Anda resah ?
Dilahirkan kurang menarik? terlalu gemuk, masalah wajah ..jerawat dan pelbagai jenis kekurangan yang boleh melemahkan keyakinan diri khususnya bila berhadapan dengan orang ramai. Anda ingin mendapatkan tips ringkas tetapi boleh mengubah gaya hidup anda malah menjadikan anda seorang yang berkeyakinan tinggi, selesa berhadapan dengan orang ramai.
Perkara pertama yang perlu di titik beratkan ialah kebersihan diri seperti :-
- Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Pastikan gigi anda bersih dan mulut tidah berbau
- Pakailah deodorant untuk mengelakkan bau badan yang membuat orang tidah selesa malah mengelak dari bertemu anda.
- Potong kuku pendek agar kelihatan kemas
- pastikan pakaian yang anda pakai bersih
- Cukup tidur agar anda tidak kelihatan lesu dan ~eyebag~ akan menganggu penampilan wajah
- Besenam seminggu 2 atau 3 kali untuk meningkatkan kecerdasan anda
- lakukan aktiviti anda seperti bowling,futsal,archery atau apa yang anda minat
- pilih pakaian yang sesuai dengan suasana - Jika anda seorang yang agak gemuk elakkan dari memilih pakaian berbunga besar atau jalur melintang, ia akan membuat anda kelihatan lebih gemuk. Pilihan pakaian berjalur atau berbunga kecil.
- Pemilihan kasut yang sesuai
- Semburkan pewangi, ini dapat menambah daya tarikan anda..khususnya bila sesorang bertanya..perfume apa yang anda guna....baunya segar,lembut atau sebagainya.
- Kepada anda yang mempunya masalah wajah khusunya jerawat yang teruk, pergi ke salun buat rawatan 2 minggu sekali selama 2 bulan. Lebihkan minum air masak,makan lebih sayur dan buah-buahan,elakkan stress atau terlalu terdedah kepada matahari. Kurangkan makanan berminyak.
- Kepada anda yang tidah mempunyai masalah diatas, anda hanya perlu kesalun sebulan sekali, selebihnya penggunaan product skincare gunakan setiap hari di rumah
- Gunakan pelembab atau pelindung matahari sebelum wajah di sapukan foundation dan alat solekan yang lain. Solekan ringkas boleh mengubah wajah yang pucat kembali berseri serta ceria.Pastikan warna lipstick yang lembut untuk kegunaan harian anda.
- Bila anda berjumpa orang ramai khususnya untuk urusan kerja, sentiasa menunjukan wajah manis,tenang bila berbicara, susun tutur-kata,elakkan dari bercakap dengan cepat atau gagap
- Elakkan dari terlambat ketempat kerja atau janji temu, ia akan membuat anda kesuntukan masa dan melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa dan kemungkinan besar anda akan kelihatan SELEKEH
- Percayalah wajah atau paras rupa yang cantik dan sempurna bukan menjanjikan penampilan menarik begitu juga sebaliknya.
** Sebagai wanita perfume menjadi sahabat karib saya dan antara pilihan saya :-
- Blue water DAVIDOFF
- Sweet darling KYLIE MINOQUE
- Calvin Kline
- Elizabeth Arden SUNFLOWER
No comments:
Post a Comment