Dalam seminggu ini saya kurang sihat, batuk selsema dan sedikit demam, sudah 2 kali berjumpa doktor, harap-harap cepat sembuh. Kurang lena tidur dan tiada mimpi indah langsung memujuk hati yang muram kesihatan yang merajuk mungkir cuaca dan persekitaran seharian saya. Saya terima sakit dan sedikit dugaan ini dengan hati iklas dan redha. Ada semangat penyembuh di luar sana yang menghangatkan suasana indah hidup saya.
Hari ini saya pulang kekampung untuk berjumpa teman sekolah...ini lah saya sentiasa mencari peluang pulang kekampung halaman dan mencari seribu alasan. Hibanya mengenang kampung halaman tempat kita di lahirkan dan rumah peninggalan orang tua yang telah pun tiada...seakan tiada tempat hendak di tuju walaupun saudara mara masih ada tapi tak mungkin sama dengan rumah ibu bapa kita. Al Fatihah buat arwah bapa dan bonda...andai masa dapat di putar semula terlalu banyak kenangan lagi yang ingin saya cipta untuk memenuhi masa hidup yang tinggal sebelum saya menyusul mereka nanti, jadi hidup pasti tak ada sedikit keluangan untuk merasa kosong dan sunyi.
Kadang-kadang saya bangga dengan hidup yang penuh prinsip dan mempunyai pegangan serta kepercayaan yang saya pegang kukuh hingga hari ini. Walaupun ada insan yang lemas dan menggangap apa yang saya pertahankan tidak begitu relevan, tapi saya tetap saya. Dan saya seorang yang berani bertanggung jawab dengan keputusan atau jalan hidup yang telah saya pilih. Tak akan menoleh kebelakang, segala rintangan dan kesukaran akan saya tempuh hingga kepenghujung jalan..insyallah ~
Saya akan menepati janji yang telah saya suarakan , walaupun begitu tidak pula dapat saya memaksa orang lain untuk menunaikan janji mereka pada saya, kerana fitrah manusia yang boleh berubah hatinya mengikut masa . Apa yang penting kita mesti berani menerima risiko baik dan buruk. Asalkan jiwa jujur dan memenuhi aspek keiklasan dengan tulus, kita akan menerima kebenaran yang sememangnya pahit andai itu takdirnya. Dan kita akan tahu bila tiba masanya untuk kita berlalu jika kehadiran kita sudah tidak diperlukan lagi atau dengan kata lain keperluan kita pada kehidupan orang lain telah berakhir...
Sejujurnya (andai ia berlaku) hati saya tak rela bila saya terpaksa berlalu membawa cinta yang mengalir dalam darah saya....tapi sebagai seorang yang mempunyai pegangan dan ajaran agama, saya akan tabah dan meneruskan kehidupan hingga hembusan nafas terakhir.
Pain makes me stronger !!!
Lemon + Madu ( Balik keformula tradisional) |
|
No comments:
Post a Comment