Saya menuju ke Kota Singa lepas solat Asar hari Sabtu, perjalanan tak berapa lancar dan banyak kenderaan di jalan raya.Hujan renyai renyai menemani saya sepanjang perjalanan. Kesesakan lalu lintas hujung minggu menjadi perkara biasa. Tiba di rumah hampir magrib, sempat minum petang Teh O panas dan ubi goreng...Di sebelah malam berehat aja di rumah sambil bersembang sehingga jam 2.30 pagi.Hari Ahad pagi sarapan roti canai ...wahhh sekeping pun dah kenyang...lps Zohor kami bertolak ke Suntex City..seperti parking akan menjadi masalah utaman,setelah berpusing pusing dapatlah petak kosong tetapi cash card pula buat hal, sangkut kat entrance gate..tetapi nasib baik selepas aja tekan intercom pekerja yang mengendalikan parking datang dan membuka entrace secara manual.....huhuhu lemerkk kecoh sekejap..Hari terakhir exhibition di Suntex City menjadi tumpuan ramai, penuh sesak dengan ribuan manusia yang mahu mendapatkan barang barang elektronik,komputer atau aksessori dengan harga yang sangat rendah, memang berbaloi baloi versi celcom. Memang rasa lemas dengan himpitan manusia petang tu...tapi kami sempat berlegar legar sambil enjoy melihat melihat
barangan yang di jual dengan harga rendah di hari terakhir pameran dan jualan.Kami ada membeli sedikit barang kegunaan dan yang perlu sahaja.Selepas itu kami menyeberang Ke Marina City untuk makan, menu hari itu nasi putih,sotong dan ikan grilled + satay..perghhh selera sungguh maklumlah lapar dan penat dapat makanan apa lagi kan.....
Sampai rumah jam 5 petang, dan selepas tu saya terus bergegas pulang ke Ayer Hitam Johor, tapi kan... jammed teruk di immigresen Singapura..alahai sampai hampir jam 11malam..bayangkan perjalanan yang sepatutnya 2-3 jam telah menjadi 5 jam...akhirnya selamat sampai...alhamdulillah...catatan perjalanan berakhir untuk hari itu.
Pemandangan dari Marina City Food Court
Kesesakan lalu lintas mungkin boleh di kurangkan tetapi untuk di atasi hampir mustahil..
Catatan perjalanan : lipsy
No comments:
Post a Comment