Saya cuti sebab tak berapa sihat,tapi demi simanja apa salahnya..
Friday, July 31, 2015
Semalam
29 July 2015 bawa budak manja ini shopping dan makan, survey hp sekali katanya, dah seminggu rosak.Harap bersabar ya..insyallah ada rezeki bole beli...
Saya cuti sebab tak berapa sihat,tapi demi simanja apa salahnya..
Saya cuti sebab tak berapa sihat,tapi demi simanja apa salahnya..
Thursday, July 30, 2015
Hebat
Dah satu bulan saya cari benda ini di seluruh negeri Johor tapi tak ada.Produk yang sangat sensitif dan hanya di perolehi di Farmasi yang besar saja.Akhirnya Allah permudahkan jalan saya apabila ia sampai juga kepada saya pada hari Selasa 28 Julai 2015. Syukur ya Allah kerana mempunyai kawan kawan yang hebat dan sentiasa sudi membantu.Jasamu dikenang.
Monday, July 27, 2015
Ada
Dapat juga raya tahun ini dengn senyuman...Allah bagi kesedihan dan kesakitan,dan Allah bagi kekuatan juga untuk meneruskan perjuangan dan rasa bahagia.
Friday, July 24, 2015
RAWATAN
Semua yang Allah tentukan atau beri kepada kita,kita terima sebagai pemberian berharga,jangan lupa senyum...
Agak sakit dan sangat menyakitkan...semangat harus kuat.... Caiyork!!!!
Agak sakit dan sangat menyakitkan...semangat harus kuat.... Caiyork!!!!
A T U R
Udara pagi kali ini saya rasa segar dan bertenaga, petanda baik untuk saya memulakan perjalanan. Semoga segala urusan nanti akan dipermudahkan dan semoga Allah makbulkan doa saya, walaupun bukan sekarang biarpun lambat saya percaya asalkan saya terus berdoa dan meminta kepadaNYA. Amin.
Menikmati minum pagi dengan senyuman bukan satu kepuasan bagi diri saya tapi tanda syukur. Rumah dah siap kemas, jadi bila balik nanti hati tenang kembali kesyurga dunia yang di pinjamkan Allah walau tak seberapa tapi saya bahagia.Sampai jumpa lagi ,,insyallah.
:: Dalam kehidupan ini bukan kita yang memilih untuk bertemu dengan siapa, tapi Allah yang telah mengatur segalanya , tentang siapa yang akan hadir, tentang siapa yang akan pergi, siapa yang akan suka dan akhirnya membenci, dan siapa yang akan kekal dalam hidup atau hati kita walaupun cuma sebagai kawan baik....::
Sabarlah hati !!!

Wednesday, July 22, 2015
Penghujung J A L A N
Baru saja saya teringin berkongsi tentang lebaran pada tahun ini, Jam 10:30 pagi pada hari raya pertama saya bergerak pulang kekampung. Sebelum itu saya bangun seawal jam 5:45 pagi dan saya rasa sangat tak berdaya....Tapi ini kan hari kemenangan ...
Laluan perjalanan lancar pada pagi Syawal, saya terus ketanah perkuburan, melawat insan insan yang tersayang. Assalamualaikum bonda ku,anakanda datang untuk melepaskan rindu dendam,kalau bonda masih ada, tentu hari raya adalah yang paling meriah, menyambut kepulangan kami adik beradik, riuh rendah dapur dan halaman, tiada rasa sunyi dan duka lagi, yang ada cuma bahagia dan kegembiraan di hari yang mulia ini. Al fatihah buat bonda, semoga bonda tenang di sana, entah bila nanti anakanda akan menyusul jua. Maafkan anakanda andai kurang layanan cinta pada bonda, namun dihati anakanda sungguh kasih tiada batasan..
Assalamualaikum Bapa,
Syawal tetap tak sempurna tanpamu, ketiadaan yang tak tertanggung rasanya di jiwa. Rindu pelukan di waktu kecil yang penuh kebahagiaan, Kesusahan hidup membuat masa lalu membelengu rindu di hati. Cintamu menikam kalbu. Al Fatihah
Assalamualikum Kekanda
Kau pergi terlalu awal dan betapa Allah lebih sayangmu dari kami semua, kau pergi tanpa pesanan dan tiada tanda, Menjadi kedukaan yang begitu dalam kepada keluarga khususnya kepada bapa dan bonda. Terima kasih kepada jasamu kepada keluarga selama ini menjaga mereka. Al Fatihah
Assalamualikum Adik
Sukarnya aku melihat kamu yang begitu sukar melalui ujian selama tiga tahun itu . Namun ketabahan dan semangat serta keazaman yang kau terjemahkan melalui senyuman membuat kami redha dan RELA dengan kepergian mu kembali kesisiNYA. Kami akan saling menjaga dan menyayangi anak anak mu. Semoga segala doa kami memberi cahaya dan semoga adik di tempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.
Nanti bila saya balik kampung, saya akan kembali membilang cinta di penghujung rindu ~ Selamat tinggal buat kali ini...

Tuesday, July 21, 2015
Berbahasa~
Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana
Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapanNya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu
Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga
Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman
Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta

:: I hope one day you"ll look back and think of ME, say that girl really did love me... ::
Saturday, July 18, 2015
Thursday, July 16, 2015
Seperti
Hari saya di rumah menunggu rakan yang sudi menolong membetulkan paip yang patah...
Raya ini tak seperti yang biasa...adik beradik sibuk dengan keluarga masing masing dan plan raya mereka...
Saya seperti selalu..sendiri!!
Raya ini tak seperti yang biasa...adik beradik sibuk dengan keluarga masing masing dan plan raya mereka...
Saya seperti selalu..sendiri!!
Tuesday, July 14, 2015
Jauh
Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ditempat yang dituju...semoga pulang juga dengan selamat..
#Jauh atau dekat saya tetap rindu sayang saya
#Jauh atau dekat saya tetap rindu sayang saya
Monday, July 13, 2015
Tidak
Ada beberapa perkara yang berlaku,Syawal yang semakin hampir tahun ini tidak mngetarkan jiwa saya seperti tahun tahun yang dulu..Alfatihah buat bapa dan bonda
Thursday, July 9, 2015
Lama
Hari ini berjam jam tunggu...uuwaaaa lamanyaa!!!!! kereta rosak + servis, yer la kan manusia pun tak selalu sihat ada juga masa sakit begitu juga kenderaan yang banyak berjasa dengan kita...baru atau lama itu cerita lain...cuaca pulak panaih lit lit... :-)
Sunday, July 5, 2015
Sup Tauhu 3 Julai 2015
Selepas berbuka puasa saya balik kampung sekejap kerana ada urusan.Selepas terawih lepak di kedai Juman dipekan Sri Medan...pertama kali saya makan sup tauhu yang super duper sedap...lebih lagi makan bersama kawan kawan sekolah dan juga baby...nanti nak datang lagi...yeayyyy!!!!
Sorry lambat buat entri kisah ini...
Sorry lambat buat entri kisah ini...
M A S I N 4 Julai
Sedikit saja...nasi goreng yang saya masak untuk berbuka...
Yang pertama penat dan tak cukup masa.Bila saya nak masak air ...saya dapati rosak plak thermos air tak mendidih..
Yang pertama penat dan tak cukup masa.Bila saya nak masak air ...saya dapati rosak plak thermos air tak mendidih..
Penat sebab baru balik dari Kulai, bila sampai dirumah memang la malas nak keluar tetapi tiada pilihan.....uwaaaaa
beli cerek air yang baru..manual kononnya....back to square one...
Kenapa saya hilang mood sebab bila separuh jalan gas pulak habis...sooo what do you think?? Again nak keluar rumah !!!...naik motor aja pergi kedai depan beli gas....smp rumah masak nasi..harap jangan terputus bekalan elektrik sudahlah...fuhhhh
Jam 6.30 petang pula cina kedai tu baru hantar gas kat rumah...hahhaha itulah kisahnya kenapa berbuka puasa nasi goreng sahaja di hujung minggu....peace..x masin sangat pun sebenarnya...grrrrrrrrr !!!!
Saturday, July 4, 2015
R I N D U
Bersama malam yang sepi
Ku bisik suara hati
Sayangnya kau tiada
Di mana bayanganmu
Duhai angin lalu
Belai rintihanku
Resah merindukanmu
Badai yang melanda
Jangan kau alunkan
Lagu kesedihanku pilu
Di manakah bayanganmu
Dalam kabus keresahan
Ku menanti kau menjelma
Di balik sinaran rembulan
Dalam redup senja
Aku kesepian
Kasih......ku mencarimu
R I N D U !!!
Ku bisik suara hati
Sayangnya kau tiada
Di mana bayanganmu
Duhai angin lalu
Belai rintihanku
Resah merindukanmu
Badai yang melanda
Jangan kau alunkan
Lagu kesedihanku pilu
Di manakah bayanganmu
Dalam kabus keresahan
Ku menanti kau menjelma
Di balik sinaran rembulan
Dalam redup senja
Aku kesepian
Kasih......ku mencarimu
R I N D U !!!
Selamat Hari Raya Sayang |
What a look...melting !! |
Subscribe to:
Posts (Atom)