Tuesday, June 29, 2010

P.A.N.T.A.I


Selepas penat dengan tugas2 sepanjang minggu, petang semalam 28 June 2010, saya bersama (anak2 buah sofea, arissa dan zaharah) bersantai di Lotus Resort Desaru. Kepada anda yang gemar suasana tenang aman damai dan santai. Anda di alu alukan bercuti kenegeri Johor. Pasti anda akan rasa gembira dan ingin datang berkunjung sekali lagi. Untuk yang berkeluarga, memang ini lah tempat yang paling sesuai .Pastikan percutian yang akan datang, lokasi anda adalah DESARU...selamat bercuti!!!



Show all




Wednesday, June 23, 2010

Lunch.......B.I.A.R Betul ......?????

Lunch 1
Semasa makan  tengahari kami bersembang tentang `travel`...mana tempat2 yang saya telah pergi lawati. Bekerja sambil berjalan atau memang untuk bercuti . Baru saya sedar rupanya dah jauh saya merantau pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Seseorang bertanya pada saya tentang pasport antarabangsa...."betul ke..bila kita dah masuk ke Thailand menggunakan pasport antarabangsa, selepas itu kita tidak boleh memasukki Singapura..sebab dah ada chop" ?...saya terkejut dan ketawa...hahahaha....dari mana plak sumber atau info P.A.L.S.U tu di perolehi.....ishhhhh.... saya tergelak...

Lunch 2

Sambil menunggu makanan yang telah di pesan, saya memerhati sekeliling sambil berbual bual...cuaca panas....Topik tentang masa depan...sambung belajar, nak amik master, dan jadi seorang pensyarah sebelum umor 40. Saya pula sebagai seorang yang biasa dan sekolah pun tahap tingkatan 3 hehehehe ..terasa seronok dgn pelbagai isu dan topik semasa, bercerita dan berkongsi C.E.R.I.T.A. sedar tak sedar dah terlalu banyak saya bercerita....entah berapa lama saya pun tak ingat,yang saya tak pernah bercerita seperti ini...dah terlalu lama..hehehe. (tiba2 hati R.I.N.D.U UK...bila akan kembali meyusuri memori dulu..)

Tiba tiba saya terpandang tanpa sengaja...seorang lelaki di meja  sebelah saya bersama rakan2 beliau. Pak cik itu bersama seorang wanita seksi berskirt pendek, tangan beliau meraba2 peha wanita itu..bila saya terpandang perbuatan dia..beliau senyum lantas mengenyit mata pada saya..hahahaha hampehh hampehhh...terus saya berpura2 tak nampak dan memandang arah lain....hahahha...seseorang yang saya bagitahu apa saya nampak...hanya ketawa..hahhaha....

Sunday, June 20, 2010

kerabu ikan K.E.L.I

Saya seorang yang sangat berdisiplin terutama bila memandu atau menaiki kereta, masuk aja saya akan terus  memasang tali pinggang keselamatan, alahaiii seseorang yang hairan dengan gelagat saya tersenyum sambil menjeling...

 Sebelum pulang kerumah kami makan tengahari. Menu yang pertama kali saya jumpa dan makan, kerabu ikan keli. Saya memang tak makan ikan keli dan ikan2 yang sewaktu dengannya. Jenis2 daging pun saya tak makan. Tapi saya telah di yakinkan bahawa ianya sedap dan langsung tak nampak  ikan keli seperti yang saya bayangkan. Saya merasa sedikit dahulu...woahh yummy..memang ternyata sedap...terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada resepi ini.


 Selepas berehat sebentar kami pergi kedusun di Jitra,macam2 pokok buah ada, tapi tujuan kami datang untuk mengutip buah durian. Seronok tengok buah durian yang begitu besar saiznya. Malam tu saya makan beberapa ulas aja..hahaa berasap, saya tak biasa makan durian, tak suka tapi kerana melihat saiznya saya teringin nak merasa. Memang sedap tapi tak larat nak makan banyak......malam itu saya tidur sangat L.E.N.A dan bangun awal pada keesukan harinya.. 

::  Masih kisah di utara  ::



Saturday, June 19, 2010

U.T.A.R.A

15 June 2010 seawal jam 5 pagi, saya bertolak ke lapangan terbang. Saya akan menaiki pesawat pertama jam 7.15 pagi KL - Alor Star. Sempat minum nescaffe panas sebelum check in. Sebelum itu saya sempat juga buat morning call kat seseorang. Jam 7 pagi saya telah pun berada didalam pesawat air asia. Berlepas jam 7.30 pagi


Tepat jam 8.30 pagi saya selamat sampai ke lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Star.Saya mula rasa mengantuk sambil memandang sekeliling mencari seseorang yang sepatutnya menungggu saya ..... ternyata memang ada orang menunggu dan menjemput saya...sungguh baik hati dan menepati janji...terima kasih.

Dari Johor , KL, Alor Star, Jitra, dan Kangar Perlis, kembali ke KL dan berakhir di Johor.Dapat berjumpa baby airel, dapat pergi dusun di Jitra dan melaksanakan tujuan utama ke UTARA...yang lain tu bonus ler...sungguh seronok ....penat tu biasala....


:: tiba tiba kita tak percaya lagi apa yang kita percaya terutama bila keajaiban datang dalam pelbagai bentuk untuk sekali dan sehari selepas 10 tahun ::

Tuesday, June 8, 2010

G.U.R.A.U



3 hari saya di Kota Tinggi menguruskan perkahwinan anak buah saya Amli. Semua keluarga balik, riuh rendah . Semua berjalan dengan lancar. Semalam sebelum balik ke Ayer Hitam kak long mahu saya menghantar beliau kebandar Kota untuk membeli belah, sehari suntuk shopping.... Saya merungut ketika memandu kereta WAJA beliau...tak suka memandu kereta besar2 ni la ..dia tarik telinga saya...ishhh. Dia kata nak beli barang banyak...leceh la naik kereta satria..eeeeeeeeee, sebelum balik kami singgah di sebuah kedai menjual pakaian pengantin. Dia mengajak saya masuk...saya melihat2 aja. Pekerja kedai itu tiba tiba bertanya kepada saya... " bila nak kawin?" Selamba aja saya menjawab " minggu depan" kak long memandang saya, saya lagi selamba. Selepas tu saya menunggu dalam kereta kerana penat plus mode R.I.N.D.U. Saya cuba menghubungi sesorang walaupun tau dia pasti S.I.B.U.K. ...kan kan memang sibuk...

Tak lama kak long pun sampai kat kereta dengan mcm2 barang tambahan dia beli...memang betul2 jadi driver cum bodyguard hari tu. Dia memberikan saya satu bag sambil berkata.." nah, amik baju ni ,pakai masa nikah nanti...RM380 harga dia, akak hadiah ...." aiiyoooooooo tatau...saya gelak tergolek2..." sapa plak nak menikah?".. " tadi kan adik ckp nikah minggu depan"...lahai kak long ni...dia kata lagi..." cant predict you la sis...."saya menjawab..." G.U.R.A.U la......adushhhhhhhhhhhhhhh...

 


:: Jam 1 pagi..kereta peronda membunyikan siren depan rumah..hahah bila buka pintu...weii Boo my fren...sempat lagi...thx beb  vizit me tgh malam ..pakai uniform lagi..ronda smp pagi tuuuuuu....salute beb  ::                                          
 




Catatan KOTA TINGGI : lipsy