Sunday, March 14, 2010

No one knows about me.. i m only simple person who was destiny to be alone...





Tahun 2009....tahun paling mencabar...dan getaran perasaan melulu...membunuh impian...menjadikan gembira bertukar duka..seolah dunia tidak lagi mampu di diami. Awal pagi saya bermimpi aneh...tak paham...terpinga pinga dalam tidur..bila sedar aja...kedua tapak tangan ada di bahagian tertentu seperti yang di gambarkan dalam mimpi...Subhanallah....tanpa berlengah lagi lagi aku terus ke Hospital Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjut...hampir 3 jam menunggu akhirnya baru dapat berjumpa doktor...setelah keterangan di ambil, satu janji temu telah di aturkan untuk berjumpa doktor pakar..tapi ia mengambil masa 2 bulan dari tarikh yang di berikan. Saya tak boleh tidur malam..jiwa kacau..hati resah gelisah..tak mampu nak berkata kata atau meluahkan kepada sesiapa....tubuh bergegar dan longlai... Akhirnya saya membuat keputusan menghubungi doktor yang pernah melakukan pembedahan pertama saya di Melaka...esuknya saya bertolak ke Melaka (Mahkota Medical Centre) tetapi badan saya terlalu lemah untuk memandu..tangan dan kaki sebelah kira rasa kebas.. saya meminta pertolongan seorang rakan lama untuk memandu. Selepas pemeriksaan di lakukan..doktor mengarahkan saya untuk menjalani pemeriksaan mamogram dan dan ultra sound. Selepas itu doktor memanggil saya masuk..mengiggil lutut saya...bibir saya terketar menahan ketakutan...doktor bertanya saya....cik siti, siapa yang bersama awak sekarang, parents ke husband ke atau adik beradik ke...sila panggil mereka masuk....saya hanya menggelengkan kepala sambil menitiskan air mata...apa yang saya ingat adalah 4cm + 2 cm + 0.8cm dan ia boleh di lihat menerusi screen x ray dengan jelas

Pembedahan mesti segera di jalankan..setelah di beri penerangan terperinci, saya kekaunter bayaran..saya membayar lebih RM500 hari itu. Oleh kerana kos pembedahan di sana agak mahal, saya majukan kepada hospital kerajaan, saya bawa semua lapuran dan temujanji untuk pembedahan telah di tetapkan setelah bersetuju dengan syarat dan menandatangani borang2 yang perlu.

Sebelum pembedahan di jalankan..ramai rakan rakan yang membantu, seseorang yang telah banyak berkorban menghantarkan saya membuat rawatan accupunture di KL - 2 kali saya menjalani rawatan itu dan kos sekali rawatan adalah RM450, saya tak mampu memandu, saya tak mampu segalanya, badan saya terlalu lemah...malah nak bercakap saya saya hampir tak berdaya...terima kasih kepada semua yang membantu saya..........kamu semua yang tersayang....

Akhirnya pembedahan selamat dijalankan. tetapi bahagian 0.8cm tidak dapat di keluarkan, walaupun dia kesan oleh sistem mamogram, terlalu halus mengikut kata doktor. Sebelum pembedahan saya sangat takut bila di minta menukar baju...apalagi bila di sorong ke OR, bukan itu sahaja bila lampu2 dinyalakan..saya dah mula menangis...apa yang saya ingat saya di suruh membuat kiraan 1-5 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Akhirnya saya dibenarkan keluar hospital, saya memandu balik ...bayangkanlah..jarak yang hanya mengambil masa 40 minit telah menjadi 3 jam, kerana tangan kiri dan bahu yang sakit, apa lagi kereta saya jenis MANUAL aja...sakit aja saya akan berhenti di tepi di bahu jalan... memandu pun dengan kadar kelajuan minima.

Beberapa hari saya tk keluar rumah, malah tak mampu nk melakukan apa apa..kecuali baring sahaja, jiran sebelah rumah mula risau dan memanjat pagar rumah saya kemudian mengetuk pintu...kakak sebelah rumah dan suami memanggil saya....perlahan lahan saya membuka pintu....mereka semua terperanjat, dan saya di masakkan bubur oleh kak sarah...

Tiada apa yang terkata oleh saya............ kecuali di hati mengucapkan terima kasih....syukur...




** saya seorang ketika di hospital...


** saya seorang di hospital semasa dan selepas pembedahan....


** saya seorang ketika keluar hospital


** saya seorang di rumah...

** saya seorang menangis dalam hati


|saya tak mahu menyusahkan sesiapa......itu tujuan saya.....| tapi bolehkan kita hidup seorang....... mengharunginya seorang..sedangkan mati kita pun perlukan orang lain menguruskan kita....

** saya tak boleh stress atau tertekan...

** saya perlu mengambil mudah semua perkara....

** saya mesti mengambil pendekatan dan buat hati menjadi gembira.....

** saya mengaku perlukan kasih sayang.....

** saya mengaku perlukan perhatian..

** saya perlu jaga pemakanan...

** saya perlu makan UBAT....

** saya perlu kuat dan bersemangat....

** akhirnya saya akan selalu senyum dan ketawa, sehingga tiada sapa sangka atau tahu apa yang sedang saya hadapi....

:::::: banyak yang ingin saya tuliskan...tetapi setiap kali ayat tu saya padamkan semula,,terlalu sebak dan meruntun jiwa saya...walau mungkin pada orang lain tidak begitu.... ::::::


catatan : lipsy

2 comments:

  1. beb..so touching..kirakan aku bertuah berbanding ko..i'm here fwens..ko boleh call aku anytime..ok..

    ReplyDelete
  2. yeappp thx beb....diri kita sentiasa bertuah jika dibandingkan dgn orang lain...sentiasa sujud syukur dan berdoa....gua tau lu my best frennn...

    ReplyDelete