukan kedai mamak okay !! |
Ready to take off |
Sempat ngular ke Rantau Panjang |
Sebelum check in ..sarapan di Old Town Air Port |
Flight ticket confirmation email |
Ready nak masuk pesawat, pertama kali terbang bersama firefly |
Waktu subuh di Kelantan |
Sebelum fly balik, sarapan kat airport :( |
I'll be back |
Saturday, April 11, 2015
Thursday, April 9, 2015
Hari ini
Hari ini seawal jam 4 pagi badan saya rasa sangat tak selesa, rasa sakit-sakit, kepala pula terasa berat sangat. Selepas menghubungi pejabat awal pagi, saya hanya baring dan tidur sehingga petang. Tak makan ubat tak jamah makanan tak minum air pun. Sekarang saya rasa nak bangun mandi nak keluar cari ubat dan sesuatu untuk di makan ...teringat bonda .
Tuesday, April 7, 2015
Sama Dengan (=)
Banyak entri yang ingin saya buat, tapi kesuntukan masa yang terpaksa saya kejar setiap hari, pasti akan ada harinya , Insyallah.
Bila cita rasa sejati telah hilang serta membiarkan orang lain atau diri sendiri berubah ketulinan jiwanya..hati jadi tak tenang. Membahagiakan diri sendiri itu adalah kewajiban, kerana tiada orang lain berupaya melakukannya kecuali diri kita. Orang lain datang dan pergi membawa kegembiraan tapi pada masa yang sama menyumbang kesedihan dan penderitaan lebih dari yang kita mampu untuk menanggungnya.
Selamat malam untuk kali ini, jumpa lagi nanti ya !! Assalamualaikum
- Orang jahat kita layan jahat = D E N D A M
- Orang baik kita layan jahat = K E J A M
- Orang jahat kita layan baik = F I T R A H
- Orang baik kita layan baik = S U N N A H
Bila cita rasa sejati telah hilang serta membiarkan orang lain atau diri sendiri berubah ketulinan jiwanya..hati jadi tak tenang. Membahagiakan diri sendiri itu adalah kewajiban, kerana tiada orang lain berupaya melakukannya kecuali diri kita. Orang lain datang dan pergi membawa kegembiraan tapi pada masa yang sama menyumbang kesedihan dan penderitaan lebih dari yang kita mampu untuk menanggungnya.
Selamat malam untuk kali ini, jumpa lagi nanti ya !! Assalamualaikum
Sunday, April 5, 2015
Letak di hati ~
Hari Sabtu 4.4.2015 saya bersiap pulang kekampung untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan jiran saya. Sebelum itu saya menunggu seseorang di bawah pokok di depan Puspakom, hehehe begitu sinonim tempat dan ayat itu kepada saya. Selain melihat wajah dan senyuman dari jauh, jalanraya adalah tempat yang agak sesuai untuk melepaskan perasaan dengan cara sihat dan terkawal..hehehe...
Selepas waktu Asar saya membawa Nur Alia bersantai di tasik di kampung kami. Suasana damai dan angin yang bertiup menyapu lembut di pipi, hilang seketika rasa semak serabut dalam hidup saya. Kelihatan ramai yang ada di sini, ada yang sedang memancing, ada yang buat out door wedding photo shoot dan ada yang bersama keluarga bersantai menikmati pemandangan yang damai tasik-tasik di sini.
Sepetang di kampung halaman membuat hati rasa lega dan terubat dengan kenangan dan sejarah bermula kehidupan di sini bersama arwah ayah bonda dan keluarga, teman-teman, sekolah dan semuanya.Walaupun saya jarang pulang tapi segala keindahan saya letak dihati sampai denyutan nafas dan jantung berhenti . Kawan-kawan sekolah ramai yang merantau jauh, yang tinggal di kampung hanya orang tua, tapi ada segelintir teman-teman yang memilih untuk tinggal di kampung, seronok juga dapat terjumpa sesekali setelah bertahun-tahun tak bertemu wajah....
Kawan kata saya macam artis.... apakah !!!!! K bye~
Pelamin anganku musnah...hehehhe |
Jemputan datang dan pergi |
Jom mancing !!! |
Peace ibu ! |
Nak balik dah, hari dah nak hujan ~ |
Comey tak ? |
Tiang pun dapat peluk. ko ada?..hehehe ~ |
Dah letih la selfie and wefie ~ |
Arjuna ibu, mama, ayah abg dan kakak ~ |
Kawan dan jiran kampung !! |
Tenang dan damai mampu memujuk hati yang sedang berduka lara. |
Jiwa rasa sejuk dan tenang seperti air di tasik |
Pandangan jauh menembusi dasar ... |
Subscribe to:
Posts (Atom)