Wednesday, December 30, 2009

Old Town White Coffee

Jam 9-30 bertemu sha atau fasha4622 di Old Town WHite COffe...sungguh meriah dan mesra..seronok sangat.Lepas balik mengajar saya terus pergi di tempat yang di janjikan...memang awek ni jenis menepati masa...i like...mesra alam...peramah...dan seronok sangat....i like i like...seperti biasa mcm jumpa boo dulu...org dah kemas kerusi ... kemas meja..baru kami terhengeh2 nak balik....jumpa lagi sha.....thx


Sunday, December 27, 2009

KOLEKSI TIPS | PETUA KESIHATAN DAN KECANTIKAN

PETUA EMAK :
semasa saya berumur 17 tahun saya telah tertuang minyak panas dari kuali dari siku hingga ke tapak tangan, dalam sekelip mata sahaja kulit tangan menjadi merah,dengan segera emak mengambil botol kicap dan menuangkan dibahagian yang terkena minyak panas,juga ditaburkan gula di bahagian yang sama. selepas beberapa jam saya pun mencuci kicap dan gula yang disapukan emak.Hampir tidak percaya...kulit tidak melecur hanya kesan merah yang kelihatan.Selepas beberapa hari kesan merah hilang dan kulit kembali seperti biasa..MELECUR? tidak sama sekali. Nampak pelik tapi BENAR...

PARUT - Ada kesan luka yang baru sembuh dan anda tidak mahu ia menjadi parut, ambil kulit pisang emas dan kikis bahagian dalam kulit pisang seberapa banyak yang boleh, gunakan sebagai krim,sapukan pada luka yang baru sembuh ,gunakan 2 kali sehari. Simpan didalam bekas,letakkan di dalam peti ais.Ulangi sehingga bekas luka hilang.

ASMA - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya . Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

BAU BADAN - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.


MELICINKAN WAJAH- Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian lumurkanlah pada wajah anda.

TERPIJAK PAKU BERKARAT - Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

SAKIT TEKAK - ika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
ELAK UBAN - Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.

SERI WAJAH - Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

RAWAT JERAWAT BATU - Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.


MASALAH UBAN - Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.

KELIMUMUR - Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.

AWET MUDA – Khusunya untuk kaum wanita, kurangkan atau elakkan minum AIS… kerana ia menyumbang kepada gejala sengal sengal sendi dan juga lemah anggota badan serta membuat kita rasa lesu. Selain itu memakan ulam ulam segar juga di galakkan.

KARAT GIGI - Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiap hari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

KEKAL TENAGA BATIN - Madu lebah dan bawang merah direbus sehingga bau bawang merah itu hilang. Campuran itu hendaklah dimunum satu sudu makan tiap hari selepas makan. Jumlah madu dan bawang merah hendaklah dalam sukatan yang sama.

WAJAH SUCI - Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

SUARA MERDU - Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. DiPERCAYAI suara akan menjadi merdu bagai bunyi seruling yang merdu.

AWET MUDA - Banyak kan memakan Ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.
Tapi solat tu kenalah ikhlas…

MEMBUANG LEMAK - Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA - Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

MENAIKKAN SERI WAJAH - Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

HILANGKAN BINTIK HITAM - Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

ATASI WAJAH BERKEDUT - Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

MENGHALUSKAN KULIT WAJAH - Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENEGANGKAN KULIT MUKA - Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

KULIT KERING - Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. SAPU pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

KANSER PAYU DARA - Salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara.

Thursday, December 24, 2009

Suntex City - Singapore

Saya menuju ke Kota Singa lepas solat Asar hari Sabtu, perjalanan tak berapa lancar dan banyak kenderaan di jalan raya.Hujan renyai renyai menemani saya sepanjang perjalanan. Kesesakan lalu lintas hujung minggu menjadi perkara biasa. Tiba di rumah hampir magrib, sempat minum petang Teh O panas dan ubi goreng...Di sebelah malam berehat aja di rumah sambil bersembang sehingga jam 2.30 pagi.Hari Ahad pagi sarapan roti canai ...wahhh sekeping pun dah kenyang...lps Zohor kami bertolak ke Suntex City..seperti parking akan menjadi masalah utaman,setelah berpusing pusing dapatlah petak kosong tetapi cash card pula buat hal, sangkut kat entrance gate..tetapi nasib baik selepas aja tekan intercom pekerja yang mengendalikan parking datang dan membuka entrace secara manual.....huhuhu lemerkk kecoh sekejap..Hari terakhir exhibition di Suntex City menjadi tumpuan ramai, penuh sesak dengan ribuan manusia yang mahu mendapatkan barang barang elektronik,komputer atau aksessori dengan harga yang sangat rendah, memang berbaloi baloi versi celcom. Memang rasa lemas dengan himpitan manusia petang tu...tapi kami sempat berlegar legar sambil enjoy melihat melihat
barangan yang di jual dengan harga rendah di hari terakhir pameran dan jualan.Kami ada membeli sedikit barang kegunaan dan yang perlu sahaja.Selepas itu kami menyeberang Ke Marina City untuk makan, menu hari itu nasi putih,sotong dan ikan grilled + satay..perghhh selera sungguh maklumlah lapar dan penat dapat makanan apa lagi kan.....
Sampai rumah jam 5 petang, dan selepas tu saya terus bergegas pulang ke Ayer Hitam Johor, tapi kan... jammed teruk di immigresen Singapura..alahai sampai hampir jam 11malam..bayangkan perjalanan yang sepatutnya 2-3 jam telah menjadi 5 jam...akhirnya selamat sampai...alhamdulillah...catatan perjalanan berakhir untuk hari itu.









Pemandangan dari Marina City Food Court








Kesesakan lalu lintas mungkin boleh di kurangkan tetapi untuk di atasi hampir mustahil..



Catatan perjalanan : lipsy

Wednesday, December 23, 2009

Cinta


Cinta? terlalu besar dan luas pengertian tentangnya..terpulang kepada si pencinta atau pendapat serta pandangan invidu.Secara ringkasnya tiada CINTA yang sempurna namun CINTA idaman setiap manusia mungkin boleh di perindahkan kewujudannya dengan meletakkan fantasi bukanlah realiti CINTA yang akan dibawa bersama dalam perjalanan hidup kita.Sesungguhnya cinta yang teguh perlukan ASAS kukuh seperti :-
  • Kesabaran
  • keiklasan
  • Kepercayaan
Kita berhenti berbicara tentang cinta...di lain waktu kita akan mengupas tentang kesabaran,keiklasan dan kepercayaan dalam CINTA....



Catatan CINTA : lipsy


Tak Hilang Cinta - Jamal Abdillah

Ku Hanya menagih cinta
Menulis kerinduan
Ku selalu menyeru namamu
Tanpa jemu dan ragu

Ku menulis puisi cinta
Dari sepi malam yg gelita
Hingga ke kuburu siang
Agar cinta ini mekar selamanya

Tak hilang cinta didunia
Walau beribu tahun
Oh tuhan tolong la aku
Abadikan cinta ini

Walaupun terluka jiwa ku merana
Kan ku pasrah untuk bercinta lagi
Ku terus bercinta dan dicinta
Untuk selamanya

Cinta yg hadir
Menilai kesucian hati
Saling mengerti akan berkekalan
Tak hilang cinta di dunia

Walau beribu tahun
Oh tuhan tolong la aku
Abadikan cinta ini
Walaupun terluka jiwa ku merana

Kan ku pasrah untk
Bercinta lagi
Ku terus bercinta dan dicinta
Untuk selamanya..selamanya…oh…oh
Selamanya..

Tuesday, December 22, 2009

Pertemuan Pertama Di Kluang Parade

Cerita yang ingin saya kongsi bersama anda semua...kadang kadang kita terasa dunia ini terlalu kecil terutama di alam siber. Bila facebook mula menular dan menjadi kegilaan pencinta IT dan Siber. Anjakkan paradigma facebook boleh mempertemukan kita pada sesorang yang mungkin kita kenali tapi tak pernah di temui. Satu hari saya menerima mesege inbox daripada Norazleena, beliau bertanya ada kah saya lipsroses seorang DJ radio Internet...beliau sering mendengar saya keudara terutama ketika beliau bertugas di sebelah malam. Bermula dari situ saya mula memperkenalkan beliau kepada rakan rakan DJ yang lain,menjadi rakan di setiap permainan facebook.Hinggalah pada satu hari kami bertemu pada hari Jumaat 18 December 2009, saya mengambil beliau yang menginap di Anika Hotel Kluang..hujan hari tu..lebat..seakan menyambut kedatangan beliau..hehheeh kami meronda ronda di Pembukaan Parkson di Kluang Parade,selepas itu kami lepak di White Coffe, makan minum dan chit chat sehingga jam 12.30..pantas masa berlalu..sebelum berpisah Boo (nama manja panggilan beliau) memberikan 2 bag makanan atau jajan buat aku dan untuk Hati Kristal sekali ...sebelum pulang saya berharap dapat sarapan bersama Boo pada esuk pagi ..tapi beliau bertugas jam 9.00 dan akan bertolak awal ke Bandar Penawar..selamat jalan kawan..moga jumpa lagi..pertemuan itu yang pertama dan akan ada pertemuan demi pertemuan selepas ini.....Insyallah....


Catatan : lipsy











T Shirt eksklusif BeautyFM


Seperti yang telah di janjikan T shirt BeautyFM akan menjadi milik anda jika anda salah seorang penyumbang blog. Apa saja bahan yang ingin anda muatkan di blog kami seperti pengalaman pahit manis,suka dan liku liku hidup anda.Pastikan ianya idea asal anda dan tidak menyinggung mana mana pihak secara terus atau sebaliknya.Hubungi Lipsy, lipsroses atau Wazy di #BeautyFM Dalnet(MIRC).Penyertaan anda kami nanti nantikan.