Monday, August 31, 2015

Merdeka !!!!!!

Hari yang penuh bersejarah ini saya melihat dan meraikan kegemilangan Malayisa melalui kaca tv dan berita secara online. Sambil mengemas rumah, menyiapkan persiapan untuk next TALK di Port Dickson minggu depan. Juga membuat persiapan kembali ke kelas, rindu dengan celoteh kanak-kanak pintar.

Alhamdulillah kaki saya dah 90% pulih, tangan saya pun sama..syukur..semoga saya dapat meneruskan kehidupan harian saya dengan lebih selesa, sedikit nikmat Allah tarik buat sementara waktu nampaknya hampir kembali seperti sedia kala..terima kasih Ya Allah dengan segala ujian dan nikmatmu ~



Saturday, August 29, 2015

Bila Waktu telah terhenti

Ya Allah ,

Ampuni segala dosaku dan kejahilan ku

Andai waktu terhenti

Tapi aku entah di mana



Doaku

Doa Ketika Bersedih

Wahai Jiwa ku yang tenang,
Kembalilah kepada Allah
Bila ia sesat di dunia yang terang




BIsmillahirahnirahim..........................................




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Friday, August 28, 2015

#Lagu

Sebagai pengemar seni walaupun bukan pengiat, saya menerima serta menghayati  semua genre , kerana muzik terlalu universal untuk di nilai dengan kefahaman bahasa. Pengaruh muzik yang menjadi santapan jiwa. Hidup biarlah seimbang dunia dan akhirat....jangan lalai..jangan sampai jadi najis. 

Enjoy !!! saya akan mula belajar banyak ilmu dan perkara baru tanpa jemu, mencari pengetahuan tidak mengira usia asalkan hati ada kemahuan.



video

Thursday, August 27, 2015

Back On Air

Secara dasarnya saya telah bersetuju untuk kembali keudara di sebelah malam, masih ada lagi rupanya yang menanti celoteh dj di radio dan membaca apa sahaja bahan yang di hantar oleh pendengar dan menunaikan permintaan lagu. Bayaran pula akan di bayar mengikut jam. Perbincangan segmen yang akan di kendalikan akan di buat dan jadual siaran akan di terima mengikut kesesuaian masa.

#Yeay !!!!!!!!!!!!!!! .can't wait...










Wednesday, August 26, 2015

Lama ~

Telah terlupa bila kali terakhir saya bermotosikal ketempat kerja, demi keselesaan, keselamatan dan menjaga hati seseorang saya memandu ketempat kerja. Tetapi beberapa hari sejak kebelakangan ini saya begitu seronok bermotosikal, rasa lepas bebas lepas dan cepat sampai.

Saya akan tersenyum setiap kali saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Rindu bermotosikal dalam hujan yang penuh nostalgia. Hati senang tanpa menghiraukan apa-apa rintangan cuaca, dan cukup bersahaja meneruskan kehidupan...














D E M I

Hari ini, ketika embun belum  bersedia untuk menyegar dan menyerikan pagi , saya telah pun memandu merentasi lebuh raya demi tuntuan tugas...



Tuesday, August 25, 2015

Syukur ~

Segala puji pujian padaMU ya Allah,
Segala nikmat  kegembiraan dan ujianMU
Aku memilih untuk bersyukur dengan segala kurniaan
Daripada mengeluh dengan sedikit kekurangan

Makan berpantang sedikit.... Alhamdulillah





Monday, August 24, 2015

Janji Saya

Jika engkau pergi,
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi,
Air mengalir takkan berhenti
Jika engkau pergi
Embun pagi tetap segar
Jika engkau pergi
Matahari masih bersinar


Jangan khuatir tentang diri ku
Ku  J  A  N  J  I   takkan merindui mu




Friday, August 14, 2015

Kau

Mahu aku ganti segala luka dengan senyuman agar semua orang bahagia..





Sunday, August 2, 2015

Crystal Clear

Abang...
Just for you..