Tuesday, March 31, 2015

Awal

Hari ini saya keluar rumah sangat awal dan terlalu awal jam 4.20 pagi. Saya sangat sibuk kebelakangan ini dan tak sempat untuk buat entri walaupun banyak yang ingin saya kongsikan..gambar sekitar Formula 1 GP akan saya muat turun lain masa ya..sekarang ini saya sedang berdiri dalam barisan yang panjang diluar kompleks KDN dan kesempatan ini saya gunakan untuk menghilangkan rasa bosan dan melupakan kepenatan.











Tuesday, March 24, 2015

Lipstick

Setiap hari saya terfikir tentang dia, luluh jantung saya bila terbayang senyuman dia.


Cantik tak warna lipstick Simplysiti yang sempat saya beli masa makan tengahari  tadi...saya suka sangat !!

Sunday, March 22, 2015

Termenung

Awal pagi saya dan sarapan berat, nasi goreng black pepper...saya rasa nak beraktiviti jauh hari ini. Tapi bila saya fikir cuaca yang panas bila memandu jauh saya termenung sampai waktu ini...uhh pergi tak pergi dan pergi tak pergi lagi !!! Alahaiiii....


Saturday, March 21, 2015

Senang

Teringin nak makan nasi malam ini, masak apa yang ada. Tak cerewet...bak kata keluarga senang jaga senang bela...


Minum petang

Penuh dengan aroma rindu kampung halaman serta arwah bonda dan bapa..Alfatihah


Entah bila....

Saya teringin dan saya nak merasa bagaimana menaiki euro wheel ni, dah beberapa kali ada di sini, tapi siapa nak temankan saya..tak ada..jadi saya hanya mampu melihat dan berangan2 aja... :-(


Biasa

Kalau benar kita sayang
Biar sepenuh hati
Begitu juga jika suka
Atau rindu
Perasaan harus betul
Hati biar iklas
Kalau ada rasa benci
Buang jauh2 benci itu
Dan janji mesti selalu ditepati

Jangan ada tujuan dunia
Jiwa akan resah
Harta benda usah pandang
Hidup tidak senang
Rezeki halal yang sedikit
Bahagia hidup berkat
Pekerti di samping budi berganding
Hidup tidak papa
Kaya jauh di mata

Kadang kita di ajar dan belajar
Nakal itu perlu......


Hari beransur pagi..berundur seketika..jumpa lagi.

Wednesday, March 18, 2015

Hujan

Sudah agak lama daerah Kluang tidak hujan malah catuan air dah bermula hampir 2 minggu, tapi beberapa hari lepas hujan turun dengan lebat dan penuh rahmat.

Berhenti dulu ya..jumpa nanti.




Monday, March 16, 2015

Wanita

Wanita bukan sahaja inspirasi lelaki tetapi wanita adalah sumber  ilham seisi alam, unik dan tersendiri.

Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan pak cik seorang rakan. Saya memandang mata beliau yang berkaca penuh dengan kegembiran sampai kehati terlihat auranya.

Wanita penuh dengan sifat semula jadi , kalau dia suka atau cinta pasti tiada tandingan. Wanita jarang melukakan hati, tidak meminta atau mengenakan syarat,hanya pada orang yang sayang mereka sepenuh hati dan begitulah sebaliknya.

Semoga kekal hingga akhir hayat, Amin. Berhenti di sini sekali lagi,jumpa semula nanti, semoga esuk saya kembali menemani anda.

:: Ada wanita yang sederhana berkata, kalau kita begitu cinta, hidup bersama bukan penyudah,  cukuplah sekadar meletakkan dia di hati, tanpa ada ruang untuk membenci, setiap hari dan masa rindu terus berbunga::



Sunday, March 15, 2015

Selera Cuaca

Sudah dua hari saya tak makan nasi, yang pertama mungkin kurang selera di sebabkan cuaca yang begitu panas dan lebih minum air membuatkan selera hancur. Mungkin juga hati merajuk pada sesuatu hingga memberikan kesan pada selera makan..hehehe bukan-bukan aja lawak saya kan !!

Saya rasa nak bertemu janji dengan laut atau sungai yang mengalir atau hujan yang lebat, saya terasa nak menjerit sekuat hati saya atau menangis semahu saya....hahaha boleh melegakan hati yang rawan..cubalah kalau nak tahu hasilnya....

Jika tiada hujan di musim kemarau cubalah menangis di bilik air dan  berdiri di bawah "shower", tiada siapa akan tahu, tapi menjerit tak boleh la..nanti bergegar rumah, kalau tak pun jiran anda pasti terkejut, paling teruk polis tiba di depan rumah...hahahaha


Berpisah untuk waktu ini, hari dah jauh malam, kita sambung esuk ya..insyallah, selamat malam dan semoga mimpi indah menanti.

Saya rindu sayang saya, dia buat apa agaknya, dah tidur ke dia, ada tak dia ingat saya...tapi saya kenal sayang saya ...k bye !!


Malam ini makan di sini ya ..di sini di sini !! :-)

Nasi putih, sayur kailan, sotong goreng kunyit....boleh datang lagi ~

Dah la tu jangan termenung, makan cepat lepas tu balik ya ..ngheee

Saturday, March 14, 2015

Jangan !!!!

Jangan sesekali kita memandang rendah kuasa hati dan perasaan, kerana terlalu banyak perkara yang hati dan perasaan akan tahu sebelum sesudah dan pada bila bila masa...memang seakan ngeri tetapi itu lah realitinya. Ada segelintir manusia bermain hati dan perasaan sekadar masa tertentu, sebagai contoh apabila mendengar lagu, baris baris kata dan ungkapan merdu syahdu membuai hati dan jiwa. Mula lah minda membayangkan apa sahaja perkara atau keinginan yang tak dapat di capai impian. Mudah kan !!! tanpa memerlukan usaha, rintangan atau keperitan dan kita boleh bayangkan apa sahaja...hehehe..tak setuju?? mungkin betul juga? tak berapa betul? atau memang betul lah tu......hahaha masing-masing kan..

Jangan sesekali mempermainkan hati dan perasaan kita untuk sesuatu perkara yang tidak benar khususnya bila ia melibatkan orang lain untuk kepentingan sendiri , bukan semestinya tentang CINTA , walaupun ia perkara biasa yang berkaitan....haisshhh !!!!

Terlalu banyak perkara yang ingin saya lakukan dalam hidup singkat saya ini, tetapi mungkin tak cukup masa yang ada atau mungkin juga kurangnya semangat berapi saya yang dulu, ada sisa semangat yang tercicir di sepanjang perjalanan hidup saya sebelum ini. Saya hanya mahu meninggalkan kenangan indah nanti, jika tidak indah sekali pun kenangan baik yang boleh di kenang oleh insan yang pernah mengenali saya. Saya realisasikan semua itu dengan pendekatan yang mudah, senyum dan gembira selalu ,tidak terlalu mengambil serious apa saja perkara ..biarlah biarlah biarlah...saya tidak mahu melukakan hati saya menyulitkan hati saya, tapi sebagai manusia biasa, memang saya kurang marah , dendam jauh sekali tapi satu perkara yang sukar untuk saya melawan , kadang-kadang saya sedih untuk beberapa perkara....tapi airmata akan selalu meredakan jiwa, airmata amat mustahil dapat menyelesaikan apa saja perkara,tapi ia merupakan sumber ilham untuk meneruskan hari yang berikutnya. Tak percaya???  bila anda menangis kerana terlalu sedih dan tiada "shoulder to cry on" pandanglah kelantai yang berlapik permaidani, pejamkan mata bila dahi mencecah permukaan, kosongkan semua yang ada,lapangkan jiwa,bernafas dengan tenang, anda akan terasa berada dalam pelukkan......

Berhenti dulu untuk waktu ini, salam hari Sabtu yang penuh dengan kasih sayang


Sarapan pagi yang sempoi

Senyum skit !

Cuaca panas tapi hati maintain cool ~

Well ..lets live our life with own style ~





Friday, March 13, 2015

Salah

Hari ini semua serba tak kena hingga salah nombor telefon yang saya dail. Selamat pulang ketanah air kepada pekerja-pekerja Nepal.

Mana sayang saya,sayang saya kat mana ? Awak kat mana!



Thursday, March 12, 2015

Farewell

Minum petang hari ini dengan pizza di pejabat dan semalam makan malam di Barney's, jumpa lain kali dan semoga maju jaya di tempat baru..wong siew chun...kita semua akan rindukan awak..muackkkss !





Wednesday, March 11, 2015

Bahaya

Jangan mencari kebahagiaan di tempat yang pernah kita kehilangan...alert!!!!

Di mana sayang saya agaknya...

Tuesday, March 10, 2015

Sarapan cum lunch

Dah jam 1:00 petang...makan dulu yokss!! Lokasi cafeteria kompleks KDN ..


Awal

Seawal pagi saya dah pun menyusuri jalan keluar dari rumah memenuhi tuntutan kerja, kalau di ikut rasanya malas tetapi ia musuh nombor satu yang harus di lawan. Senyum, tarik nafas dan ingatkan minda sekali lagi bahawa kerja itu satu ibadah...saya rindu sayang saya !!





Sejarah

Bila kita rasa hidup tiada sesiapa..
Mari kita uji dengan menyusuri jalan lama untuk pulang kepermulaan..
Yang selebihnya...
Kita kekal menggengam kenangan..
Bagai mimpi pantasnya sejarah berlalu.



Sunday, March 8, 2015

Back to square one

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat lahir dan tumpah darah kita, saya terima mesej dari kampung, nak cepat sampai saya memandu jalan pintas lalu kebun kelapa sawit hehehehe...










Yesterday

Semalam..
Segalanya terasa lemah longlai
Jiwa pula kosong dan berkecai
Hari ini semangat kembali pulih
Senyuman pula seakan luar biasa..

Yesterday..I was a different person ...