Saya bertolak awal pagi, memandu merentasi lebuh raya, cuaca terlalu panas namun trafik lancar tanpa gangguan. Saya sampai mengikut jadual. Hari pertama adalah hari yang paling memenatkan. Tapi semangat dan minat dengan kerja yang saya lakukan, membuat semua itu bukan satu bebanan buat saya. Saya sempat menyapa pantai dan bertanya khabar tapi tak sempat mengadu dan bercerita tentang gelora kesedihan dalam hati saya....
Hari kedua bermula dengan senyuman seingga berakhir di sebelah petang. Sambutan tetap tak berubah, yang sudah mengenali saya pula nampaknya selesa, bertanya dan bersoal jawab. Sedih pula untuk berpisah pada kali ini.
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi mengundang saya dan semua cenderahati yang saya terima..terharu sangat...love you all~
#Selamat sampai jam 9:00 malam
No comments:
Post a Comment