Sunday, May 31, 2015

Doa Bisikan Rindu

Ya Allah, terimakasih kerana masih di beri peluang menempuh indahnya hidup sehari lagi.Bermanja dan mengadu rindu kepadaMU...syukur alhamdulillah.

Salam subuh buat semua


:: Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia  ::

Amin Ya Rabbalamin

S E I M B A N G

Mata saya masih belum mengantuk dan ada kerja kerja rumah yang perlu saya selesaikan, Dah siap baju yang saya nak pakai kemajlis perkahwinan esuk.Bersiap awal untuk semua perkara adalah menjadi sikap semula jadi, saya tak berapa gemar tentang perkara di saat saat akhir kerana ia membuat saya lemas tanpa persediaan..ya...tentang apa saja perkara !!!

Saya rasa nak berkongsi sesuatu tentang realiti kehidupan yang begitu sinonim dengan manusia seisi alam... :-)

Kita tidak boleh menjadi seorang yang terlalu baik
Sebab?
Dari kebaikan itulah manusia lain mengambil kesempatan
Sekali sekala kita harus meletakkan garis sempadan 

Bila kita suka sesuatu perkara atau pada seseorang 
Kita akan memberikan perhatian dan kasih sayang yang paling maksimum
Itulah kelebihan kita tapi ini juga kelemahan yang di lihat mereka ...
Kesempatan apa yang akan mereka gunakan kepada kita? 
Fikir2kan lah....

Bila kita berhati mulia dan penuh kesabaran
Tidur kita mungkin tenang 
Tapi di penghujung cerita kita akan terluka dengan apa saja perbuatan mereka yang sedikit pun tak mahu tahu tentang hati dan perasaan atau keinginan kita. Mereka akan berbuat apa saja kerana berfikir, dia tu okay, tak kisah, tak marah, sabar selalu...
Kita bukan kayu yang tiada perasaan !!!

Bila kita sentiasa ada untuk mereka...
Tapi di mana mereka selalunya bila kita memerlukan..
Mereka tak kisah pun 
Mereka tiada masa untuk kita
Tapi mereka akan mencari kita untuk memenuhi masa bosan mereka..

Bila perasaan menjadi taruhan mereka
Bila kita pula buta dengan rasa palsu mereka 
Percaya menjadikan manusia  BODOH !!!

Kita bukan apa2pun kepada mereka
Cuma keperluan  mengikut masa semata mata

Biarlah kita meletakkan sesuatu perkara itu SEIMBANG
Merasa yang apa yang kita rasa
Memberi peluang kepada menjadi diri kita
Agar menjadikan mereka lebih faham
Tak memerlu memaksa unruk menjaga hati kalau itu bukan yang mereka mahukan
Jadi mereka tak perlu marah juga jika kita tidak menjaga hati mereka sepenuhnya
Dan bila kesedaran timbul tentang saling memahami biarlah mereka tahu yang ianya cuma sebelah pihak saja, kita memahami mereka sepenuhnya tetapi tidak mereka kepada kita...tidak sama sekali !!!

Mereka hidup penuh bahagia dan hampir sempurna..
Kita pula ????
Bukankah kita perlu berubah...
Jangan ada ruang untuk mereka mempergunakan kita dari segi apa sekali pun...
Kerana diri kita terlalu berharga versi LOREAL ~

Hidup memang meletihkan bila kita selalu mengalah
Bila kita selalu sabar

Masa untuk berubah  !!!!!! letihnya membuang masa berkali kali untuk semua perkara BOHONG




Dah siap di gosok rapi baju untuk di pakai  kemajlis esuk..Insyallah ~ Walaupun tidak tergolong dalam kategori cantik dan menarik tetapi saya membina daya keyakinan diri dengan cara yang berbeza. Kita kena sedar siapa kita dan tahu di mana kita berdiri.

H A M P I R

Daya tarik seorang manusia tidak sama antara satu sama lain, ia tidak sama dengan kecantikan. Tidak semua orang di lahirkan cantik. Terlalu banyak pendapat individu tentang cara melihat dan menilai seseorang melalui kecantikan....

Kecantikan manusia adalah "kesederhanaan" dan ia kelihatan seseorang itu hampir sempurna ... Cheers!!



Wednesday, May 27, 2015

C E R I T A

Hari ini penuh dengan tekanan dan ada airmata menitis...tapi ia tetap bukan alasan untuk tidak gembita.

Balik lambat dan singgah sebentar untuk beli durian, ada kawan tolong pilih dan teman, saya makan hanya 3 ulas dan ia cukup menebus rasa teringin saya selama berbulan bulan.

Terima kasih Allah dengan rahmat darimu..juga kawan kawan yang sudi menganggap saya seperti keluarga serta sudi membantu di waktu sukar saya.Andai ada kesempatan nanti, dilain waktu saya akan ada untuk kamu semua...insyallah.


Monday, May 25, 2015

With Love

Bila rakan rakan pulang dari luar negara tanda ingatan mereka yang paling mudah kepada kita adalah key chain..saya pun sama, mudah diperoleh dan mudah dibawa..

Terima kasih semua ...muacksss

 Korea

Australia

S A Y A N G


Sayang...
Usah gusar hatimu andai tiada jalan untuk memenuhi hidup dengan cinta kita...
Jangan gentar dengan jiwa aku yang lemah dengan perasaan terhadap dirimu...
Tidak pula kau memilih rasa sukar untuk menyatakan kebenaran yang mendatang...
Aku bersedia menerima berita itu dengan senyuman walaupun ada air mata yang menitis...
Sayang....
Tiada penyesalan atau keluhan
Yang akan terus berlagu hanya nyanyian cinta yang tak dapat di dengar oleh sesiapa pun
Tapi hanya aku yang akan terus mendengarnya tanpa jemu..
Sayang....
Aku tak akan simpan harapan atau impian
Jika itu menjadi beban buat mu
Tapi biarlah perasaan itu terzahir
Bagai air sungai mengalir
Mengikut hanyut deras semula jadi
Sayang...
Andai nanti sudah tiba masanya untuk kau ucap selamat tinggal
Ungkapkan kata kata itu dengan penuh kasih sayang seperti kali pertama...


_________________________________________________________________________________


Terangi malam ku dengan syair indah mu

“ Never be afraid to let go, because you may never know what greater things might replace the ones you have lost.” ~ Unknown

_________________________________________________________________________________

Life is too short

Dalam seminggu ini saya kurang sihat, batuk selsema dan sedikit demam, sudah 2 kali berjumpa doktor, harap-harap cepat sembuh. Kurang lena tidur dan tiada mimpi indah langsung memujuk hati yang muram kesihatan yang merajuk mungkir cuaca dan persekitaran seharian saya. Saya terima sakit dan  sedikit dugaan ini dengan hati iklas dan redha. Ada semangat penyembuh di luar sana yang menghangatkan suasana indah hidup saya.

Hari ini saya pulang kekampung untuk berjumpa teman sekolah...ini lah saya sentiasa mencari peluang pulang kekampung halaman dan mencari seribu alasan. Hibanya mengenang kampung halaman tempat kita di lahirkan dan rumah peninggalan orang tua yang telah pun tiada...seakan tiada tempat hendak di tuju walaupun saudara mara masih ada tapi tak mungkin sama dengan rumah ibu bapa kita. Al Fatihah buat arwah bapa dan bonda...andai masa dapat di putar semula terlalu banyak kenangan lagi yang ingin saya cipta untuk memenuhi masa hidup yang tinggal sebelum saya menyusul mereka nanti, jadi hidup pasti tak ada sedikit keluangan untuk merasa kosong dan sunyi.

Kadang-kadang saya bangga dengan hidup yang penuh prinsip dan mempunyai pegangan serta kepercayaan yang saya pegang kukuh hingga hari ini. Walaupun ada insan yang lemas dan menggangap apa yang saya pertahankan tidak begitu relevan, tapi saya tetap saya. Dan saya seorang yang berani bertanggung jawab dengan keputusan atau jalan hidup yang telah saya pilih. Tak akan menoleh kebelakang, segala rintangan dan kesukaran akan saya tempuh hingga kepenghujung jalan..insyallah ~

Saya akan menepati janji yang telah saya suarakan , walaupun begitu tidak pula dapat saya memaksa orang lain untuk menunaikan janji mereka pada saya, kerana fitrah manusia yang boleh berubah hatinya mengikut masa . Apa yang penting kita mesti berani menerima risiko baik dan buruk. Asalkan jiwa  jujur dan memenuhi aspek keiklasan dengan tulus, kita akan menerima kebenaran yang sememangnya pahit andai itu takdirnya. Dan kita akan tahu bila tiba masanya untuk kita berlalu jika kehadiran kita sudah tidak diperlukan lagi atau dengan kata lain keperluan kita pada kehidupan orang lain telah berakhir...

Sejujurnya (andai ia berlaku) hati saya tak rela bila saya terpaksa berlalu membawa cinta yang mengalir dalam darah saya....tapi sebagai seorang yang mempunyai pegangan dan ajaran agama, saya akan tabah dan meneruskan kehidupan hingga hembusan nafas terakhir.

Pain makes me stronger !!!




Lemon + Madu ( Balik keformula tradisional)


Best friends are meant to last forever.

Friday, May 22, 2015

Lapar~

Sebelum tidur minum oat dulu,alas perut sebelum makan ubat..


Tuesday, May 19, 2015

Malam ini

Mengikut dan mengalah dengan setiap permintaan ...


Saturday, May 16, 2015

Awal


Hari ini saya bergerak seawal jam 8:00 pagi ke Senai Airpot. Saya terkenang-kenang seseorang semasa memandu..











Friday, May 15, 2015

3 Hari

Saya dah siap semua keperluan untuk 3 hari...saya akan rindukan pelukan teddy bear dan selimut saya ... :)


Thursday, May 14, 2015

Durian

Hari ini saya nak beli durian, tapi banyak pula halangan. Walaupun saya orang kampung tapi saya tak pernah beli durian dan saya tak tahu tengok atau menilai .Lain kali aja kalau ada rezeki,tetiba saya teringat khairunisa...kalau call dia tentu dapat makan durian dari Melaka dengan pantasnya....ngheeee

Saya baru sampai rumah..lapar nak makan, lepas magrib tadi saya dah masak nasi sebelum keluar, yang lain pula sekejap aja masak atas dapur...


Wednesday, May 13, 2015

Separuh

Hari ini saya balik cepat...lapar sangat..saya singgah makan nasi lemak kukus..separuh aja..lepas tu saya balik rumah..mengulangkaji sebentar...

Salam magrib buat semua....



Sunday, May 10, 2015

Tak Biasa

Entah kenapa saya rasa tak biasa
Dan saya rasa juga tentang beza
Tak pertikai suasana atau apa tipu daya hati
Apa yang di ingin
Tak perlu ada
Biar ingat kasih indah
Asal jangan ada tanda putus...

#Selamat malam bintang hati..


Love is just love, it can never explained!!!

10 May

Birthdays are a new start, a fresh beginning, and a time to pursue new endeavors with new goals. Move forward with confidence and courage. You’re a very special person. May today and all of your days be amazing! 

Happy birthday Farid

Kamu bukan dilahirkan miskin tapi sukar.Syukur ya Allah kamu masih diberi peluang untuk menjadi cemerlang. Belajar rajin rajin dan menjadi pendidik berwibawa nanti.

#LoveMyFamily

Kampung

Hari ini saya balik kampung, menumpang kasih sayang keluarga dan kawan kawan dan tak pernah jemu mencari kenangan silam yang hampir terpadam di mamah usia.



Thursday, May 7, 2015

Missing You


Saya tahu bagaimana di tinggalkan dan meratapi kepergian buat selama lamanya. Airmata atau tangisan seumur hidup tidak akan mampu untuk kembali memiliki apa yang telah pergi. Melayan mata dan perasaan dengan angan angan ..hehehe sehingga mata letih , mana tau malam ini akan ada mimpi indah yang sudi bertamu menjengah di kamar mimpi..Good Night




Good bye Paul Walker 


Saya akan pastikan tidur dalam keadaan segar wangi dan selesa

P E R M I N T A A N

Malam ini permintaan untuk membuat puding roti marble coklat, tapi coklat tak beli pula..jadi kita gantikan dengan puding marble pelangi ya..rasanya memang marveles dan senang membuatnya..minggu depan kita belajar resepi yang lain pula.



Wednesday, May 6, 2015

J I W A

Ada masa jiwa terlalu jujur
Terlalu bertimbang rasa
Hati hilang arah dan haluan
Masa hadapan tak terbayang
Mata tertutup biarpun hati terbuka
Cinta semakin menjauh dan rapuh
Hembusan nafas semakin perlahan
Garisan penamat  terlihat melambai lambai
Saat aku membuang kenangan
Biar hati mereka kosong
Dan nanti semua jiwa tenang
Tanpa ada rindu seorang  aku..



B I S K U T

Baru nak minum pagi...
#ILoveMyJob


B U.S Y

Pagi dan hari yang agak sibuk, perkara biasa bila minum atau sarapan pagi di meja pejabat.

Tapi saya masih sudi membantu pelajar pelajar dari UTHM untuk menyiapkan tugasan mereka dan mendoakan kecemerlangan mereka di masa hadapan.



Monday, May 4, 2015

KENANGAN MENGUSIK JIWA

Date     : 2 Mei 2015
Venue  : Prime City Hotel Kluang Johor
Time    : 21:00 - 23.30
Emcee  : Cik Siti Yang Indah


Not bad at all  and glad to be part of it~













Saturday, May 2, 2015

HangOut

Hari ini saya sibuk menyiapkan tugasan untuk majlis pada 2 Mei 2015 di Prime City Hotel Kluang. Masih sempat meluangkan masa lepak dengan kawan kawan , bertukar tukar cerita dan pengalaman.


:: A woman will do any and everything to make her relationship work. That's why she ALMOST never regret it when it's TIME to walk away  :: (Farrah Gray)