Monday, November 30, 2015

Majlis sana sini ~

Hari Sabtu balik kampung lagi, ada aja jemputan kemajlis perkahwinan, jumpa kawan-kawan, ahli keluarga, saudara mara semua ada...uhhh bestnya, hilang sedikit rasa duka lara dan keresahan yang membelenggu jiwa raga. Ya Allah tabahkan hati aku dengan dugaan ini.




Budak kecik rindu lama tak jumpa dia cakap..manjanya diaaaaaaaa~



Ramainya jemputan yang hadhir 

Termenung sambil tersenyum to cover up !!

Tuesday, November 24, 2015

Kembali~

Semalam saya di sini, bertemu Jelita yang penuh kelembutan dengan bicara mulia, menjalankan tugas dengan tekad untuk berbakti. Menyegar hati yang layu, membuat bibir mengukir senyuman setelah mata longlai dan resah oleh titisan airmata. Akur janjimu terpahat di kalbu, sedangkan aku masih lagi menghitung RINDU








Monday, November 23, 2015

Dee jay Versus DJ

Banyak cara untuk kita buat orang lain gembira dan sekaligus melupakan sementara segala ketakutan yang melanda hidup atau masa depan kita!!!




Bersiaran dari Batu Pahat

Thursday, November 19, 2015

From Tajikistan With Love

Ketika hendak menunaikan solat Isyak malam ini, saya terima panggilan dan mesej, seorang isteri yang berada jauh di Tajikistan bimbang tentang keselamatan suaminya di Kluang yang tidak dapat di hubungi sejak awal pagi tadi ...uhhh .

** I video called him, and his phone automatically turns on and shows a ceiling.  That's why I am so worried **

Saya bergegas menghubungi rakan meminta bantuan, rumah terang benderang dan pagar tak berkunci, jeritan dan panggilan kami tidak di jawab. Ini menambahkan rasa bimbang. Kami menghubungi polis tempatan (Peronda) untuk bantuan, takut sekiranya apa-apa perkara yang buruk berlaku. Sementara mennggu polis datang saya cuba lagi memanggil nama beliau. Akhirnya ada suara menjawab dari tingkat atas. Rupanya si suami tidur di atas sehari suntuk, telefon bimbit pula di tingkat bawah dan auto answer mode...walllaaaaaaaaaaaaaaaa...kesian juga saya tengok mat saleh lelaki ni, blur dan terpinga-pinga melihat saya. Bila saya terangkan bahawa isteri beliau yang meminta saya datang barulah dia faham dan berkata Oh My God !!! this is very embarrassing...hahahahha )_&)^%_%!%&!)%&!+{I@&!&*$^%- adoiiilaaaa, semua selamat, kita makan dulu ~



Pertama kali datang~


Air - Sedap ~


Menikam kalbu ~ Marvelous 



Tuesday, November 17, 2015

TAUBAT

Ya Allah, ampunkan dosa aku dan terimalah TAUBAT aku. Entah keberapa kali aku berdosa padaMU dan bertaubat padaMU, tapi aku masih sering bersalah dan berdosa . Ya Allah sesungguh aku manusia biasa yang lemah , sekuat mana aku kadangkala aku tewas dan menginkari ikrar padaMU.



Sunday, November 8, 2015

Hati

Hati pun ada masa berjerebu, mata hati sudah tidak dapat melihat apa sahaja keindahan yang ada di depan mata, melangkah tanpa berfikir dan menerima apa saja yang terjadi ~


Hati

Hati

Friday, November 6, 2015

Jika

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu berarti Allah mendidik kita untuk SABAR..

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT..

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya, Amin..

Sunday, November 1, 2015

What You Need To Know~

Pantas dan cepat masa berlalu, hari ini masuk hari pertama bulan November ....bukan nak share lagu November rain..hehhehe, tapi tentang apa yang saya baca baru sebentar tadi, jom kita baca apa yang saya share samada ini auta ke fakta, sharing is happening ... LOL













Till meet again~

31 hb Oktober adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai GM aka Pengurus Besar syarikat kami, kami berkumpul makan malam di Pizza Hut Kluang Mall, sedih sayu namun kami semua mendoakan semoga maju jaya di tempat baru...masa kami akan sampai juga~