Sunday, December 27, 2009

KOLEKSI TIPS | PETUA KESIHATAN DAN KECANTIKAN

PETUA EMAK :
semasa saya berumur 17 tahun saya telah tertuang minyak panas dari kuali dari siku hingga ke tapak tangan, dalam sekelip mata sahaja kulit tangan menjadi merah,dengan segera emak mengambil botol kicap dan menuangkan dibahagian yang terkena minyak panas,juga ditaburkan gula di bahagian yang sama. selepas beberapa jam saya pun mencuci kicap dan gula yang disapukan emak.Hampir tidak percaya...kulit tidak melecur hanya kesan merah yang kelihatan.Selepas beberapa hari kesan merah hilang dan kulit kembali seperti biasa..MELECUR? tidak sama sekali. Nampak pelik tapi BENAR...

PARUT - Ada kesan luka yang baru sembuh dan anda tidak mahu ia menjadi parut, ambil kulit pisang emas dan kikis bahagian dalam kulit pisang seberapa banyak yang boleh, gunakan sebagai krim,sapukan pada luka yang baru sembuh ,gunakan 2 kali sehari. Simpan didalam bekas,letakkan di dalam peti ais.Ulangi sehingga bekas luka hilang.

ASMA - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya . Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

BAU BADAN - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.


MELICINKAN WAJAH- Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian lumurkanlah pada wajah anda.

TERPIJAK PAKU BERKARAT - Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

SAKIT TEKAK - ika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
ELAK UBAN - Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.

SERI WAJAH - Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

RAWAT JERAWAT BATU - Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.


MASALAH UBAN - Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.

KELIMUMUR - Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.

AWET MUDA – Khusunya untuk kaum wanita, kurangkan atau elakkan minum AIS… kerana ia menyumbang kepada gejala sengal sengal sendi dan juga lemah anggota badan serta membuat kita rasa lesu. Selain itu memakan ulam ulam segar juga di galakkan.

KARAT GIGI - Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiap hari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

KEKAL TENAGA BATIN - Madu lebah dan bawang merah direbus sehingga bau bawang merah itu hilang. Campuran itu hendaklah dimunum satu sudu makan tiap hari selepas makan. Jumlah madu dan bawang merah hendaklah dalam sukatan yang sama.

WAJAH SUCI - Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

SUARA MERDU - Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. DiPERCAYAI suara akan menjadi merdu bagai bunyi seruling yang merdu.

AWET MUDA - Banyak kan memakan Ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.
Tapi solat tu kenalah ikhlas…

MEMBUANG LEMAK - Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA - Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

MENAIKKAN SERI WAJAH - Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

HILANGKAN BINTIK HITAM - Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

ATASI WAJAH BERKEDUT - Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

MENGHALUSKAN KULIT WAJAH - Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENEGANGKAN KULIT MUKA - Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

KULIT KERING - Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. SAPU pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

KANSER PAYU DARA - Salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara.

1 comment:

  1. petua yang menarik dan best ...

    saya telah cuba tips bawang putih untuk terpijak paku karat, tips kicap dan gula untuk melecur .. kedua2 amat bereksan dalam masa yang singkat.

    tq Cik Dj

    ReplyDelete