Monday, November 30, 2015

Majlis sana sini ~

Hari Sabtu balik kampung lagi, ada aja jemputan kemajlis perkahwinan, jumpa kawan-kawan, ahli keluarga, saudara mara semua ada...uhhh bestnya, hilang sedikit rasa duka lara dan keresahan yang membelenggu jiwa raga. Ya Allah tabahkan hati aku dengan dugaan ini.




Budak kecik rindu lama tak jumpa dia cakap..manjanya diaaaaaaaa~



Ramainya jemputan yang hadhir 

Termenung sambil tersenyum to cover up !!

Sunday, November 1, 2015

Till meet again~

31 hb Oktober adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai GM aka Pengurus Besar syarikat kami, kami berkumpul makan malam di Pizza Hut Kluang Mall, sedih sayu namun kami semua mendoakan semoga maju jaya di tempat baru...masa kami akan sampai juga~









Friday, October 23, 2015

Berkampung orang kampung

Lama tak blogging, so hari ini saya nak buat entri tentang cerita dan aktiviti hidup saya seperti biasa, hidup saya memang membosankan. Saya cuma mahu menulis untuk melegakan hati sendiri dan untuk melepasi masa saya. Orang lain memang tak suka baca..heheh saya tau tu, maafkan buat rakan blogger saya yang tak sempat nak melawat ya..tapi anda semua dalam hati saya, sekarang dah terlalu banyak aplikasi canggih yang membuat semua orang sibuk dan kadang kadang leka segala perkara yang sepatutnya tidak kita abaikan, kita ingatkan diri kita sendiri ya...

21 oktober saya berada di Pinetree Hotel berseminar selama sehari, biasalah bidang saya, sumber manusia..hahaha.... Biasa pun begini dan akan selalu begini, saya orang pertama atau terawal datang, tapi saya memilih untuk duduk di barisan belakang, adoii suka memerhati gelagat orang ramai itu.....ada sebab lain ke...tak ada kan .. :)

Sebelum balik ke Kluang sempat singgah di kampung halaman, makan sup tahu dan sotong goreng marveles, hanya terdapat di kampung saya...yummy, sampai rumah 7.29 minit malam.









Monday, September 7, 2015

Sekali Lagi~

Teman saya meminta jasa baik saya untuk ke AVON Port Dickson, seperti tahun-tahun  yang lepas saya akan berada di sana selama 2 hari. Jam 5:30 pagi , 5 september 2015 , saya telah bangun dan memastikan semua keperluan yang perlu saya bawak. Checklist adalah perkara yang sangat penting.

Saya bertolak awal pagi, memandu merentasi lebuh raya, cuaca terlalu panas namun trafik lancar tanpa gangguan. Saya sampai mengikut jadual. Hari pertama adalah hari yang paling memenatkan. Tapi semangat dan minat dengan kerja yang saya lakukan, membuat semua itu bukan satu bebanan buat saya. Saya sempat menyapa pantai dan bertanya khabar tapi tak sempat mengadu dan bercerita tentang gelora kesedihan dalam hati saya....

Hari kedua bermula dengan senyuman seingga berakhir di sebelah petang. Sambutan tetap tak berubah, yang sudah mengenali saya pula nampaknya selesa, bertanya dan bersoal jawab. Sedih pula untuk berpisah pada kali ini.

Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi mengundang saya dan semua cenderahati yang saya terima..terharu sangat...love you all~

#Selamat sampai jam 9:00 malam















Saturday, August 29, 2015

Bila Waktu telah terhenti

Ya Allah ,

Ampuni segala dosaku dan kejahilan ku

Andai waktu terhenti

Tapi aku entah di mana



BIsmillahirahnirahim..........................................




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Monday, August 24, 2015

Janji Saya

Jika engkau pergi,
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi,
Air mengalir takkan berhenti
Jika engkau pergi
Embun pagi tetap segar
Jika engkau pergi
Matahari masih bersinar


Jangan khuatir tentang diri ku
Ku  J  A  N  J  I   takkan merindui mu




Friday, August 14, 2015

Kau

Mahu aku ganti segala luka dengan senyuman agar semua orang bahagia..





Sunday, August 2, 2015

Friday, July 31, 2015

Semalam

29 July 2015 bawa budak manja ini shopping dan makan, survey hp sekali katanya, dah seminggu rosak.Harap bersabar ya..insyallah ada rezeki bole beli...

Saya cuti sebab tak berapa sihat,tapi demi simanja apa salahnya..



Thursday, July 30, 2015

Hebat

Dah satu bulan saya cari benda ini di seluruh negeri Johor tapi tak ada.Produk yang sangat sensitif dan hanya  di perolehi di Farmasi yang besar saja.Akhirnya Allah permudahkan jalan saya apabila ia sampai juga kepada saya pada hari Selasa 28 Julai 2015. Syukur ya Allah kerana mempunyai kawan kawan yang hebat dan sentiasa sudi membantu.Jasamu dikenang.



Monday, July 27, 2015

Ada

Dapat juga raya tahun ini dengn senyuman...Allah bagi kesedihan dan kesakitan,dan Allah bagi kekuatan juga untuk meneruskan perjuangan dan rasa bahagia.






Friday, July 24, 2015

RAWATAN

Semua yang Allah tentukan atau beri kepada kita,kita terima sebagai pemberian berharga,jangan lupa senyum...

Agak sakit dan sangat menyakitkan...semangat harus kuat.... Caiyork!!!!


A T U R

Udara pagi kali ini saya rasa segar dan bertenaga, petanda baik untuk saya memulakan perjalanan. Semoga segala urusan nanti akan dipermudahkan dan semoga Allah makbulkan doa saya, walaupun bukan sekarang biarpun lambat saya percaya asalkan saya terus berdoa dan meminta kepadaNYA. Amin.

Menikmati minum pagi dengan senyuman bukan satu kepuasan bagi diri saya tapi tanda syukur. Rumah dah siap kemas, jadi bila balik nanti hati tenang kembali kesyurga dunia yang di pinjamkan Allah walau tak seberapa tapi saya bahagia.Sampai jumpa lagi ,,insyallah.


:: Dalam kehidupan ini bukan kita yang memilih untuk bertemu dengan siapa, tapi Allah yang telah mengatur segalanya , tentang siapa yang akan hadir, tentang siapa yang akan pergi, siapa yang akan suka dan akhirnya membenci, dan siapa yang akan kekal dalam hidup atau hati kita walaupun cuma sebagai kawan baik....::

Sabarlah hati !!!

Wednesday, July 22, 2015

Penghujung J A L A N

Baru saja saya teringin berkongsi tentang lebaran pada tahun ini, Jam 10:30 pagi pada hari raya pertama saya bergerak pulang kekampung. Sebelum itu saya bangun seawal jam 5:45 pagi dan saya rasa sangat tak berdaya....Tapi ini kan hari kemenangan ...

Laluan perjalanan lancar pada pagi Syawal, saya terus ketanah perkuburan, melawat insan insan yang tersayang. Assalamualaikum bonda ku,anakanda datang untuk melepaskan rindu dendam,kalau bonda masih ada, tentu hari raya adalah yang paling meriah, menyambut kepulangan kami adik beradik, riuh rendah dapur dan halaman, tiada rasa sunyi dan duka lagi, yang ada cuma bahagia dan kegembiraan di hari yang mulia ini. Al fatihah buat bonda, semoga bonda tenang di sana, entah bila nanti anakanda akan menyusul jua. Maafkan anakanda andai kurang layanan cinta pada bonda,  namun dihati anakanda sungguh kasih tiada batasan..

Assalamualaikum Bapa,
Syawal tetap tak sempurna tanpamu, ketiadaan yang tak tertanggung rasanya di jiwa. Rindu pelukan di waktu kecil yang penuh kebahagiaan, Kesusahan hidup membuat masa lalu membelengu rindu di hati. Cintamu menikam kalbu. Al Fatihah

Assalamualikum Kekanda
Kau pergi terlalu awal dan betapa Allah lebih sayangmu dari kami semua, kau pergi tanpa pesanan dan tiada tanda,  Menjadi kedukaan yang begitu dalam kepada keluarga khususnya kepada bapa dan bonda. Terima kasih kepada jasamu kepada keluarga selama ini menjaga mereka. Al Fatihah

Assalamualikum Adik
Sukarnya aku melihat kamu yang begitu sukar melalui ujian selama tiga tahun itu . Namun ketabahan dan semangat serta keazaman yang kau terjemahkan melalui senyuman membuat kami redha dan RELA dengan kepergian mu kembali kesisiNYA. Kami akan saling menjaga dan menyayangi anak anak mu. Semoga segala doa kami memberi cahaya dan semoga adik di tempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.

Nanti bila saya balik kampung, saya akan kembali membilang cinta di penghujung rindu ~ Selamat tinggal buat kali ini...



Tuesday, July 21, 2015

Berbahasa~

Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapanNya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman

Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta




:: I hope one day you"ll look back and think of  ME, say that girl really did love me... ::

Saturday, July 18, 2015

True?

Time is   L  O  V  E

Thursday, July 16, 2015

Seperti

Hari saya di rumah menunggu rakan yang sudi menolong membetulkan paip yang patah...

Raya ini tak seperti yang biasa...adik beradik sibuk dengan keluarga masing masing dan plan raya mereka...

Saya seperti selalu..sendiri!!


Tuesday, July 14, 2015

Jauh

Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ditempat yang dituju...semoga pulang juga dengan selamat..

#Jauh atau dekat saya tetap rindu sayang saya

Monday, July 13, 2015

Tidak

Ada beberapa perkara yang berlaku,Syawal yang semakin hampir tahun ini tidak mngetarkan jiwa saya seperti tahun tahun yang dulu..Alfatihah buat bapa dan bonda

Thursday, July 9, 2015

Lama

Hari ini berjam jam tunggu...uuwaaaa lamanyaa!!!!! kereta rosak + servis, yer la kan manusia pun tak selalu sihat ada juga masa sakit begitu juga kenderaan yang banyak berjasa dengan kita...baru atau lama itu cerita lain...cuaca pulak panaih lit lit...  :-)


Sunday, July 5, 2015

Sup Tauhu 3 Julai 2015

Selepas berbuka puasa saya balik kampung sekejap kerana ada urusan.Selepas terawih lepak di kedai Juman dipekan Sri Medan...pertama kali saya makan sup tauhu yang super duper sedap...lebih lagi makan bersama kawan kawan sekolah dan juga baby...nanti nak datang lagi...yeayyyy!!!!
Sorry lambat buat entri  kisah ini...


M A S I N 4 Julai

Sedikit saja...nasi goreng yang saya masak untuk berbuka...


Yang pertama penat dan tak cukup masa.Bila saya nak masak air ...saya dapati rosak plak thermos air tak mendidih..


Penat sebab baru balik dari Kulai, bila sampai dirumah memang la malas nak keluar tetapi tiada pilihan.....uwaaaaa
beli cerek air yang baru..manual kononnya....back to square one...


Kenapa saya hilang mood  sebab bila separuh jalan gas pulak habis...sooo what do you think?? Again nak keluar rumah !!!...naik motor aja pergi kedai depan beli gas....smp rumah masak nasi..harap jangan terputus bekalan elektrik sudahlah...fuhhhh

Jam 6.30 petang pula cina kedai tu baru hantar gas kat rumah...hahhaha itulah kisahnya kenapa berbuka puasa nasi goreng sahaja di hujung minggu....peace..x masin sangat pun sebenarnya...grrrrrrrrr !!!!


Saturday, July 4, 2015

R I N D U

Bersama malam yang sepi
Ku bisik suara hati
Sayangnya kau tiada
Di mana bayanganmu

Duhai angin lalu
Belai rintihanku
Resah merindukanmu

Badai yang melanda
Jangan kau alunkan
Lagu kesedihanku pilu

Di manakah bayanganmu
Dalam kabus keresahan
Ku menanti kau menjelma
Di balik sinaran rembulan

Dalam redup senja
Aku kesepian
Kasih......ku mencarimu
R  I  N  D  U  !!!





Selamat Hari Raya Sayang


What a look...melting !!




Sunday, June 28, 2015

BUBUR DURIAN

Dimasak dengan jiwa dan penuh kasih sayang. Alhamdulillah ibadah puasa masih teguh ....Ya Allah ku mohon kesabaran dan kekuatan dariMu~


Saturday, June 27, 2015

Semangat

Hari ini saya tak berapa nak sihat tapi semangat saya menyisihkan segalanya...selepas asar saya terlelap dan sedihnya saya tersedar jam 6.15 petang ....

Ini yang mampu saya masak untuk hari ini...seronoknya sambal kicap pedas best...


#RinduSayangSaya

Tuesday, June 23, 2015

Sempurna

Hari ini saya berbuka puasa di stesen keretapi Kluang..aduhaii kesayangan tiba jam 7.15 malam.

Hari ini  Ramadhan saya cukup sempurna bila makan bersama keluarga





Sayang saya balik kerja awal....

S A B A R

Seawal jam 6 pagi saya telah pun berada di plaza tol Ayer Hitam menuju ke JB memenuhi keperluan tugas.

Alhamdulillah selamat sampai..seperti biasa beratur panjang dan menunggu lama.

Sabar itu P E R L U
Rindu itu selalu


Monday, June 22, 2015

L I M A

Begitu pantas masa berlalu..hari ini telah pun sempurna 5 Ramadhan yang indah...

Kesian sayang saya berbuka puasa di tepi jalan...alhamdulilah lengkap sehari berpuasa.


Sunday, June 21, 2015

Puas Hati

Balik dari kampung singgah beli durian dan buah kuini..banyak sangat laa..siapa nk makan semua ni...sedapnya durian kampung..rasa ASLI






#kali pertama saya beli durian secara peribadi...mak cik @ nyonya pula begitu baik hati bila saya berbahasa mandarin..terus dia panggil saya cikgu..bayar tak seberapa tapi banyak yang saya dapat....sedekah bulan puasa katanya...subhanallah..