:: Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger...lebih dari seminggu saya menyepi..sebenarnya banyak masa saya di habiskan di H.O.S.P.I.T.A.L. Melihat keajaiban , kesakitan, datang dan pergi di hadapan mata. Senyuman dan tangisan yang saya pandang, cerita dan luahan perasaan tanpa saya minta. Saya dengar dengan S.E.T.I.A..... Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar pada usia yang sudah T.U.A.ini. Saya tersenyum dan menghayati semua perkara yang saya temui di H.O.S.P.I.T.A.L . Entah benar entahkan tidak...saya merasa sangat B.A.H.A.G.I.A...kenapa ? mesti ada sebabnyakan?...teruskan B.A.C.A ... ::
cinta dan usia...
Di sebelah katil....seorang lelaki berusia lewat 50an atau awal 60an..tapi masih segak..memandang saya, saya mengganguk dan senyum. Tak lama selepas itu seorang wanita menghampiri beliau , memegang tangan lelaki itu sambil mengusap bahu dan ciuman kasih sayang di pipi. Saya mengalihkan pandangan selepas itu, seronok dapat melihat kebahagian dua orang insan pada usia E.M.A.S. Selepas 2 hari wanita dan lelaki itu mula menegur saya. Adik siapa nama, tak pernah dengar adik berbual, cuma nampak selalu senyum aja.... Saya berbual dengan mereka berdua , kenapa dan mengapa sampai terdampar di katil hospital.
Hari ketiga wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai mak yam, mengajak saya ke kantin hospital. Saya senyum dan mengikut beliau, kami makan tengahari bersama. Saya melihat mak yam yang masih merah inai di jari. Beliau perasaan, lalu bercerita.... mak cik baru aja berkahwin dengan pak cik 2 bulan lepas... alahaiiiiii ...saya tersenyum dan berkata " tahniah mak cik ". Dia memandang saya dengan bahagia...bila cinta dan bahagia di anugerahkan kepada kita...U.S.I.A bukan batasan....indahnya kata kata itu....selepas dia bercerita dan selesai makan, dia bertanya kepada saya.. " adik sorang? mana S.U.A.M.I ? " saya senyum dan mengelengkan kepala. Dia tak puas hati lagi...hahahah " boyfriend? " saya senyum juga ...geleng lagi. Malas betul saya nak mendengar topik dan soalan lazim yang selalu saya dengar..terus aja saya cantas dengan jawapan " tak ada orang nak la mak cik "....hahahaha...mak cik yam mengerutkan dahi lalu bangun memeluk saya...di cuit pipi saya..eeeeeeeeeeeeee..." .kalau mak cik yang tua ini pun masih boleh bercinta dan masih ada market..tak kan la siti tak ada...adik ni......"..itu komen mak cik yam..saya senyum lagi....dia komen lagi " mak cik ni dah tua , gemuk, tapi pak cik sayang sangat kat mak cik, mak cik sangat bahagia ".... saya tau, saya dengar ..bila pak cik memanggil mak yam dengan panggilan S.A.Y.A.N.G..... saya melihat bagaimana pak cik memimpin tangan mak yam dengan M.E.S.R.A. Saya merenung juga ketika pak cik lap bibir mak yam yang basah selepas minum.Saya bahagia melihat orang lain B.A.H.A.G.I.A
catatan cinta :: lipsy
Friday, May 28, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Will u M.A.R.R.Y me..............
::: Entah berapa tahun lama dahulu..memang tak mahu..tak mampu untuk menghitung hari hari yang berlalu, kerana ia terlalu indah untuk di lupakan. Tapi sekali ia di kenang ..rosak seluruh peristiwa hidup saya bersama penyesalan.... Saya masih muda...suka merantau , mencari pengalaman. Sampai ke Terengganu...sebuah negeri paling I.N.D.A.H...di kelilingi pantai . Malah di setiap susur jalan...mata tak lepas memandang biru air laut yang melambai.
Saya bekerja di sebuah syarikat swasta...tapi ramai staff lelaki. Bagi saya memang tak menjadi masalah, kerana adik beradik saya ramai lelaki. Selepas waktu bekerja, biasanya kami akan lepak minum, makan . Kadang kalau kami akan menyaksikan live band, atau berkaraoke sebelum pulang kerumah. Kami berempat , Din, manaf , saya dan ada sorang tu siap saya gelar abang mat bunga..umur dah lebih 50 tapi kan..perghhh sekali ayat keluar awek2 seme melekat...suara plak ..perghhh bila menyanyi...class....versi artis.. tempat lepak kami masa tu bunga raya, up town cafe, seberang takir dan banyak tempat lagi. Selepas PAS mengambil alih tampok pemerintahan, tempat itu dah tak ujud lagi. Namun bukan itu yang mahu saya kongsikan..
Din....seorang lelaki pemalu, tapi kelakar, suka nak nyanyi..tapi memang tak ada bakat...hahaha ada seorang anak lelaki...comel manja. Dia tinggal bersama ibu bapa selepas berpisah dengan isteri beliau. Saya kenal semua keluarga din..saya dah anggap macam family..maklum duduk jauh merantau. Satu hari lepas waktu kerja din mengajak saya keluar lepak dan minum petang. Seperti biasa saya pergi. tapi bila saya sampai ..encik manaf dan abg mat bunga tak ada plak. Bila saya tanya " oiiitt din mana dorang nehh...lambatnya tak sampai-sampai lagi...." . Din senyum aja sambil menjawab " dorang tak datang la ... i ada hal nak cakap dengan you "...saya menjawab..." apa hal you nak cakap ni...nak berahsia plak dengan dorang ...". Resah pula muka dia bila saya pandang ...heran dan pelik la perangai dia pada hari itu...... Tak beberapa minit selepas itu dia pun berkata... " i kan ..i kan..i sebenarnya suka you la,,,sayang you...i nak kawin dengan you...boleh tak? . Saya sangat terkejut dan tergamam....saya bangun dan terus meninggalkan din tanpa sempat makan....minum air pun tak habis....terus saya balik kerumah...( saya sangat malu dan tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan din , dan tak tahu apa yang perlu saya katakan...)
Saya berfikir, saya mengkaji, persahabatan kami berempat memang akrab..selama lebih satu tahun, din tak penah menunjukkan tanda dia suka...maksud saya suka lebih dari seorang kawan. Keadaan telah berubah, di tempat kerja saya hanya berurusan tentang kerja, bercakap tentang kerja. Tiada urusan tiada langsung komunikasi. Tak pernah lagi keluar makan atau minum bersama. Lepak sebelah malam langsung sudah tak ujud . Seolah-olah kisah 4 orang rakan karib tak pernah terjadi. Tapi saya perasaan kadang kadang din mencuri pandang kearah saya, sedih dan seakan menyesal. Encik Manaf dan abang Mat bunga pula memotivasikan saya. Tapi hanya saya yang terus berdiam diri....sampai bila..entah......tiada jawapan...
Hampir 5 bulan...saya sungguh rasa kehilangan..sunyi..malah saya mula rindu pada din...dan suasana riuh kecoh kami berempat. Saya menghubungi abang mat bunga lebih kurang jam 9.30 malam. Saya memohon maaf . Abang mat kata...dia memahami saya dan apa yang saya lalui. Saya mula membayangkan tentang kerinduan saya pada din, pada anak dan ibu beliau. 5 bulan saya tak menziarahi mereka....Abang mat sungguh bersyukur dan lega dengan pengakuan saya. Kami berjanji akan berjumpa pada esuk hari ditempat biasa.
Jam 6.30 petang, saya , abang mat dan encik manaf telah berada di lokasi biasa. Din aja belum sampai....dia set up kiosk kat stadium dan brief promoter. Kami makan sambil bersembang, tak lama saya nampak din sampai dan mencari parking di seberang jalan. Saya bangun dan pergi mencuci tangan di belakang...sambil berfikir apa yang saya nak cakap atau bualkan nanti.... Tetiba saya dengar jeritan....dan abang mat menjerit memanggil saya suruh cepat, saya berlari kedepan.................. Ya Allah... saya nampak din terbaring ditengah jalan, penuh dengan darah, saya menjerit, saya menangis, memeluk dia sekuat hati....kalau la saya dapat tulis dan gambarkan keadaan saya ketika itu....
Seminggu berlalu din masih belum sedarkan diri, kecederaan di kepala, gegaran dan pendarahan dalaman. Itu info yang di terima dari doktor yang merawat. Kepala beliau dicukur, masih bengkak, saya dan ibu din bergilir gilir menjaga beliau. Bacaan surah yassin serta doa tak pernah terlepas pada setiap masa. Dan malam itu, saya rasa sungguh tenang. Saya memandang wajah beliau yang sedang tidur, dalam hati berkata..." Din..apa ada dalam mimpimu sayang....berikan lah saya peluang untuk melalui mimpi itu bersama...." Menitis air mata C.I.N.T.A saya. Dan ketika itu saya melihat din membuka mata perlahan lahan.....Saya tersenyum memandang beliau....din memandang saya dengan sayu....aduhaiiii luluh remuk seluruh J.I.W.A raga saya. Berbisik saya kepada din..... " sayang...kenal dan ingat saya tak? kelipkan mata sayang..." dan saya ketawa gembira dia memberi respon mengelipkan mata. Terima kasih TUHAN kerana mendengar doa saya. Saya berbisik ketelinga din sekali lagi... " nanti sayang cepat sembuh ya...baby dan umi rindu, kita balik rumah..." Din hanya memandang saya...saya berkata lagi ..." dan selepas itu WILL YOU MARRY ME......?" Saya nampak airmata mengalir ...din menangis.... " sayang.....maafkan saya....". Itu aja yang mampu saya katakan ketika itu. Saya terus menghubungi umi, tak lama selepas itu umi sampai dan giliran saya pula untuk pulang mandi dan berehat sebentar.......Tepat jam 4.30 pagi panggilan dari umi saya terima.... Ya Allah...sesungguhnya dia milikmu jua yang abadi. Din pergi buat selamanya. Saya tersandar di balik P.I.N.T.U..... Puas saya berfikir untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu....tiada yang tepat. Hanya DIA yang mengetahui.
Selepas 1 bulan pemergian din, saya meletakkan jawatan, pulang kekampung dengan membawa cinta dan kekesalan. Selepas dan bermula dari situ, pantai dan laut akan menjadi teman untuk bercerita. Menyiram rindu yang tak pernah padam.... sehingga hari ini dalam perjalanan hidup saya, terlalu banyak cinta yang saya lalui dan tempuhi. Tiada cinta I.K.L.A.S yang pernah atau akan saya miliki. Cinta sejati , cinta yang penuh dengan perasaan dan pengorbanan boleh kita temui dimana mana dan mampu di miliki oleh setiap insan.... :::
:: Sayang..andai dapat di undurkan masa sekali lagi......saya ingin mengubah sejarah namun penyesalan dan takdir berjalan seiring. Bersaing menguji ketabahan dan dugaan...Saya gembira di persimpangan jalan hidup.....sempat dipertemukan L.E.L.A.K.I semulia kamu... ::
Catatan terlewat jawab :: lipsy

Sunday, May 9, 2010
B.O.S.A.N
:: Bosan, bila lapar sangat nak makan. Order mee goreng tanak bubuh daging...bila sampai dah la ada daging..masin pulak....Makan sesuap aja...bosan bosan ..balik la...terus hilang selera.. ::
:: ...Bosan sekali lagi..bila kereta tak boleh keluar dan melepasi palang out...autopass card credit balance SGD3.20. Pergi ke 7E dan mesin top..tapi sistem DOWN. Tak pasal aja kena naik cab....bosan gila la saya hari tu..... ::
:: Dan yang paling bosan, bila kereta kemek dan calar teruk....aduhaiiiiiiiiiiiii....memang bosan , bosan lagi..dan bosan sangat...::
Catatan minggu paling bosan :: lipsy
Saturday, May 8, 2010
sederhana itu pengoda...biasa pula terlalu I.S.T.I.M.E.W.A
::: Dalam seminggu ini ..saya agak letih..menyusuri perjalanan dari satu tempat kedestinasi yang lain. Memandu jauh, berada dalam pesawat di awan biru. Makan resepi berbeza di merata tempat. Berjumpa ramai orang...tetapi dunia terasa semakin kecil dan berada hanya dihujung jari.
Siapalah yang akan peduli tentang apa dan di mana saya...ouuuuchhhh...kadang kadang perkara kecil kepada seseorang menjadi perkara besar dan paling bermakna buat kita. Pesanan dan pertanyaan....apa lagi kalau B.E.N.A.R ada yang rindu
Senyum sendirian bila terfikir tentang silap tanggapan, gelak lucu bila terdengar dengar gurau senda. Sepi pula amat terasa bila R.I.N.D.U....sederhana itu pengoda...biasa pula terlalu I.S.T.I.M.E.W.A
Selamat pulang...hati pula merasa lega...melihat kamar bagaikan S.Y.U.R.G.A...dan jiwa akan tenang tanpa paksa.... :::
Catatan seminggu : Lipsy

Monday, May 3, 2010
harapan terakhir ........
Minggu lepas...semasa sibuk di pejabat dengan tugas tugas yang langsung tak mengizinkan saya untuk menjawap panggilan telefon (personal HP). Lagi pun saya dah set silent MODE. Hanya waktu makan tengahari saja saya akan memeriksa, sekiranya ada panggilan tak berjawab atau SMS. Saya terlihat saya 15 missed calls dari seorang rakan.Saya andaikan mesti ada hal penting ......... saya menghubungi beliau...belum sempat saya berkata apa apa terus dia dia menjerit........"lipsss...ko la harapan terakhir aku....tolongggggggg"...alahai berdebar debar hati saya....rupanya beliau ingin meminta jasa baik saya untuk meggantikan seorang DJ beliau yang baru bersalin. Phewwwwwwww....ingatkan apa...Ahad 2 Mei kebetulan saya free...sedikit pertolongan demi seorang rakan apa lah sangat jika di bandingkan NILAI persahabatan....
Memang la saya seorang DJ...tapi DJ Radio, atau biasa saya mengacara majlis makan malam atau majlis casual. Tapi ni DJ majlis kawin? ok lah saya buat...tak cerewet....hahahhaha....jam 8 pagi siap semua setting, dan saya buat sedikit "rehearsal' ...ok cun, speakaer, mic, wireless mic pun ok..echo? cukuppppppp..baik punyerrrrrrrrrrrrrrr........Siap aja semua ,,rakan saya dapat panggilan dari adik beliau, berita sedih di terima yang abang beliau meninggal dunia dalam tidur. Al Fatihah..beliau bergegas pulang ke Melaka..tinggal saya dengan juruteknik beliau.......
Alahai cuaca panas plak...khemah DJ pula matahari memancar dari sebelah belakang....hahahhaa nasib baik tak cair dan rentong bahagian belakang badan ni..ponggong pun panas....tapi hati saya tetap cool aja..cuma tak selesa dan malu..bila khemah DJ jadi tumpuan dan ramai orang mengelilingi saya...aduhaiiiii...." owhhhhhhhhh ini rupanya rupa DJ....kami dengar dari jauh tadi..sedap sungguh suara..... " antara komen2 para jemputan yang datang kemajlis perkahwinan... saya hanya tersenyum dan berkata dalam hati " terima kasih...... mcm biasa dengar ayat ayat itu..............." Ada juga yang bertanya berapa bayaran . macamana nak menghubungi............saya serahkan kepada juruteknik menjawab soalan....saya senyum selamba aja......panas ..letih...tapi control CUN dan suara MERDU....keh keh keh...
Dah petang....bersiap..kemas ...tepat jam 7 saya pulang, ,mandi dan berehat...penat sangat..tapi tiba tiba RINDU ...alahaiiii apa lah perasaan atau PERASAN?........... jam 9 lebih masa tu....dan bila saya sedar...dah 6.45 pagi.........Saya tersenyum bila mengenang satu lagi pengalaman baru ........
:: Begitu pantas masa berlalu dan hampir 9 tahun saya menjadi seorang DJ....saya suka muzik. Music is my life..dan saya banyak menzahirkan meluahkan isi hati , menceritakan tentang kisah hidup dalam lagu, atau melalui kata kata...sungguh ia buat saya merasa lega..seperti mana saya selalu menyusur dada laut dan pantai...melepas segala kerinduan dalam pelukan pantai yang sering didatangi badai ombak....jiwa saya akan tenang... ::
Catatan seorang DJ : Lipsy

Saturday, May 1, 2010
Tak sampai 3 ringgit
:: Dah seminggu saya tak masak, bukan apa ..gas dah habis, part ini memang saya tak suka buat..liat sikit, nak pergi kedai suruh orang hantar....esuklah saya buat. Jam 8.30 malam, saya pergi kekedai makan tak jauh dari rumah saya. Naik motor aja, saya bungkus nasi UJANG dan air epal.Sampai di rumah saya makan, tak habis pun...separuh aja...bukan tak lapar...tapi bila makan seorang dan dalam keadaan sunyi..selera memang pudar.....::
Waktu ini saya teringat kepada 3 orang peniaga kedai makan yang saya kenali bertahun tahun. Oleh kerana saya jenis tak suka pergi kekedai yang berbeza beza apa bila makan tengahari sewaktu bertugas dahulu. Kedai makan pertama, nama tuan punya restoran saya hanya memanggil beliau kak uda. Saya menganggap beliau dan keluarga seperti saudara sendiri, baik dan rapat sangat. Percayalah....tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, jumlah yang perlu saya bayar hanya RM2.50. Selepas saya bertugas di tempat lain, sesekali saya akan datang juga....rindu katanya ...bukan apa kadang kadang kak uda ada call ....sambil berkata " Lin dah lupa kak uda la tu.."..kalau saya ada lalu restoran beliau pasti saya akan singgah...
Tempat yang kedua pula saya panggil "kakak" sahaja, tengahari tadi saya datang kekedai beliau. Selepas 2 tahun saya tak datang. beliau masih mengenali saya. Sempat dia menemuramah saya " adik kat mana sekarang?..lama akak tak nampak?" saya menerangkan kepada beliau saya dah berpindah tempat kerja. Saya beli nasi campur (bungkus) + air. harga yang perlu saya bayar hanya lah RM2.80 sahaja. Sebelum balik dia sempat bertanya " boleh bagi petua bentuk badan maintain SLIM ? tahi lalat kat tepi bibir tu orginal ke? " saya memandang kakak tu dengan hairan tapi tetap tersenyum kerana tahu beliau bergurau dengan saya........hahahhahahah kelakar aja kakak ni....issskkkkkk...
Tempat ke 3 pula ialah tak tak jauh dari pejabat baru saya...setiap waktu makan tengahari saya akan kesana membeli nasi, tak kira apa sahaja yang saya makan dan minum, paling mahal saya bayar ialah RM2.80. Kadang kadang saya hairan dan tertanya tanya dalam hati....kenapa harga makan dan minuman semurah itu. Ada profit ke..tapi masakan mereka memang boleh tahan dan saya suka....tapi saya tetap suka memasak di rumah walau pun saya tak suka pergi pasar.....hahahhahaha......sabar ajalah...
Catatan "Lunch Hour" : Lipsy

Subscribe to:
Posts (Atom)