Thursday, September 17, 2015

Okay !!

Terima kasih masa lalu, kerana membekalkan kenangan untuk hari esuk !!!!





Wednesday, September 9, 2015

Apa hal ~

Kelam kabut di awal pagi  mencari di mana kunci rumah saya yang entah di mana saya letak. Macamlah besar rumah saya ni.Akhirnya saya membuka pintu dan saya dapati kunci tersangkut di luar , pagar tak bertutup kereta pula tak berkunci....alahai


Cukup tak tahap kecuaian saya ini ???


Monday, September 7, 2015

Sekali Lagi~

Teman saya meminta jasa baik saya untuk ke AVON Port Dickson, seperti tahun-tahun  yang lepas saya akan berada di sana selama 2 hari. Jam 5:30 pagi , 5 september 2015 , saya telah bangun dan memastikan semua keperluan yang perlu saya bawak. Checklist adalah perkara yang sangat penting.

Saya bertolak awal pagi, memandu merentasi lebuh raya, cuaca terlalu panas namun trafik lancar tanpa gangguan. Saya sampai mengikut jadual. Hari pertama adalah hari yang paling memenatkan. Tapi semangat dan minat dengan kerja yang saya lakukan, membuat semua itu bukan satu bebanan buat saya. Saya sempat menyapa pantai dan bertanya khabar tapi tak sempat mengadu dan bercerita tentang gelora kesedihan dalam hati saya....

Hari kedua bermula dengan senyuman seingga berakhir di sebelah petang. Sambutan tetap tak berubah, yang sudah mengenali saya pula nampaknya selesa, bertanya dan bersoal jawab. Sedih pula untuk berpisah pada kali ini.

Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi mengundang saya dan semua cenderahati yang saya terima..terharu sangat...love you all~

#Selamat sampai jam 9:00 malam