Sunday, May 31, 2015

S E I M B A N G

Mata saya masih belum mengantuk dan ada kerja kerja rumah yang perlu saya selesaikan, Dah siap baju yang saya nak pakai kemajlis perkahwinan esuk.Bersiap awal untuk semua perkara adalah menjadi sikap semula jadi, saya tak berapa gemar tentang perkara di saat saat akhir kerana ia membuat saya lemas tanpa persediaan..ya...tentang apa saja perkara !!!

Saya rasa nak berkongsi sesuatu tentang realiti kehidupan yang begitu sinonim dengan manusia seisi alam... :-)

Kita tidak boleh menjadi seorang yang terlalu baik
Sebab?
Dari kebaikan itulah manusia lain mengambil kesempatan
Sekali sekala kita harus meletakkan garis sempadan 

Bila kita suka sesuatu perkara atau pada seseorang 
Kita akan memberikan perhatian dan kasih sayang yang paling maksimum
Itulah kelebihan kita tapi ini juga kelemahan yang di lihat mereka ...
Kesempatan apa yang akan mereka gunakan kepada kita? 
Fikir2kan lah....

Bila kita berhati mulia dan penuh kesabaran
Tidur kita mungkin tenang 
Tapi di penghujung cerita kita akan terluka dengan apa saja perbuatan mereka yang sedikit pun tak mahu tahu tentang hati dan perasaan atau keinginan kita. Mereka akan berbuat apa saja kerana berfikir, dia tu okay, tak kisah, tak marah, sabar selalu...
Kita bukan kayu yang tiada perasaan !!!

Bila kita sentiasa ada untuk mereka...
Tapi di mana mereka selalunya bila kita memerlukan..
Mereka tak kisah pun 
Mereka tiada masa untuk kita
Tapi mereka akan mencari kita untuk memenuhi masa bosan mereka..

Bila perasaan menjadi taruhan mereka
Bila kita pula buta dengan rasa palsu mereka 
Percaya menjadikan manusia  BODOH !!!

Kita bukan apa2pun kepada mereka
Cuma keperluan  mengikut masa semata mata

Biarlah kita meletakkan sesuatu perkara itu SEIMBANG
Merasa yang apa yang kita rasa
Memberi peluang kepada menjadi diri kita
Agar menjadikan mereka lebih faham
Tak memerlu memaksa unruk menjaga hati kalau itu bukan yang mereka mahukan
Jadi mereka tak perlu marah juga jika kita tidak menjaga hati mereka sepenuhnya
Dan bila kesedaran timbul tentang saling memahami biarlah mereka tahu yang ianya cuma sebelah pihak saja, kita memahami mereka sepenuhnya tetapi tidak mereka kepada kita...tidak sama sekali !!!

Mereka hidup penuh bahagia dan hampir sempurna..
Kita pula ????
Bukankah kita perlu berubah...
Jangan ada ruang untuk mereka mempergunakan kita dari segi apa sekali pun...
Kerana diri kita terlalu berharga versi LOREAL ~

Hidup memang meletihkan bila kita selalu mengalah
Bila kita selalu sabar

Masa untuk berubah  !!!!!! letihnya membuang masa berkali kali untuk semua perkara BOHONG




Dah siap di gosok rapi baju untuk di pakai  kemajlis esuk..Insyallah ~ Walaupun tidak tergolong dalam kategori cantik dan menarik tetapi saya membina daya keyakinan diri dengan cara yang berbeza. Kita kena sedar siapa kita dan tahu di mana kita berdiri.

No comments:

Post a Comment