Saturday, February 28, 2015

Movie Time

Malam ini saya bercadang nak layan movie sampai lebam, banyak DVD yang saya beli tapi belum sempat nak layan...sibuk bercinta aja hehehe peace yo!!! xoxoxoxo !!


Bumbung Hijau

Sejak semalam saya tak makan berat, lunch..ermm i skip my meal, cereal for dinner ...pagi tadi pula makan kuih manis 2 keping..bila petang saya rasa perut dah memberontak tahap maksima..

Sudah lama rasanya saya tak makan di Suria Bumbung Hijau...jadi hari ini saya kesana, makanan yang di pesan lambat pulak..sementara menunggu saya order satay..uhh baru perut saya tersenyum..ihiksss



Cuaca

Anda semua tahu kan, hati manusia seperti cuaca, berubah mengikut suasana semasa, jadi usah kita heran bila kita kadang di sukai kadang di benci, kadang di perlukan terkadang pula di pinggirkan, kadang di milikki tiba satu masa kita di tinggalkan , letakkan satu ruang dalam hati untuk bersedia menghadapi apa juga keadaan...jika tidak, pasti kita akan mengalami satu kejutan yang membawa kepada gejala kemurungan serta hilang keyakinan diri atau pedoman . Yang paling teruk sukar meneruskan hidup serta hilang semangat.

Hey Hey  kita  bukan lemah atau gagah, tapi manusia mempunyai hati yang TABAH, buka mata dan teruskan hidup dengan senyuman, jangan memburu sesuatu yang ekstrem , letakkan visi yang tidak keterlaluan tapi membawa hati yang tenang dalam perjalanan yang akan bertitik noktah pada bila bila masa. Hidup dan mati hanya sekali...... Cak !! Cak !!



Nyamuk

Sudah dua malam saya kurang tidur, melepasi jam 3 pagi pun saya masih menanti mimpi indah memanggil untuk saya lena....dan akhirnya entah jam berapa saya tertidur juga, tersedar bila laungan merdu azan subuh kedengaran. Cuaca yang terlalu panas dan tetiba kulit rasa gatal di gigit NYAMUK mungkin antara punca sukar tidur malam...

Awal pagi di hujung minggu pula saya termenung untuk  beberapa jam, dengar muzik dari youtube, baca buku/novel yang belum habis , masih tebal lagi, tapi sebenarnya saya tak berapa fokus dengar lagu atau membaca...fikiran melayang entah kemana.....tetiba hati rasa lega dan saya dah mula tersenyum...saya kenal sayang saya !!!



Friday, February 27, 2015

Ngantuk~

Bukan lama sangat pun saya  menunggu masa untuk balik tapi petang ini saya rasa sangat mengantuk, cuaca pula panas tapi saya tetap bergaya besarkan mata  melawan perasaan... Ha ha ha lawak saya petang ni :-)



Dear Life

My dear life..When i asked if my day could get any worse, it was a rhetorical question, NOT a challenge .

What a life without suffering !!!


Thursday, February 26, 2015

Asam Pedas Untuk Saya

Petang ini saya minum teh di pejabat sambil layan kerja...mesti la kurang manis..


Lunch tadi saya makan nasi lauk asam pedas...uhhh sedap sampai tak habis makan...😄😄




Wednesday, February 25, 2015

Sweet

Jika ada perasaan kasih sayang terhadap seseorang dengan iklas dan sejujur hati pasti akan sesekali terasa getar cemburunya. Bukan cemburu yang melampau atau yang menimbulkan perbalahan dan perselisihan  tetapi ianya adalah satu petanda yang kita memang menaruh kasih pada dia. Kematangan cara berfikir serta rasa sabar dan sentiasa bijak mengawal keadaan akan membuatkan sesuatu perhubungan itu menjadi sangat sweet dan bahagia....ha ha ha ha ko ada??? Awak pun sayang dia kan...anda semua juga kan !! until next entry.....see ya ~



Monday, February 23, 2015

Early Dinner

Untuk mengelakkan lapar pada waktu malam, selepas waktu pejabat saya makan awal .

Kepada yang sibuk dengan tugas dari pagi sehingga malam serta komited dengan tanggung jawab, hold steady and stay safe.




Lunch Hour

Hari ini tak keluar makan sebab dah kenyang, pagi tadi boss datang ofis sekejap dan ajak sarapan kat McD.









Sunday, February 22, 2015

Mee Kari Buah Hati

Esuk saya dah mula bekerja setelah lama bercuti, malam ini saya keluar makan awal sikit, mee kari  malam ini juga agak pedas..fuhhh sebelum jam 9 saya dah ada kat rumah..sekian lapuran untuk  malam ini.

#Dengar muzik dulu~






Lovely Sunday ~

This is what i do on Sunday, #ironing and #etc, you know why my life is so beautiful...
I Stop comparing where with where everyone else is. The reality is that there is no one correct path in life. Everyone has their own unique journey.                                                      










P E D A S

Malam ini saya keluar makan kerana terlalu lapar, saya pesan nasi paprik  tapi hancur sikit selera sebab pedas sangat, boleh lah alas perut makan separuh aja..hehehehe, makan kalau tak pedas memang tak best tapi kalau pedas sangat pun jadi tak best juga kan kan !!!

Bila  melihat wajah dan kegembiraan yang ada di sekeliling kita.....perkara remeh temeh tak menjadi sebab untuk menggugat hati dan kebahagian yang saya ada...why bother ~








Saturday, February 21, 2015

Hari ini

Sejak hari Rabu 18 Feb. ini kali pertama saya keluar pintu rumah saya, itu pun kerana nak sidai baju ,panas kat luar sana , tapi pagar masih berkunci lagi hehehehe



Friday, February 20, 2015

Romancinta - Lagu untuk DIA

Baru hari ini saya betul-betul mendengar lagu yang menjadi bualan bila ia melibatkan CALIPH BUSKERS, lagu ini perlukan penghayatan dalam untuk lebih sedap di dengar, yang pasti menyanyi dari hati  dengan seluruh jiwa raga.....saya suka lagu ini dan saya nak melagukan untuk dia, tapi saya tahu suara saya tak sedap, jadi saya wakilkan CB ya....

ROMANCINTA
Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta



Hotel California oleh Caliph Buskers di I Am Lejen Shop

Love the way you play...



Thursday, February 19, 2015

Everyday I Love You

Hari kedua cuti tapi saya masih  tak melepasi pagar rumah saya , semalam jiran sebelah rumah memanggil manggil nama saya di pintu pagar. Tiba-tiba sahaja beliau merasa risau kerana suasana senyap sedangkan kereta saya ada. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan tersenyum kepada beliau memberi isyarat saya ada di rumah dan saya okay !!!!

Biasa nya kalau di rumah  salah satu akitiviti saya adalah mendengar muzik, itu pun guna headphone  jadi ia tak menganggu privasi orang lain atau jiran-jiran. 

This is one of my favorite song,Everyday I Love You, enjoy listening ....!!!!




video

Thank you

Thank you for the inspiration
Thank you for the smiles




Lewat

Hari ini saya bangun lewat, minum  sambil baca berita semasa dalam dan luar negara.



:: Saya selalu ingat bila dia senyum ::

Hati

Kita selalu memikirkan tentang tidak adilnya takdir hidup dan kejamnya dunia pada kita, kita sedih dan rasa sukar untuk meharunginya. Perbuatan manusia lain yang melukakan hati kita.. tapi sesekali kita harus melihat dari sudut orang lain...bagaimana kita mungkin secara tidak sedar atau sengaja telah buat mereka terluka dan bersedih..sedangkan mereka selalu menyayangi dan selalu ada untuk kita...senyum selalu dan jangan bebankan hati kerana hidup ini singkat aja.





:: Benarkah kesabaran yang melampau adalah satu sifat yang BODOH, mujurlah ada dia, syukurlah dia ada ::
 

Wednesday, February 18, 2015

Sedih

Saya sangka saya CEMBURU
bila dia tersenyum pada semua orang tapi bermasam muka dengan saya

Saya sangka saya CEMBURU
bila dia mesra dengan semua orang tapi benci dengan saya

Saya sangka saya CEMBURU
bila dia mengambil berat semua orang tetapi tidak saya

Akhirnya saya sedar saya bukan cemburu tapi SEDIH




Tuesday, February 17, 2015

Sabarlah Hati

Keluar makan sekejap sebab terlalu lapar, tapi selera tetap hancur..masakan sedap tapi hati tetap tak mahu makan.. walaaa..makan sikit terus balik.




Lapar Tak Terjamah

Hari ini ada jamuan makan kat ofis, saya lapar bila tengok makanan sedap tapi pada masa yang sama hati saya sedih jadi tak terjamah makanan.





:: Bila dia ada kesedihan cepat pergi dan kegembiraan selalu datang ::

Monday, February 16, 2015

Dah balik?

Baru masuk rumah...terima kasih~




Rindu dia, agaknya dia sedang buat apa, dia ingat saya tak.....?

Sunday, February 15, 2015

Cara Lama

Nowdays its android and smart phone world....ramai yang setuju dengan saya kan!!...Dalam keghairahan segalanya di hujung jari ada kalanya perhubungan cara lama masih di perlukan. Biasanya perhubungan atau perbualan mengunakan talian tetap atau telefon rumah hampir jarang di gunakan..tetapi percayalah...kita masih perlukan khidmat itu..terima kasih...



T A K E N 3

Antara aktiviti ketika di rumah, banyak yang saya boleh buat banyak yang boleh saya lihat dan banyak yang boleh saya rasa juga walaupun tanpa keluar dari pintu..hebat tak ? hehehe


Saturday, February 14, 2015

Durian Belanda

Saya ternampak di pekan Ayer Hitam tanpa berlengah lagi saya pun beli..kenapa? terkenang arwah bapa saya yang suka memetik buah ini yang ada di belakang rumah, sedap di makan begitu sahaja atau pun di jadikan jus minuman.Dahulunya buah ini tidak ada harga pun di pasaran, tapi sekarang harga sekilo mencecah RM15, saya membayar RM23 untuk sebiji sahaja. ...

But frankly speaking..its worth it !!!





Nasi Lemak Untuk Dia~

Saya masak nasi lemak di hari Sabtu sebagai memenuhi janji pada seseorang...saya hantar dan tunggu dia makan sampai habis baru saya balik...macam tu laaaa....

::Matahari tersenyum di hari  indah
Angin meniup berlagu merdu
Dalam pinggan terbayang wajah
Dalam hati selalu rindu ::



Juma'at

Setiap hari Jumaat mesti beli satay ayam..super yummy..



:: Sayang ketat-ketat ::

Friday, February 13, 2015

Kuih Koci

Semalam saya tak sempat buat entri ini, kuih koci yang saya beli untuk sarapan pagi hanya sempat di jamah pada jam 2 petang, sibuk dengan tuntutan kerja, yang paling teruk menunggu sampai rindu..eh eh sampai lebam....hehehe cheers!!



Thursday, February 12, 2015

Memang Tak Laa...

Mana ada cinta sejati atau cinta terakhir seorang manusia kepada manusia yang lain kerana akan sentiasa ada cinta baru selagi kita belum mati.


Wednesday, February 11, 2015

Lapuran pagi

Hari ini tugas saya berlokasi di Setia Tropika Kempas JB, saya bertolak seawal jam 6.50 pagi ,namun jalan sesak dengan kenderaan berat menjadikan pergerakkan menjadi agak lambat dan sampai dilokasi jam 8:00 pagi, lapuran pagi pula tak di hantar sebab terlalu awal.