Saturday, March 14, 2015

Jangan !!!!

Jangan sesekali kita memandang rendah kuasa hati dan perasaan, kerana terlalu banyak perkara yang hati dan perasaan akan tahu sebelum sesudah dan pada bila bila masa...memang seakan ngeri tetapi itu lah realitinya. Ada segelintir manusia bermain hati dan perasaan sekadar masa tertentu, sebagai contoh apabila mendengar lagu, baris baris kata dan ungkapan merdu syahdu membuai hati dan jiwa. Mula lah minda membayangkan apa sahaja perkara atau keinginan yang tak dapat di capai impian. Mudah kan !!! tanpa memerlukan usaha, rintangan atau keperitan dan kita boleh bayangkan apa sahaja...hehehe..tak setuju?? mungkin betul juga? tak berapa betul? atau memang betul lah tu......hahaha masing-masing kan..

Jangan sesekali mempermainkan hati dan perasaan kita untuk sesuatu perkara yang tidak benar khususnya bila ia melibatkan orang lain untuk kepentingan sendiri , bukan semestinya tentang CINTA , walaupun ia perkara biasa yang berkaitan....haisshhh !!!!

Terlalu banyak perkara yang ingin saya lakukan dalam hidup singkat saya ini, tetapi mungkin tak cukup masa yang ada atau mungkin juga kurangnya semangat berapi saya yang dulu, ada sisa semangat yang tercicir di sepanjang perjalanan hidup saya sebelum ini. Saya hanya mahu meninggalkan kenangan indah nanti, jika tidak indah sekali pun kenangan baik yang boleh di kenang oleh insan yang pernah mengenali saya. Saya realisasikan semua itu dengan pendekatan yang mudah, senyum dan gembira selalu ,tidak terlalu mengambil serious apa saja perkara ..biarlah biarlah biarlah...saya tidak mahu melukakan hati saya menyulitkan hati saya, tapi sebagai manusia biasa, memang saya kurang marah , dendam jauh sekali tapi satu perkara yang sukar untuk saya melawan , kadang-kadang saya sedih untuk beberapa perkara....tapi airmata akan selalu meredakan jiwa, airmata amat mustahil dapat menyelesaikan apa saja perkara,tapi ia merupakan sumber ilham untuk meneruskan hari yang berikutnya. Tak percaya???  bila anda menangis kerana terlalu sedih dan tiada "shoulder to cry on" pandanglah kelantai yang berlapik permaidani, pejamkan mata bila dahi mencecah permukaan, kosongkan semua yang ada,lapangkan jiwa,bernafas dengan tenang, anda akan terasa berada dalam pelukkan......

Berhenti dulu untuk waktu ini, salam hari Sabtu yang penuh dengan kasih sayang


Sarapan pagi yang sempoi

Senyum skit !

Cuaca panas tapi hati maintain cool ~

Well ..lets live our life with own style ~





No comments:

Post a Comment