Friday, October 23, 2015

Berkampung orang kampung

Lama tak blogging, so hari ini saya nak buat entri tentang cerita dan aktiviti hidup saya seperti biasa, hidup saya memang membosankan. Saya cuma mahu menulis untuk melegakan hati sendiri dan untuk melepasi masa saya. Orang lain memang tak suka baca..heheh saya tau tu, maafkan buat rakan blogger saya yang tak sempat nak melawat ya..tapi anda semua dalam hati saya, sekarang dah terlalu banyak aplikasi canggih yang membuat semua orang sibuk dan kadang kadang leka segala perkara yang sepatutnya tidak kita abaikan, kita ingatkan diri kita sendiri ya...

21 oktober saya berada di Pinetree Hotel berseminar selama sehari, biasalah bidang saya, sumber manusia..hahaha.... Biasa pun begini dan akan selalu begini, saya orang pertama atau terawal datang, tapi saya memilih untuk duduk di barisan belakang, adoii suka memerhati gelagat orang ramai itu.....ada sebab lain ke...tak ada kan .. :)

Sebelum balik ke Kluang sempat singgah di kampung halaman, makan sup tahu dan sotong goreng marveles, hanya terdapat di kampung saya...yummy, sampai rumah 7.29 minit malam.









No comments:

Post a Comment