Tuesday, May 11, 2010

Will u M.A.R.R.Y me..............

:::  Entah berapa tahun lama dahulu..memang tak mahu..tak mampu  untuk menghitung hari hari yang berlalu, kerana ia terlalu indah untuk di lupakan. Tapi sekali ia di kenang ..rosak seluruh peristiwa hidup saya bersama penyesalan.... Saya masih muda...suka merantau , mencari pengalaman. Sampai ke Terengganu...sebuah negeri paling I.N.D.A.H...di kelilingi pantai . Malah di setiap susur jalan...mata tak lepas memandang biru air laut yang melambai.

Saya bekerja di sebuah syarikat swasta...tapi ramai staff lelaki. Bagi saya memang tak menjadi masalah, kerana adik  beradik saya ramai lelaki. Selepas waktu bekerja, biasanya kami akan lepak minum, makan . Kadang kalau kami akan menyaksikan live band, atau berkaraoke sebelum pulang kerumah. Kami berempat , Din, manaf , saya dan ada sorang tu siap saya gelar abang mat bunga..umur dah lebih 50 tapi kan..perghhh sekali ayat keluar awek2 seme melekat...suara plak ..perghhh bila menyanyi...class....versi artis.. tempat lepak kami masa tu bunga raya, up town cafe, seberang takir dan banyak tempat lagi. Selepas PAS mengambil alih tampok pemerintahan, tempat itu dah tak ujud lagi.  Namun bukan itu yang mahu saya kongsikan..

Din....seorang lelaki pemalu, tapi kelakar, suka nak nyanyi..tapi memang tak ada bakat...hahaha ada seorang anak lelaki...comel manja. Dia tinggal bersama ibu bapa selepas berpisah dengan isteri beliau. Saya kenal semua keluarga din..saya dah anggap macam family..maklum duduk jauh merantau. Satu hari lepas waktu kerja din mengajak saya keluar lepak dan minum petang. Seperti biasa saya pergi. tapi bila saya sampai ..encik manaf dan abg mat bunga tak ada plak. Bila saya tanya " oiiitt din mana dorang nehh...lambatnya tak sampai-sampai lagi...." . Din senyum aja sambil menjawab " dorang tak datang la ... i ada hal nak cakap dengan you "...saya menjawab..." apa hal  you nak cakap ni...nak berahsia plak dengan dorang ...". Resah pula muka dia bila saya pandang ...heran dan pelik la perangai dia pada hari itu...... Tak beberapa minit  selepas itu dia pun berkata... " i kan ..i kan..i sebenarnya  suka you la,,,sayang you...i nak kawin dengan you...boleh tak? . Saya sangat terkejut dan tergamam....saya bangun dan terus meninggalkan din tanpa sempat makan....minum air pun tak habis....terus saya balik kerumah...( saya sangat malu dan tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan din , dan tak tahu apa yang perlu saya katakan...)

Saya berfikir, saya mengkaji, persahabatan kami berempat memang akrab..selama lebih satu  tahun, din tak penah menunjukkan tanda dia suka...maksud saya suka lebih dari seorang kawan. Keadaan telah berubah, di tempat kerja saya hanya berurusan tentang kerja, bercakap tentang kerja. Tiada urusan tiada langsung komunikasi. Tak pernah lagi keluar makan atau minum bersama. Lepak sebelah malam langsung sudah tak ujud . Seolah-olah kisah 4 orang rakan karib tak pernah terjadi. Tapi saya perasaan kadang kadang din mencuri pandang kearah saya, sedih dan seakan menyesal. Encik Manaf dan abang Mat bunga pula memotivasikan saya. Tapi hanya saya yang terus berdiam diri....sampai bila..entah......tiada jawapan...

Hampir 5 bulan...saya sungguh rasa kehilangan..sunyi..malah saya mula rindu pada din...dan suasana riuh kecoh kami berempat. Saya menghubungi abang mat bunga lebih kurang jam 9.30 malam. Saya memohon maaf . Abang mat kata...dia memahami saya dan apa yang saya lalui. Saya mula membayangkan tentang kerinduan saya pada din, pada anak dan ibu beliau. 5 bulan saya tak menziarahi mereka....Abang mat sungguh bersyukur dan lega dengan pengakuan saya. Kami berjanji akan berjumpa pada esuk hari ditempat biasa.

Jam 6.30 petang, saya , abang mat dan encik manaf telah berada di lokasi biasa. Din aja belum sampai....dia set up kiosk kat  stadium dan brief promoter. Kami makan sambil bersembang, tak lama saya nampak din sampai dan mencari parking di seberang jalan. Saya bangun dan pergi mencuci tangan di belakang...sambil berfikir apa yang saya nak cakap atau bualkan nanti.... Tetiba saya dengar jeritan....dan abang mat menjerit memanggil saya suruh cepat, saya berlari kedepan.................. Ya Allah... saya nampak din terbaring ditengah jalan, penuh dengan darah, saya menjerit, saya menangis, memeluk dia sekuat hati....kalau la saya dapat tulis dan gambarkan keadaan saya ketika itu....

Seminggu berlalu din masih belum sedarkan diri, kecederaan di kepala, gegaran dan pendarahan dalaman.  Itu info yang di terima dari doktor yang merawat. Kepala beliau dicukur, masih bengkak, saya dan ibu din bergilir gilir menjaga beliau. Bacaan surah yassin serta doa tak pernah terlepas pada setiap masa. Dan malam itu, saya rasa sungguh tenang. Saya memandang wajah beliau yang sedang tidur, dalam hati berkata..." Din..apa ada dalam mimpimu sayang....berikan lah saya peluang untuk melalui mimpi itu bersama...." Menitis air mata C.I.N.T.A saya. Dan ketika itu saya melihat din membuka mata perlahan lahan.....Saya tersenyum memandang beliau....din memandang saya dengan sayu....aduhaiiii luluh remuk seluruh J.I.W.A raga saya. Berbisik saya kepada din..... " sayang...kenal dan ingat saya tak? kelipkan mata sayang..." dan saya ketawa gembira dia memberi respon mengelipkan mata. Terima kasih TUHAN kerana mendengar doa saya. Saya berbisik ketelinga din sekali lagi... " nanti sayang cepat sembuh ya...baby dan umi rindu, kita balik rumah..." Din hanya memandang saya...saya berkata lagi ..." dan selepas itu WILL YOU MARRY ME......?" Saya nampak airmata mengalir ...din menangis.... " sayang.....maafkan saya....". Itu aja yang mampu saya katakan ketika itu. Saya terus menghubungi umi, tak lama selepas itu umi sampai dan giliran saya pula untuk pulang mandi dan berehat sebentar.......Tepat jam 4.30 pagi panggilan dari umi saya terima.... Ya Allah...sesungguhnya dia milikmu jua yang abadi. Din pergi buat selamanya. Saya tersandar di balik P.I.N.T.U.....  Puas saya berfikir untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu....tiada yang tepat. Hanya DIA yang mengetahui.

Selepas 1 bulan pemergian din, saya meletakkan jawatan, pulang kekampung dengan membawa cinta dan kekesalan. Selepas dan bermula dari situ, pantai dan laut akan menjadi teman untuk bercerita. Menyiram rindu yang tak pernah padam.... sehingga hari ini dalam perjalanan hidup saya, terlalu banyak cinta yang saya lalui dan tempuhi. Tiada cinta I.K.L.A.S yang pernah atau akan saya miliki. Cinta sejati , cinta yang penuh dengan perasaan dan pengorbanan boleh kita temui dimana mana dan mampu di miliki oleh setiap insan....   :::

:: Sayang..andai dapat di undurkan masa sekali lagi......saya ingin mengubah sejarah namun penyesalan dan takdir berjalan seiring. Bersaing menguji ketabahan dan dugaan...Saya gembira di persimpangan jalan hidup.....sempat dipertemukan L.E.L.A.K.I semulia kamu... ::

 Catatan terlewat jawab :: lipsy

16 comments:

  1. Salam, tiada seindah kata yang ingin diucapkan selain daripada bersabar.... pasti ada insan lain yang akan menggantikan tempatnya kelak, hanya masa dan keadaan sahaja yang menentukannya

    ReplyDelete
  2. thanks asmariamy....mudah2an ..insyallah...

    ReplyDelete
  3. mmg mnyentuh ati dan perasaan .
    sobs3 .

    ReplyDelete
  4. ayue...dah lama nk buat entry ni...tapi tak berjaya kerana terlalu sedih dan sukar mencari ayat yang sesuai....

    adi :: memang kisah B.E.N.A.R

    ReplyDelete
  5. owh..takde la. sebab selalunya drama nih kalau tak mati sebab sakit kanser, mesti kena langgar lari.

    ReplyDelete
  6. Adi : si pelanggar tak lari, malah tolong....ahhh kan kalau drama tu lagi mcm2 ada...kan

    ReplyDelete
  7. ya Allah..mengalir air mata cikhel..sedihnye..

    kisah benar kan..

    kamu tabah lah ye..speechless..

    ReplyDelete
  8. yeappp cikhel..sesungguhnya benar dan memang sukar utk menzahirkanya selepas bertahun2...thanks..kerana sudi membaca...

    ReplyDelete
  9. thanks Ery.....hidup perlu diteruskan...T.A.B.A.H tu semangat utk meredakan BISA duka lara..

    ReplyDelete
  10. salam..sedih baca cerita ini.semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Al Fatihah...

    ReplyDelete
  11. AMIN...thx jieda..sedih pembaca..sedih lagi yg punye cerita..

    ReplyDelete
  12. wohhh my fren boo..thx kerana sudi membaca ...gua kongsi kisah hidup...salah satu cerita yg tk pernah dan tak akan ku lupa beb...

    ReplyDelete